Pelihara hamster berisiko diserang virus air kencing tikus - UTUSAN MALAYSIA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ! - myShareInfo

HULU TERENGGANU 13 Feb. - Orang ramai khususnya kanak-kanak yang gemar memelihara haiwan dari spesies tikus, hamster perlu berwaspada kerana mereka berisiko dijangkiti virus air kencing tikus yang boleh membawa maut.

Ini berdasarkan kes seorang mangsa yang memelihara haiwan tersebut dipercayai telah diserang virus Leptospirosis itu.

Perkara itu didedahkan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Telemong, Rozi Mamat.

Beliau yang enggan menjelaskan secara terperinci mengenai mangsa terbabit mengakui mangsa merupakan kenalan rapat beliau.

Menurutnya, kedua-dua tangan dan kaki mangsa terpaksa dipotong setelah dipercayai ada kaitan dengan virus air kencing tikus.

Justeru, beliau menggesa pihak berwajib termasuk Kementerian Kesihatan supaya segera membuat pemantauan mengenai hobi memelihara hamster bagi memastikan haiwan itu tidak mendatangkan kemudaratan.

"Kita menggesa pihak berkenaan termasuk Kementerian Kesihatan agar pantau perkara ini dan sekiranya benar-benar boleh memudaratkan, tindakan drastik perlu diambil.

"Ini kerana, kita tahu haiwan sangat diminati ramai terutama kanak-kanak untuk memeliharanya. Pastikan ia tidak berbahaya dan selamat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Penyampaian Sumbangan Program Jalinan Murni Masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Berua di sini hari ini.

Dalam perkembangan yang sama, Rozi turut menasihati orang ramai khususnya masyarakat Orang Asli di perkampungan itu agar sentiasa menjaga kebersihan termasuk meminum air bersih yang dimasak bagi mengelak diserang virus tersebut.

Ini kerana jelasnya, sebelum ini, perkampungan itu digemparkan dengan puluhan Orang Asli di situ termasuk murid sekolah terpaksa dirawat di hospital akibat dipercayai diserang virus Hepatitis A dan virus air kencing tikus.

Oktober tahun lalu, Jabatan Kesihatan negeri mengesahkan dua daripada 24 Orang Asli di penempatan Sungai Berua, Hulu Terengganu dijangkiti wabak kencing tikus atau virus Leptospirosis.

Seramai 13 lagi Orang Asli disahkan menghidap Hepatitis A atau penyakit kuning manakala sembilan yang lain masih belum diketahui statusnya.

Kesemua mangsa terdiri daripada sembilan orang yang berusia satu hingga enam tahun diikuti tujuh hingga 12 tahun (tujuh orang), 12 hingga 17 tahun (tiga orang) dan yang berusia 18 tahun ke atas (lima orang).


"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"


Apa kesan sampingan bela hamster ?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !

nak tanya sket pasal bela2 pets ni.. mungkin ada antara korang yang dah bela hamster, ada kesan sampingan ke pada orang sekeliling ?





penah ke korang terbaca mana mana fakta tentang kesan buruk pasal bela binatang nih..

masalahnya , anak saya Umairah ada bela sekor *pemberian dari sepupunya..

kekadang tu risau jugak...hemm, masalah kencing hamster tu..adakah sama lebih kurang kesannya seperti wabak kencing tikus !!

mohon pendapat dan saranan anda yang lebih maklum.

p/s : hehe..adakalanya 'orang kencing orang' lagi bahaya...DOSA tau !!

>Jutaan terima kasih saya dahulukan untuk komen anda di sini.


  "Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"


Jangan memandu sorang2..bahaya !

Assalamualaikum..

Jika anda seorang wanita, haruslah beringat...anda mungkin sedang diekori...jika tidak pun kalau anda seorang lelaki yang nampak cam mewah jek..maka anda juga harus beringat...

Banyak kes samun,rogol,liwat dan perkara yang kurang enak didengar sudah pun berlaku..

so apakah tindakan anda???

berkongsi kenderaan semacam ini.

ajaklah kengkawan, sahabat handai atau ahli keluarga untuk menemani anda..
pikir2 kan lah.


Tengok sana tengok sini...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !

Kita ni kadang2 sibuk nak pasangan hidup kita tampil sempurna untuk kita tanpa cuba untuk memperbaiki diri sendiri dan bersyukur. Ada yang mengeluh sendirian...apa, ada yang tak kena ?

Jangan mengeluh ye ..kan aritu dah cakap !, adakah kita tidak berlaku adil terhadap diri masing-masing?
seharusnya kita patut bersyukur, cermin diri hurm !

Berhiaslah wahai suamiIsteri suka bila suaminya begini.. dan juga Suka bila isteri begini..

Seharusnya kita  bersyukur kepada Allah kerana telah dikurniakan pasangan hidup, yang cantik di mata belum tentu bahagia  ..kita berbeza supaya saling sayang menyayangi..

Harus diingat...sebelum mengeluh tentang pasangan kita..cuba fikirkan tentang seseorang yang sentiasa mohon pada Allah untuk dipertemukan jodoh dan diberikan teman hidup baginya...tengok tuh ..ada yang senyum tersipu...eh malu malu plak dia . .




Jadi,jangan fikir tentang diri sendiri saja..muhasabah dan bersyukur dengan apa yang ada..dan jangan asyik dok komplen !


"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"