Benarlah, lembu tidak faham apa yang manusia cakapkan..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !...kita cakap pasal tabiat merokok yang semakin grrr !!

Isu Lama
yeah..memang isu lama tetapi perlu diperkatakan untuk mengigatkan kepada mereka yang 'ketegar'. Anda jangan marahkan saya...pasti para isteri atau golongan yang anti rokok suka penghebahan ini.

Isteri : " tak tahu nak cakap apa dah...kita lebih2 nanti dicop menderhaka suami plak, antara rela dan tak merelakan tu sama banyak je...hadamkan saja".

Pelanggan kedai makan : " rimas sungguh la...sesak nafas dibuatnya, makan nasi ke makan asap kita nie !.."


Kesedaran
Setakat ini, tidak kurang daripada 20 kawasan diwartakan sebagai zon larangan merokok termasuk lobi hotel dan ruang pejabat berhawa dingin. Turut terlibat pusat hiburan, hospital atau klinik, lif awam, kenderaan awam, tempat makan berhawa dingin, lapangan terbang (kecuali kawasan yang dikhaskan), premis kerajaan, dewan dan institusi pendidikan tinggi.
Turut menjadi kawasan larangan merokok ialah tadika, taman asuhan kanak-kanak, hentian pengangkutan awam, sekolah, kaunter perkhidmatan bank dan institusi kewangan, badan-badan berkanuan., kompleks membeli-belah, kompleks sukan, stadium dan stesen minyak. Zon larangan ini diperluaskan bagi memastikan perokok tegar tidak mengganggu dan menjejaskan kesihatan mereka yang tidak merokok.

Sukar untuk menyedarkan para perokok. Mereka tahu merokok membahayakan diri, keluarga dan masyarakat. Mereka tahu asap rokok mengganggu keselesaan orang lain sehingga rambut, baju orang yang berhampiran mereka berbau asap rokok. Mereka tahu bau busuk rokok yang keluar daripada mulut mengganggu keselesaan makmum di kiri kanan mereka ketika menunaikan solat berjemaah. Mereka tahu 'melarikan diri' seketika dari anak yang masih bayi..mereka tahu semuanya itu. Tetapi mereka peduli apa? ..Mereka adalah perokok tegar !!


Kata Ulama'
Kata-kata seorang Ulama' terkenal masa kini dalam kuliah Jumaatnya di Kota Baharu sebagi dirujuk, Umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu. Katanya, amalan menghisap rokok dikeji kerana diharamkan agama dan doktor disebabkan ia memudaratkan kesihatan.

"Contohnya lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran. Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah). Maka mereka yang melakukan perbuatan (merokok) itu dianggap lebih hina daripada lembu,"

p/s : Benarlah, 'lembu' tidak faham apa yang manusia cakapkan.

.>elakkan-merokok-dan-jauhi-perokok.
.>korang-kena-tipu.

aik ..lain macam je gaya ni !


"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"


Jangan Lupa Doa Naik Kenderaan.

Assalamualaikum..


harapannya jangan sampai ada ibu@bapa terlupa...tak ingat cmana nak baca doa naik kenderaan.

alah malu kat kawan sendiri atau kawan kepada anak yang tumpang keta...maka disuruh anak yang baca.


ke tak tahu langsung!!!


aduhai...skolah tadika dah belajar segala doa...ke belajar nyanyi jer nih.


Published with Blogger-droid v2.0.4


Biar Tua Fikrah, Jangan Tua Fikiran...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !

KELEBIHAN MENJADI ORANG TUA...Ehem..ehem..


  • Tak perlu bimbang rahsia keburukan masa zaman muda terdedah..haha pasal kengkawan seangkatan kebanyakan  dah pun selamat ke rahmatullah, kalau ada yang hidup pun ntah ntah dah lupa kisah silam.
  • Boleh baca surat khabar dengan tenang walaupun cucu pasang muzik kuat kuat pasal sound telinga dah rabak dalam erti kata, pekak-tuli.
  • Kalau tak berkenan dan rasa meluat tengok gelagat bebudak muda yang buat kelaku tak senonoh buleh tanggalkan spek mata.
  • Kepada yang lelaki adalah sangat sangat bertuah kerana berpeluang mendapat pangkat 'Datuk' setelah memperoleh cucu.
  • Terdapat kupon dan tiket untuk warga emas yakni orang orang tua dengan bayaran setengah harga je.




p/s : Jangan sesekali mengata orang tua selalu menyusahkan keadaan, kelak nanti kita pun ke arah tu jugak...



"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"




Seluar Dalam Basah sebagai alasan...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !

"Yang aku lihat dan aku dapati (biasanya) , jika hendak solat, jarang benar aku jumpa orang yang mengajakku solat berjemaah , bersama. Masing-masing masuk ke tempat solat, lalu mencari satu sudut di surau, lalu solat sendirian." - fenomena, gambar sebagai hiasan dari google.


..Syukur alhamdulillah, ramai yang semakin ambil berat dengan kewajiban  sebagai seorang muslim, pemandangan ini adalah lebih bagus daripada mereka yang mensia siakan waktu mengejar atau melebihkan duniawi semata mata.

Tak kira di mana, keadaanya sungguh membanggakan, masuk je waktu solat maka terus mencari surau dan seumpamanya untuk menunaikan kewajiban yang telah diperintahkan oleh Allah swt. Sekarang ni tak perlu risau kerana kemudahan untuk itu telah tersedia oleh mereka yang berkewajiban.

antara mahu denga tidak saja....dan ada juga yang beralasan "  Seluar dalam basah/tak bersih cmner nak solat ?"

korang andaikan sendiri..basah yang macam mana tuh !!

p/s : bawa kemana saja kelengkapan untuk bersolat jika perlu...jadikan ia sebagai suatu yang kemestian dalam pergerakan harian - *umum