Sokongan korang sebagai teman blogger adalah sangat diperlukan.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !

Apa pun kerjaya kita , mesti ada matlamat ..... ye dak !
korang yang study dengan matlamat korang...yang keja dengan SKT ....yang 'tanam anggur' dengan hasil dorang...yang bisnes dengan targetnya masing masing.

..blogging pun sama gak , Aku mahu blog aku menjadi blog yang sentiasa meningkat kunjungan pelawat...walau pun nampak  aku ni sesuka je tapi di sebalik tu aku dah simpan satu impian ..nak berjaya macam otai2 blogger..tapi ni atas usaha yang berganda dan sokongan korang sebagai teman blogger adalah sangat diperlukan.

..Memang banyak cabaran yang perlu dihadapi, aku tak nafikan semua itu, macam kita belajar gak..mana ade yang terus pandai , 'A' semua subjek....kena mula dari bawah..lainla kalau aku budak genius.

terantuk kepala terus jadi bijak ?...hehe , boleh cakap dalam bahasa asing plak tu, tapi tu semua kerja Tuhan yg maha kuasa.

apa pun segala bentuk sokongan korang sebagai pembaca blog ini. aku ucapkan jutaan terima kasih...masih setia walau sesekali di sini.

"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"


Denda : Berdiri atas Kerusi

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !


...tunggu punya tunggu adik tak keluar kelas lagi . kalau masa aku dulu , sahih dah kena denda punya...kali-kali sifir tak hafal..huhu kes malas menghafal.

tapi kes Umairah waktu balik tengahari semalam , boleh pulak cikgu terlupa....timeUp cikgu !!, ...ada ibubapa yang gusar menunggu di luar, panas lagi tu...grr !

teringat masa kechek dulu..

zaman pcl skolah rendah dulu kalau tak hafal sifir kena denda cmni.... " sekarang ni ada lg ke  dik (Umairah)? "


"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"


Penyakit apendisitis

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !

Penyakit apendisitis atau apendiks merupakan keradangan pada apendiks vermiform iaitu struktur kecil berbentuk cacing yang terjulur keluar dari usus kanan.

Tiada siapa yang tahu apakah fungsinya yang sebenar melainkan DIA Pencipta segalanya. Apa yang pasti, kita boleh hidup tanpa apendiks. Namun, tidak bermakna jika apendiks tidak mempunyai apa-apa peranan di dalam sistem pencernaan kita, ia tidak mendatangkan apa-apa masalah.

Antara tanda-tanda awal penyakit apendiks ialah rasa sakit pada bahagian tengah perut atau sekitar pusat yang menyerang selang beberapa jam atau dua hingga tiga kali sehari.

Ia disusuli dengan rasa sakit yang berpindah dari tengah perut ke bahagian bawah abdomen kanan tidak lama kemudian dan kemudian kesakitan semakin bertambah kuat dari semasa ke semasa terutamanya jika berlaku pergerakan, batuk atau berjalan.

Lazimnya, pesakit penyakit apendiks kelihatan kerap duduk sambil membongkok bagi menahan kesakitan yang dialami. Kesakitan mungkin berkurangan jika pesakit berbaring pada sebelah badan dan menarik lutut ke arah dada.

Apendiks disifatkan sebagai kecemasan perubatan yang memerlukan pembedahan serta-merta bagi membuang apendiks kerana jika dibiarkan tanpa rawatan, apendiks yang mengalami keradangan akan pecah (tembus atau berlubang) lalu melimpahkan najis yang penuh dengan bakteria ke dalam kaviti abdomen.

mungkin ada di antara anda yang pernah melaluinya...begitu derita kan ?
 
salah satu puncanya adalah bijian yang tak hadam dalam usus seperti biji cili.- ref blog CR

"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"


Kalau ada kawan buka kedai..Jangan minta diskaun, Boleh ?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !..tajuk tu saja je..

Ada kisah disebalik kisah 'Rahsia Kekayaan Apek' *bukan  gitu gitu Apek dan juga bukan Apek goalkeeper. Rahsia Kekayaan Apek ini adalah untuk iktibar sahaja bukan  isu perkauman dalam negara Malaysia yang berselogan 1 Malaysia..(dari Fb kita share di sini, yg sudah baca pun boleh teruskan membaca entri yg lain).

*****  **  *****

Berseluar pendek, Bersinglet, Berselipar Jepun tapi poket di kiri dan kanan berkepuk-kepuk.

Inilah al-kisah nya....

Kisah 1:
Seorang cina kaya membeli 10 bungkus nasi untuk seekor kucingnya setiap hari. Apa ada dalam fikiran melayu? Sayang kucing? Kucing makan banyak?


Jawapan cina, "Saya beli banyak sebab kawan saya baru buka kedai makan, bagi duit mesti taknak. Jadi, ini saja cara saya untuk membantu dia."

Kisah 2:
Seorang melayu pergi membeli kat kedai cina yang buruk, hanya untuk melihat anak tuan kedai cantik. Satu hari gadis itu tiada, setelah ditanya rupanya sudah pergi sambung pengajian di England. Apa ada dalam fikiran melayu? Kedai buruk tapi duit banyak? Bergadai tanah atau meminjam dari orang?


Jawapan cina, "Saya dari keluarga Lim, bila anak saya nak pergi belajar, semua Lim yang kaya akan bantu Lim yang miskin. Tak perlu bayar balik, bila Lim miskin sudah jadi kaya, Lim kaya yang baru itu akan bantu Lim miskin yang lain pula."

Kisah 3:
Pihak masjid mahu mengubahsuai masjid, bajet hanya 20 ribu. Dicari kontraktor melayu. Apa dalam fikiran kontraktor melayu? Sebut harga hanya 20 ribu katanya. Pihak masjid mencuba pula dengan kontraktor cina. Terkejut imam kerana harga hanya 12 ribu.


Jawapan cina," Tempat ini kan dibuat untuk orang sembahyang, tak boleh la ambil mahal nanti tuhan marah."


Masyaallah, tak malukan wahai bangsaku? Kalau ada kawan buka kedai, tak malu meminta diskaun? Saudara mara ingin sambung belajar tidak dibantu, malah dihina jika miskin. Membina masjid pun mahu mengaut untung lebih?

gambar hiasan,  Apek google ?



kredit untuk :

Raraa Watie sape nak share sila..sila
23 hours ago · 




"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"