Dalam Kenangan..

AL-FATIHAH






Zatushshamam Mokhni Esok, Jumaat 9 Rabiulakhir 1433H genap setahun sudah pemergiannya ( Isnin 9 Rabiulakhir 1432H bersamaan 14 Mac 2011). Kepada rakan taulan, sahabat handai, saudara mara dan kaum keluarga marilah kita mendoakan kebaikan untuknya di sana. " Ya Allah ! Berilah keampunan untuk Allahyarham Nasir Ismail angkatlah darjatnya di dalam golongan orang2 yg mendapat hidayah dan lindungilah keluarganya dan keturunannya yg masih hidup. Berilah keampunan untuknya dan untuk kami, wahai Tuhan semesta alam dan lapangkanlah kubur baginya serta penuhilah cahaya di dalamnya ". Amin. Semoga Allah mengampunkan dan mencucuri rahmat ke atas roh beliau.



PCL : mungkin anda pernah berkunjung ke blog arwah suatu ketika dulu dan mengenali arwah di  http://izzukasyahfamily.blogspot.com/ dan kini mengikuti perkembangan seterusnya di sini http://sukesukemasak.blogspot.com/.



"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"


Pembuka Entri Pagi Jumaat..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !


Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.” (Hadis Riwayat Bukhori dan Muslim).

Semoga kita terus mempertingkatkan amalan kita khususnya pada hari ini, hari Jumaat, penghulu segala hari dan hari-hari berikutnya.

p/s bersegeralah kita ke masjid, jangan jadikan apa yang dilakukan ketika ini sebagai suatu yang perbuatan lagha (sia-sia).


"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"


Siapa mereka, siapa pula kita ?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !

Hadiranya kita dalam hidup mereka...biar mereka tahu.



Luangkanlah masa selalu bersama mereka , peganglah tangan mereka apabila berjalan-jalan. Mereka akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam hidup kita .

Pesanlah kepada mereka dan jangan biarkan mereka berpegangan tangan yakni dari tangan-tangan yang bukan mahramnya.

Pesanan juga teguran  adalah suatu nasihat yang membina mengikut cara tersendiri, malah untuk keluarga sendiri adalah sangat bermakna agar mereka akan merasa hadiranya kita dalam hidup mereka.

Biarlah sampai berbuih mulut sekali pun, kerana meraka adalah amanah bagi kita.

Biarlah .. diumpamakan macam ketam . Takpa, setidak tidaknya nampak kegigihan untuk mengajar mereka 'berjalan dengan betul'.

pCL : betul bagi kita dalam erti kata sebenar adalah mendidik mereka mengikut ajaran Islam.


"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"


Hari Ini Dalam Sejarah Blog PCL..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !

..Nak Singgah blog BLOGGER LELAKI sahaja.  [hari ini 1.3.12]

"Blogger lelaki ni cool je..tak kisah apa pun yang terjadi..orang nak dengki, hack, kutuk ke apa ke,depa tetap cool..semua masalah boleh setle der..pilih je antara dua..nak cara baik ke cara tak baik..ke nak setle belakang?..ni beza blogger lelaki dengan blogger perempuan..kalau blogger perempuan..kena kutuk, hack ke kompem on time tu jugak kuar entry.." - Hakim




hurm..boleh tambahkan  kenalan blogger kaum sejenis saya....lets go ! khamis yang cool n free..


"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"