Seleri Turunkan Tekanan Darah Tinggi

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !

Seleri Turunkan Tekanan Darah Tinggi

SELERI sejenis sayur berbatang lembut yang kaya dengan berbagai zat, vitamin dan magnesium. Dikenali sebagai apium graveolens dari segi saintifik, merupakan penawar dalam amalan perubatan tradisional untuk menurunkan tekanan darah tinggi.



Terdapat beberapa cara untuk menyediakan seleri ini contohnya seperti masakan sup steam boat. Bagaimana pun cara yang paling berkesan ialah dengan memotong batang seleri kecil-kecil kemudian ditumbuk halus. Masukkan sedikit air dan gula kemudian kacau hingga hancur sebelum diminum, untuk menambahkan keenakkannya, ia boleh dicampur dengan jus lobak merah dan jus timun.

Pengambilan makanan berlemak dan manis-manis sering menyebabkan kulit yang sensetif ditumbuhi jerawat, ruam, ekzema atau penyakit yang seumpamanya boleh diubati dengan meminum jus seleri setengah cawan sehari.



Selami minat pasangan anda.

Dah lama teringin....haha,  teringin menyambung kembali aktiviti tradisi keluarga yang dah lama dilakukan, tapi sayangnya dah tak ada 'kaki'.

peralatan memancing pun dah entah ke mana menghilangnya.


fobia dengan laut dalam, aku slow sikit bab memancing dengan menaiki bot....hanya mampu sesekali memancing di tasik ataupun kolam sahaja.

Walaupun kekadang tu ada kaki pancing yang mengajak,  aku terpaksa menolak dengan berbagai alasan, sesekali ada juga keinginan tapi aku rasa jika ada famili bersama adalah lebih bermakna untuk melakukan segalanya.


PCL : ada keluarga atau pasangan yang tak memahami dan sangat mementingkan diri dalam memenuhi minat boleh menyebabkan keretakan sesebuah mahligai yang sekian lama terbina.


pesanan pcl,  dalam hal yang sebegini umpamanya...perlu ada sikap adil dan kesamarataan dalam memenuhi minat masing-masing khususnya dan kalau boleh selami minat pasangan anda dan cuba mendekatinya.

yang penting asanya adalah kebahagian bersama.


Published with Blogger-droid v2.0.4


Apa itu Pageviews, Impressions dan Unique Visitors - Projek 100 Bloggers Bro Framestone

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !

Untuk Projek 100 Bloggers Bro Framestone, sesuatu anjakan kepada penambah baik blog ini akan bermula dari masa ke semasa.



Sesuatu yang harus di titikberatkan tentang blog ! ,  bila berblog pasti ada yang tertanya apa itu Unique Visitor, apa pula dimaksudkan dengan Impressions dan apa itu pageviews. Perkataan ini selalu dan pasti sesetengahnya menjadi ukuran setiap blogger untuk menentukan tahap pencapaian blog masing-masing.

Begitu juga syarikat pengiklanan dan juga individu lain yang hendak meletakkan iklan di blog kita. Mereka akan terlebih dahulu mengkaji, mendapatkan maklumat bekenaan terutama unique visitor sehari untuk meletakkan iklan mereka di blog kita.

Namun demikian, bagi blogger baru mungkin 3 perkataan tu asing bagi mereka dan seperti saya juga dahulu tersilap dengan menggangap ia sesuatu yang tidak penting.



Unique Visitors

Unique Visitors ( UV ) ini ialah pelawat yang berlainan untuk setiap kali lawatan ke blog/web anda. Bagaimana sistem mengenalpasti pelawat berlainan? Dia nampak kita ker? Tidak, sebenarnya setiap komputer mempunyai IP atau identiti nombor tersendiri. Jadi, sistem mengambil kira IP berlainan dianggap orang berlainan. Jadi, sekiranya sehari 1000 UV diterima ke blog anda ia bermakna 1000 orang baru yang ke blog anda.

UV ini penting untuk syarikat pengiklanan mengira kualiti blog kita dan sekiranya makin banyak UV yang hadir ke blog anda kemungkinan makin tinggi kecenderungan mereka yang melihat iklan-iklan yang dipaparkan oleh syarikat pengiklanan.


Web Page Views

Page Views ini pula ialah berkaitan dengan kiraan laman yang dilihat oleh pelawat blog kita. Ini bermaksud, kedatangan seorang ke blog anda memberikan 1 page views kepada anda, jika dia melihat tajuk lain maka akan bertambah satu lagi pageviews anda. Oleh itu kadangkala kedatangan seorang bukanlah beerti hanya satu page views mungkin seorang akan memberikan 2-3 dan mungkin lebih pageviews kepada blog anda.


Pageviews ini juga penting untuk memberikan kualiti kepada blog anda kerana ia memberikan purata isi kandungan berguna kepada data engin pencari dalam meningkatkan lagi kelebihan index artikel-artikel di blog anda. Pageviews ini juga penting terutama meningkatkan pendapatan CPM iklan yang ditayangkan di blog masing-masing.


Impressions

Impressions ini pula lebih kepada pengiklanan ataupun paparan. Bilangan impressions memberi maksud berapa kali sesuatu yang dikira itu terpapar di blog anda. Betuk paparan termasuk gambar, video ataupun flash.

Kebiasaanya syarikat pengiklanan akan mengira berapa kali paparan iklan mereka ke blog anda dan ada pengiraan khusus pula yang berkait antara impressions dan jumlah pelawat yang melihat iklan.



Rujukan : http://www.xpresi.org/huraian-apa-itu-pageviews-impressions-dan-unique-visitors/#ixzz1oaPlay9d


Doa supaya orang akan hormat kat kita dan senang nak bergaul dengan kita

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !



اَللَّهُمَّ  إِنِّي ضَعِيفٌ فَقَوِّ فِي رِضَاكَ ضَعْفِي وَخُذْ إِلَى الْخَيْرِ بِنَاصِيَاتِي وَاجْعَلِ الْإِسْلَامَ مُنْتَهَى رِضَاىَ  اللَّهُمَّ إِنِّي ضَعِيفٌ فَقَوِّنِي وَذَلِيلٌ فَأَعِزَّنِي وَفَقِيرٌ فَأَغْنِنِي وَارْزُقْنِي.



Ya Allah ya Tuhanku, aku ini lemah, maka kuatkanlah aku dalam keredhaan-Mu dan bimbinglah aku kepada kebaikan dan jadikanlah Islam itu tempat aku meletakkan keredhaan. Ya Allah ya Tuhanku, aku ini lemah, maka kuatkanlah aku, aku ini hina, maka muliankanlah aku, aku ini miskin, maka kayakanlah aku dan kurniakan rezeki kepadaku.

amin ya rabbal 'alamin