Setelah membaca ini..

.... sambil meninjau-ninjau blog blogger lain ikut sesuka hati... at last terbaca yang ini :


Advertlets Scam..Penipu..Cibai Punya Company


sejauh mana kebenarannya aku kurang pasti , tapi dah timbul rasa sangsi. 

Ada sesiapa lagi boleh bantu beri penjelasan mengenainya.

PCL : tunggu projek yang lebih bagus jika mendapat keizinan-NYA, buat sementara ni biarlah.






Kawan layan kawan punya..

...emmm  kita orang lelaki ni nak tau jugak kan, camana reaksi isteri bila melihat suaminya dilayani oleh perempuan lain yang juga kawannya sendiri di depan matanya ?. *(sedang makan-makan umpamanya dengan rakan sekolej/sekerja si suami bersama pasangan masing-masing, emm..baik punya layan siap cedokkan lauk itu ini, suap menyuap dengan suami orang walhal isterinya ada di sebelah...wallawey betullah !)

issshh! susahkan kalau dalam situasi begini, nak nak si suami kita tu nampak girang semacam je dilayani sedemikian...menyakitkan hati pun ada kan ?

hurm ! ...rela merelakan je lah atau buat-buat tak tahu dulu konon nak jaga reputasi korang yang sememangnya adalah pasangan cool n ideal tuh...atau dalam kereta jap lagi / balik rumah nanti baru nak bebel betul-betul...

gambar hiasan
ataupun tangan korang cepat je hinggap dipeha suami...macam tu ke ??

PCL : tak hingin merasakannya.


 


Hobi Tambah Pendapatan Keluarga

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !


gambar hiasan


SETIAP orang yang mempunyai hobi tersendiri mampu mengatur masa lapangnya dengan terancang, berdisiplin dan berkesan.

Individu yang tahu memanfaatkan masanya boleh memaksimumkan hobi tersebut untuk menambah pendapatan terutama bagi suri rumah mahupun wanita bekerjaya.

Hobi boleh dikembangkan melalui penambahan ilmu dan kemahiran yang diperoleh melalui kursus tertentu.

Antara hobi yang boleh mendatangkan hasil yang lumayan ialah membuat kek atau coklat di rumah.

Melalui kaedah moden, perniagaan ini mampu berkembang dari rumah.

Di samping menguruskan rumahtangga, suri rumah dapat memanfaatkan masa terluang untuk tujuan meningkatkan pendapatan keluarga.

Usaha ini tidak memerlukan modal besar untuk memulakan perniagaan asalkan dia rajin berusaha, inovatif dan kreatif.

Walaupun ramai yang sudah berkecimpung dalam dunia perniagaan seumpamanya namun masih ramai lagi ingin mencuba nasib yang sama dalam persaingan sihat itu. Mereka sentiasa ingin memajukan diri, berbagai medium telah digunakan antaranya adalah internet melalui blog/website perniagaan secara online.

Sesebuah kejayaan boleh dicapai apabila seseorang itu mempunyai semangat dan keyakinan diri.

pcl : Internet, gunakan sebaik-baiknya dan janganlah disalahgunakan termasuk untuk menabur fitnah.


Blogger Separuh Masa pun boleh kalau nak !

"..kalau nak income beratus ribu dengan advertorial (blog post yang berbayar). Pastikan blog anda berkualiti". - Bro Framestone



Alhamdulillah....alhamdulillah, ...sapa nak bagi kalau tak usaha..

usaha macam mana?

...dengan blogging la tuan-tuan dan cik@puan-puan..haha, ni baru sebahagian yang dibelanjakan oleh PCL petang tadi (Ahad)...cukup sekadar tunjukkan sebagai bukti yang blogging mampu memberi kepuasan bila kita bersungguh dengannya. Saya pasti ada antara penulis blog/website yang lebih lagi mendapat imbuhan dari apa yang mereka sertai selama ini (iklan berbayar). *pcl tiada niat nak menunjuk tapi ini adalah realitinya...SEMANGAT BLOGGING adalah kata kuncinya, kita mesti rebut peluang yang ada !! ok.



baju baru yg mamdiana pilih , Rm seghatuih lebeh jer....


ok tak bro kalau aku jadi  model pakaian luar ?..haha

tapi masa untuk blogging kena pandai dibahagi bagi kita ni yang rata-rata adalah Blogger Separuh Masa supaya jangan ada yang bermasam muka terutamanaya pasangan hidup kita.

Berblog juga adalah sesuatu yang berfaedah jika kita gunakan sepenuhnya ruang sedia ada umpamanya selain dari memenuhi minat ia  boleh mendapatkan pendapatan sampingan...macam kata blogger Bro Framestone


"..kalau nak income beratus ribu dengan advertorial (blog post yang berbayar). Pastikan blog anda berkualiti".


Bro Framestone ada projek untuk direbut...kalau nak sertai , sila klik sini (link)