Wordless Wednesday - Google Translate




info :
SEBANYAK 64 bahasa lagi ditawarkan dalam aplikasi Google Translate contohnya seperti bahasa Inggeris, Rusia, Perancis, Melayu, Tamil dan Urdu.






Wordless Wednesday - Mengasah bakat...



Mata juga boleh stress

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !

...emmm gilah penat mata nih dok merenung laptop nih tapi sebelum nih dah tau camana nak hilangkan stress mata.

dengan cara melemparkan pandangan jauh kehadapan, kemudian lihat kepada benda berdekatan , mudah sangat bukan ..hah !

kalau nak best lagi...pandang lah wajah isteri yang sedang melayan anak2 tuh.

kalau takde pasangan istimewa...hehe, pandai pandailah...korang mesti ada sesuatu yang menarik untuk dipandang..cantik !!



Usah lokek puji pasangan (suami/isteri).

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !


CUBA anda ingatkan dalam tempoh beberapa tahun berumah tangga, berapa kali anda memuji isteri atau pasangan anda mahupun memberikan kata-kata hangat dan mesra kepadanya?

Sebenarnya ramai di kalangan pasangan suami isteri, sebagai contohnya si isteri mahu mendengar pujian daripada si suami. Namun berapa kerat sangatkah individu ini menghamparkan kata-kata berkenaan.

Kalau ada pun mungkin tidak ikhlas datang dari hati atau kata-kata pujian dilontarkan sekadar untuk melihat isteri gembira semula apabila dia merajuk.

Sesekali apa salahnya jika memuji isteri atau suami anda dengan ikhlas berlandaskan jasa dan kebaikan yang telah dia berikan.


gambar sebagai hiasan...

Setidak-tidaknya dengan kata-kata pujian yang ikhlas itu biarpun sedikit dapat memberikan makna kepada pasangan dan seterusnya perhubungan anda.


PCL : emmm..dok puji selauu tu ada makna apa kah ?