AWIE OMAR : NEXT TOP BLOGGER 2

Salam semua..

Sesuatu yang menguja bagi saya di arena bloging ini bila blogwalking dan follow blog blogger terus dijemput untuk menyertai segmen. meng'Follow blogger bukan suatu paksaan bagi saya...mungkin sudah menjadi kebiasaan kalau rasa nak tekan button follow maka niat akan diteruskan tanpa memikir panjang samada untuk diterjah/difollow balik...terserah kepada blogger yang difollow tersebut.

Ini suatu segmen yang menarik bagi saya :


penganjur : AWIE OMAR
buat permulaan perlulah ada entri perkenalan antara pengajur, peserta dan juga pembaca blog khususnya, untuk itu pcl mencatatkan boidata lebihkurang cmtu lah mengikut kehendak penganjur...


  Let’s the game begin! · 

 Nama Penuh / Nama Samaran : Nazlie Ismail / PCL 
 Umur : 3 puluhan
 Asal :  Perak tapi kekadang ngaku Kedah .
 Pekerjaan / Pelajar :  Keja gomen
 Hobi : Memancing ikan kalau kehabisan lauk..bukan yg lain2 dan sebagainya!
 Mula Bloging : Januari 2010
 Blog Pilihan : Blog Kekeluargaan cth : (http://kekeluargaan2008.blogspot.com/)
 Warna kesukaan : Putih bersih!
 Rancangan TV kesukaan : Citer2/movie combat..emmph memang puas bila dapat menonotonnya di tv.
 Pilih satu barang untuk bawa masuk ke hutan : lampu suluh *tak takut kegelapan tapi menjadi suatu   keperluan.

PCL : salam perkenalan untuk semua geng NTB 2...dan anda pengunjug baru di sini .

"blogging mau ikhlas"..okeh babai utk kali ini.


 


Lalat hijau pulak tuh !!

Salam untuk semua... ...

Kalau lalat masuk rumah aku tak leh nak halang,....masuk lah selagi boleh masuk, namun di tanganku siap sedia dengan getah bulat hasil kolektif dari pembungkus makanan yang dibeli dari pasar malam sebelum2 nya.

Malang sungguh kau masuk rumah ku, nyawamu mungkin berakhir setelah dilastik di situ....

kejam !!...owh tidak, walau kau masuk dalam minumanku harus direjam seperti apa yang disaran oleh Baginda Rasulullah SAW dalam hadis di bawah :




Di dunia ini lalat memang banyak jenisnya dan yang paling menyakitkan hati bila lalat hijau tersesat masuk rumah..bukan saja makanan dihurungnya...buat bising pulak tuh...'sakit telinga' tau !

eh , melampau betul lah lalat nih..nak terjah masuk mulut  , memang  nak kena lastik nih !!

p/s : “Malas Berkerja, Suka Mengadu” – Lalat Hijau **(Nilai Seorang Pekerja Dari Kacamata Y.M. Professor Diraja Ungku Abdul Aziz)


Karnival Mothercare di KLCC , AHAD (6 Mei 2012) ini

Salam untuk semua...

 Hebahan kepada yang belum tahu tentang Karnival Mothercare di KLCC , AHAD (6 Mei 2012) ini.


Aturcara bermula dari pukul 10 pagi hingga 7 petang dengan berbagai acara menarik.

Semua blogger yang berkelapangan khususnya bagi mereka yang baru bergelar ibubapa ataupun mempunyai anak dijemput untuk menjayakan karnival tersebut.

Anda yang berminat boleh mendaftarkan kehadiran dalam borang yang tersedia di sini.

p/s , menurut Bro dalam blognya , rakan blogger yang plan nak buat / memiliki anak pun boleh turut hadir sama.

Jom meriahkan !




eh !...bangganya dia boleh marahkan suami depan orang ramai !!

salam semua...

alkisahnya petang tadi pcl bersama famili ke JJ Bkt Tinggi Klang. ...sedang kami turun menggunakan tangga eskalator dengan bersesak-sesak orang ramai di situ...kedengaran satu suara agak mengejutkan, "lain kali jawab la fon tu...menyusahkan jer" jerit dari seorang wanita 30an ke arah suaminya yang menanti di bawah.

kebetulan kami berada di hadapan wanita tersebut....semua mata memandang ke arahnya, tapi dia buat rilleks jer...tak habis setakat itu, kemarahannya makin menjadi apabila mendapatkan suaminya 30an bersama anak-anak mereka di bawah. macam-macam lah maki hamun dengan kata yang kurang enak didengar keluar dari mulut wanita tersebut, agaknya penat mencari setelah terpisah dek kesesakan orang ramai berkunjung kebetulan sempena cuti umum hari ini.

kalau begitulah sikap isteri terhadap suaminya di depan orang ramai, macamana  lah agaknya  layanan yang diberikan ketika di rumah?

pcl sendiri tersentap hati melihatnya..., mungkin dia tak dapat kawal perasaan marah agaknya..mungkin juga dia seorang bosses  di pejabatnya, gian memarahi pekerjanya lalu terbawa-bawa sampai waktu  shopping tak boleh silap sikit .

berbalik pada kisah tadi, sumainya dengan merah padam mukanya berlalu begitu saja. pcl tak sempat nak ambil tau lebih2... mamadiana dah tarik tangan pcl...keh keh...

sekadar nak mengigatkan sesama kita baik suami mahupun isteri atau yang sedang berpasangan....kawal lah perasaan marah/geram anda ketika mana sekali pun kerana ia boleh merosakkan hubungan yang sudah sedia terjalin.

persoalannya, adakah meluahkan perasaan marah itu perlu ditunjukkan kepada khalayak ramai ?