Comel tak ?..ada yang berminat ??

Salam semua...

(sila fokus gambar haiwan saja untuk merujuk kepada tajuk)

...dari semalam takda post entri langsung, ...dan inilah untuk hari ni..
rasa macam ada kurangnya lah..kan ?

layan gambar tentang haiwan peliharaan lagi ok!


mamadiana, husnina dan hanis umairah di 'tempat kejadian'...




..sebenarnya , pada minggu lepas kami sekeluarga singgah di suatu tempat pelihara binatang spesis arkus. Berbagai nama saintifiknya antara yang aku  tahu ialah guinea pig, sheba, sheltie dan banyak lagi lah. Tempatnya berberdekatan dengan Pekan Banting jer..






Comel tak ?..ada yang berminat nak membelanya ??

Hubungi No hp ini 0176747276 (sharil)

Menurut tuan punya ladang ini, kesemuanya binatang tersebut adalah untuk dijual kepada pemintnya tersendiri. Beliau juga turut memasarkan terus kepada peniaga-peniaga kedai haiwan peliharaan sekitar Klang.



Sempat 'sambar' sekor sikelabu ini untuk anak saudara pcl di Kuala Lumpur yang sangat meminati guinea pig ini... dia sendiri yang oder , pcl cuma tolong ambilkan saja untuknya...tak mahal , harga murah dari ladang...pasti puas hati !












Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya !!

Salam semuanya...

Semoga kita diberkati oleh Allah swt.



Santai petang ini sambil memerhati ke luar pejabat...kelihatan kontraktor membuat kerja mereka dengan tekun di sana...  *(walaupun ini bukan tugasku...) sambil membaca isi mukabuku Cikgu Zainal @Laniaz Nidiba (guru 'Rampaian Sains' kami di SMSP suatu ketika dulu). .. ucapan Selamat Hari Guru untuk beliau..

Ada sesuatu yang bagus untuk berkongsi di sini..


Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi ia merupakan nasihat yang baik untuk di baca!

Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!

1. Bersedekahlah kepada orang lain jika terdapat lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

2. Kahwinilah lelaki/wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting apabila usia semakin tua.

3. Apabila kamu berkata, “Aku Cinta Padamu”, maka tunaikanlah.

4. Apabila mengatakan, “Maaf”, tenunglah matanya *(eh ! bagi yg mahram saja )

5. Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

6. Percayailah cinta pandang pertama.

7. Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

8. Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sunggupun anda akan berasa seolah-olah anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

9. Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

10. Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

11. Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

12. Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya, “Kenapa anda ingin tahu?”

13. Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

14. Ucaplah “Semoga anda di berkati” apabila mendengar seseorang bersin.

15. Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

16. Berpeganglah kepada tiga R iaitu Rasa hormat kepada diri sendiriRasa hormat kepada orang lain dan Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda.

17. Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

18. Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

19. Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengari. Dan..

20. Ada ketikanya anda perlu bersendiri.

Terima Kasih cikgu
:)







Jom Tukar Emas Dengan Public Gold ...


Assalammualaikum dan salam sejahtera ...

Apa khabar rakan-rakan pembaca sekalian ... Pada hari ini saya ingin berkongsi maklumat dengan rakan-rakan sekalian bahawa ada kempen "Jom Tukar Emas Dengan Public Gold" ...

Ambil lah peluang untuk menggandakan keuntungan .

Pembacaan seterusnya (sila klik di sini)










Berbisik Empat Mata....?

Salam untuk semua...


Berbisik empat mata dan membiarkan kawan ketiga...

Sikap sebegini memang amat tidak terpuji !.. boleh buat orang lain kecemburuan, kecurigaan dan mungkin timbul rasa kebencian di antara mereka.

Sabda Rasulullah saw :
"Apabila kamu bertiga, maka janganlah dua orang berbisik tanpa menyertakan yang lain, sehingga kamu bercampur dalam pergaulan dengan manusia, sebab yang demikian itu akan membuatnya sedih."
(Hadis Riwayat Ahmad)

Owh...memang rasa keterhinaan.. kan!., kot yer pun selit-selit la sikit perkenalkan kawan sebelah ni ker...aduhai !!

Aku rasa situasi begini adalah satu penghinaan terhadap orang yang merasainya...

pernahkah anda juga?



pCL ; .. musim PRU dah nak dekat sangat dah...maka ada lah kes pulau memulau nih!