Carilah orang yang paling hampir dengan kita dan bahagiakanlah mereka

Salam untuk semua..

Sesungguhnya bahagia itu bukan 'benda' yang akan berkurang bila diberikan, tetapi ia umpama cahaya yang semakin 'diberikan' akan bertambah terangnya.

Kata bijak pandai, dengan menyalakan lilin orang lain, lilin kita tidak akan padam... tetapi kita akan mendapat lebih banyak cahaya. untuk kita bahagia, carilah orang yang paling hampir dengan kita dan bahagiaakanlah mereka.

Kita tidak akan bahagia selagi orang di sisi kita tidak bahagia.

>Lan Nadiba




[IKLAN] : Pets Supplyer - guinea ; abyru  , contact this no. 0176747267 (sharil)







Jungle-Blog-Tracking

Permainan “Jungle-Blog-Tracking” telah berjalan menuju ke minggu ke 5, pcl dan peserta lainnya telah melakukan tugasan yang diarahkan dengan santai sekali tanpa memikirkan siapa yang layak menduduki di tangga teratas.

Ini adalah permainan juga cabaran blog sebenarnya...kena ikut arahan dan sentiasa update entri  untuk kebaikan blog itu sendiri...

Untunglah ada juri yang sudi menilai selain daripada pembaca blog itu sendiri...terima kasih kepada Saudara Awie Omar selaku penganjur NBT...(*eh silap...NTB laaa..)

'Permainan' ini sedikit sebanyak telah memberi cabaran kepada peserta minggu demi minggu, alhamdulillah pcl dapat imuniti x2 (selamat utk 2 minggu).

maklumat lanjut di sini : http://awieomar.blogspot.com/2012/05/next-top-blogger-2-episod-4.html

logo NTB2




TERIMA KASIH kepada peserta – peserta yang rajin buat tugasan di atas. Semua entri yang dibuat sangat baik. Susah jugak nak pilih mana satu yang bertuah dapat IMUNITI. Baiklah, tanpa melengahkan masa, peserta dengan TUGASAN IMUNITI paling baik sekaligus mendapat IMUNITI pada minggu ini adalah PCL. TAHNIAH. PCL tidak akan disingkirkan pada minggu ini dan juga pada episod akan datang. Berikut adalah TUGASAN IMUNITI yang seterusnya perlu dilaksanakan. - blog Awie Omar


pcl manfaatkan kata cikgu (Laniaz Nadiba) ; ...Percayalah, orang yang cemerlang ialah orang yang ceria. Dia melaksaanakan apa jua aktiviti hidupnya dengan rasa gembira. Sama ada aktiviti yang berkait dengan Allah (habluminallah), mahupun aktiviti yang berkait dengan manusia (habluminannas), semuanya dibuat dengan gembira .




IKLAN : Chocolate Tamar With Ganache RM 100 per basket...





PCL Goreng Ikan Keli jerrr...!

Salam tengahari semuanya...


dah siap sedia nak lunch, ..dah makan ?..owh dah pagi tadi makan banyak ea..blogger gader2 kat tasik !..baguslah....semangat gathering korang semua.

pcl n famili tak berkesempatan join , .maaf lah ye untuk kali ini.

pcl kelaparan tapi nak masak dan makan kat rumah jugak2...



camana nih ? goreng  ikan keli pun siap bersilat !!  takut letupan minyak, huh !! dasat dah banyak kali kena..

ada petua ke?...mamadiana dah 'surrender' next my turn lah tuh...







Majlis Pelancaran Pusat Jualan Kawasaki Motor X World CBK Motors Sports Sdn. Bhd.

Salam untuk semua pembaca di sini...*dikemaskini semula.


Kuala Lumpur ,  Ahad 6 May 2012.

Sebuah Pusat Jualan Motosikal berjenama Kawasaki,  CBK Motor Sport Sdn Bhd,  melalui  blogger Bro Framestone telah menjemput beberapa rakan media juga bloggers untuk memeriahkan pelancaran Kawasaki MX World Store yang pertama di Malaysia bertempat di Jalan Ipoh.

CBK Motor Sport Sdn Bhd, Jalan Ipoh Kuala Lumpur.


sekitar majlis  pada hari pelancaran

Mr. Chew Boon Keam (Ah Loo), Pengasas kepada CBK Motor Sport 
Mr. Jeffrey Lim, Pengurus Besar kepada Kawasaki Motors (Malaysia) 


CBK Motors Sports adalah singkatan daripada nama Pengasasnya, Mr Chew Boon Keam. Telah bekerjasama dengan Kawasaki MX World Store yang diketuai oleh Mr. Jeffrey Lim, Pengurus Besar Kawasaki Motors (Malaysia) pada hari yang bersejarah ini.


Mendapat kelulusan penuh dari pihak Kawasaki Motors Malaysia, CBK Motor Sport telah menjadi peneraju kepada penjualan dan pembekalan alat-alat ganti serta aksesori untuk Kawasaki motocross.


Kepada mereka khususnya peminat motocross yang ingin mengetahui berkenaan Kawasaki Motocross boleh berhubung terus kepada  Mr Chew (Ah Loo) , seperti alamat yang dinyatakan di bahagian bawah entri ini.

Lain-lain gambar sekitar hari majlis pelancaran tersebut...







acara memotong riben oleh Jeffrey Lim , Chew Boon Keam (Ah Loo) dan Khoo Khang Oo (Tetamu Kehormat)



Mr. Jeffrey menandatangani panel perasmian
panel perasmian

bertukar plak penghargaan



Mr. Jeffrey & Ah Loo dalam sesi soal jawab bersama media jemputan


MX World adalah sebuah Stor Pusat Jualan motosikal motocross pertama di Malaysia, berjenama Kawasaki dan juga membekalkan aksesori , perkhidmatan servis dan jualan berkenaan dengan Kawasaki motocross.











Selain itu CBK Motors Sports Sdn Bhd juga adalah sangat komited dalam industri permotoran ini,  dengan kerjasama yang terlaksana pada hari ini , MX World adalah sebagai platform untuk meningkatkan sasaran jualan mereka.



Alamat  : CBK Motor Sport Sdn Bhd
373, Batu 2.5
Jalan Ipoh
51100 Kuala Lumpur
No. Tel: 03-4042 8555
No. Fax: 03-4042 2985
Alamat e-mail: cbkmotor@gmail.com
Laman web: www.cbkmotorsport.com



*********  ********  ********

Turut dimeriahkan lagi dengan acara 'lucky draw' untuk para jemputan yang hadir di majlis tersebut....untunglah ada antara blogger yang dapat jacket.





Majlis dihangatkan lagi dengan pertunjkan motocross yang sangat menarik perhatian para jeputan yang hadir..








Kehadiran kami sangatlah dialu-alukan...Terima Kasih.

rakan blogger


penulis blog  : PCL






sumber : Fb Yana Yassin, Fb Zero 2 Hero, www.cbkmotorsport.com dan www.pakciklie.com (PCL dot com),



Published with Blogger-droid v2.0.4