Dari Banting, zass.. terus ke Sp.

emmh...nak gerak malam ni jugak...tak sabaQ nak balik Sg Petani eh mamadiana ?

dah jadi orang perantauan...balik kampung musim cuti sekolah adalah kemestian...dah macam nak balik cuti raya la plak.., semua barang dah packing siap2...menunggu aku pulang dari kerja.

dari Banting, zass.. terus ke Sp...tak taulah berapa perhentian aku wajib berhenti !! adakah semua RnR di sepanjang hiway plus..??

korang doakan lah perjalanan kami ini selamat sampai ke destinasi.

Terima kasih dan maaf kalau ada salah dan silap ., insyaAllah kalau diizinkan aku akan update entri dari masa ke semasa...

 


Haruskah dinanti musibah baru nak berubah ?

Salam untuk semua...

bila terserempak depan mata ...sesuatu perkara yang semakin diremehkan oleh insan muslim lelaki khususnya...harus diingatkan pada diri dan mengigatkan yang lain-lainnya.



...kalau kita tengok masa kini, di pasar atau di kedai-kedai banyak kita jumpa barang-barang perhiasan lelaki yang dibuat daripada emas seperti jam tangan, kaca mata , butang baju , pen , rantai , pingat dan sebagainya dengan kadar yang berbeza-beza.

Ada pula yang disaluti emas sepenuhnya., dengan tujuan utama direka adalah khas untuk kaum LELAKI...
yang jahilnya muslimin  itu tanpa rasa bersalah malahan rasa megah pula bila memakainya.

tak tahu ke HARAM bagi lelaki ?... atau sengaja nak menunjuk bila pakai perhiasan emas nampak hebat ! ..hebakk ker !!

eh, yang lebih dahsyat daripada tu pon dorang tak kesah..inikan pula emas...ape celop toq !!

kesedaran akan datang bila setiap dari kita setelah ditimpa musibahNYA ...selalunya macam gitulah, ...untung bagi mereka yang sadar awal sebelum waktunya.. , tapi haruskah dinanti musibah baru nak berubah ?

*peringatan untuk diri ini juga.

 


Terima Kasih Tukang Komen Entri Blog PCL

Assalamualikum..

Wajah-wajah  pengomen yang tersenarai bulan lepas (Mei 2012) - TOP 5.

http://fairusmamat.blogspot.com/
http://bonijll3.blogspot.com/
http://maszull.blogspot.com/
http://sephiasayang.blogspot.com/

http://queenofbutterfly.blogspot.com/


KOMEN ANDA..SIAPA YG TOP RANK !

pcl ; untuk makluman semua pembaca , walaupun anda tidak muncul (silent readers) saya tahu akan kehadiran anda dan saya ucapkan jutaan terima kasih kerana memberikan sokongan yang berterusan kepada blog ini...




Fenomena Gerhana Bulan Separa (Partial Lunar Eclipse)

Assalamualaikum,

berikut adalah email jabatan yg sy terima untuk dihebahkan kepada umum :
Salam sejahtera & Salam 1 Malaysia Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas. Bersempena dengan fenomena Gerhana Bulan Separa (Partial Lunar Eclipse) nanti, Planetarium Negara di bawah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dengan berbesar hati menjemput Tuan/Puan dan keluarga untuk bersama-sama menyertai program di atas. Untuk makluman, selain daripada menyaksikan Gerhana Bulan Separa, orang ramai juga akan berpeluang untuk mencerap planet Marikh dan Zuhal. Gerhana Bulan Separa seterusnya hanya akan berlaku semula pada April 2013. Maklumat berkenaan program pencerapan tersebut adalah seperti berikut: Tarikh : 4 Jun, 2012 (Isnin) Masa : 8:00 malam hingga 10:00 malam Penyertaan : PERCUMA Tempat : Planetarium Negara Kuala Lumpur Besarlah harapan kami agar pihak Tuan/Puan dan keluarga dapat bersama-sama menyertai program pencerapan ini. Mohon juga kerjasama pihak Tuan/Puan untuk ’LIKE’ FACEBOOK MALAYSIA LUNAR ECLIPSE bagi mendapatkan gambar-gambar fasa gerhana bulan secara langsung daripada Sabah bermula dari jam 7.10pm hingga 8.10pm. Kami juga berharap pihak Tuan/Puan dapat memanjangkan jemputan ini kepada keluarga dan rakan-rakan.


KUALA LUMPURL: Rakyat Malaysia dapat menyaksikan dua fenomena falak minggu depan iaitu gerhana bulan separa pada Isnin dan transit planet Zuhrah melintasi matahari pada Rabu...mStar 1/6/2012

sisipan : http://hafidzyoungscientist.blogspot.com