Selamat Tinggal Hutan Fantasiku

Assalamualaikum dan salam 1 dunia bloggers...masih diberi peluang oleh penganjur...terima kasih.

..mohon anda teruskan membaca sampai habis tugasan NTB2 episod kali ini, emmm ...kalau perlu tinggalkan komen anda...terima kasih diucapkan.

Tugasan Imuniti Episod 12
Sediakan satu entri. Tajuk entri “Selamat Tinggal Hutan Fantasiku”. 


----------------------------------------------------------------------------------------------------------


banner peserta NTB2
Sejak awal-awal episod kemunculan NTB2 ni lagi, telah diwar-warkan oleh penganjur iaitu Saudara Awie Omar tentang tema berkenaan dengan 'HUTAN'... dan seterusnya hingga minggu ke-12 ini , "Selamat Tinggal Hutan Fantasiku"..pulak dah ! kenapa ea?..mungkin 'cabaran' seterusnya mahukan ia diluar konsep tema 'HUTAN'., Sesama kita tunggu episod-episod akan datang yang lebih mencabar.


"beginilah 'pandangan' yang saya mahukan....tapi tak jumpa lah...huhu"

Okay, ...kalau ditanyakan pandangan saya berkenaan tema tersebut, sebagai peserta.. ianya adalah suatu cabaran yang sangat susah,  sengsara dibuatnya kerana ia memerlukan sesuatu pengalaman yang sebenar-benar berlaku dalam hidup , barulah penceritaan dalam entri berkenaan boleh disampaikan dengan berkesan kepada pembaca. Walau bagaimana pun, itu adalah cabaran sebenarnya...cabaran yang perlu dilalui setiap peserta NTB2 ini dan setakat minggu ini saya masih teruskan dengan tugasan demi tugasan dan insyaAllah kalau terpilih akan bersama lagi di minggu akhir Episod NTB2.


Bila pengalaman telah difantasikan maka wujudlah sebuah entri yang berkisarkan tentang 'HUTAN' . Syukur Alhamdulillah,  buat kali pertamanya saya telah diingatkan oleh penganjur agar tidak terlepas dari membuat tugasan minggu ke-6, masa tu saya berada di kampung halaman..maklumlah sibuk dengan aktiviti keluarga, hampir tersasar saya di situ !. Namun akhirnya penat lelah saya 'memerah otak' yang hampir 'kepupusan' idea untuk menyiapkannya telah terlaksan juga. Tugasan tersebut telah selamat dientrikan beberapa minit sebelum waktu yang telah ditetapkan tamat. Ia merupakan karya saya...entri Tugasan Imuniti saya yang paling best ! iaitu [Akulah Komando] . Kepada yang belum membacanya..sila  klik link tersebut , entri ini juga telah dianugrahkan Imuniti (2 episod terselamat dari tersingkir) oleh penganjur.

"Akulah Komando"


Sememangnya banyak perkara menarik bila berada di dalam hutan, saya cuba bagi 5 perkara yang mempunyai keunikannya tersendiri , saya tak akan dapat merasainya jika saya tidak berfantasi begini...hahaha.







bila khemah yang dibawa telah rosak, maka berkhemah menggunakan daun-daun dan ranting pokok adalah sesuatu yang unik dan sangat meninggalkan kesan.....sungguh!, ..memang ada kesan gigitan nyamuk di situ.



...makan ular sawa, anda pernah?...tak mungkin bukan !...kecuali anda sememangnya 'kemaruk' dalam keadaan darurat.






..berteman suara katak dan unggas bila tiba waktu malam...tapi siang hari pon dah rupa malam bila berada di hutan...tenang sangat !








boleh uji tonasi 'suara jantan' neh...bila memekik jer mesti perasan jadi semacam Tarzan !




..masih banyak lagi pokok hutan yang masih terpelihara, suasana yang mengekalkan ekosistem negara kita. [Ekosistem merupakan interaksi atau hubung kait antara benda hidup dengan benda bukan hidup dalam alam semula jadi.]



Dalam menempuh 'Hutan Fantasi' ini sudah pastinya ada pemenang dan juga pengalah dalam sesebuah pertandingan. Kami, peserta yang asalnya seramai 16 kini hanya tinggal lagi 5 orang iaitu AlIya Syahirah, Incik Hasmi, Rozuan Ismail, Zamani dan saya sendiri akan terus berjuang ....kalau diberi pilihan juara adalah Allya yang saya pilih kerana beliau seorang yang mempunya gaya penulisan yang baik dan boleh menarik hati  pembaca khususnya penganjur sendiri...ye dak En Awie ?..hehe.

Bila berpeluang berada di dalam hutan., sesuatu yang akan dibawa balik sebagai kenagan adalah pengalaman yang tak pernah dirasai oleh orang luar...perasaan takut yang sangat  mencabar.


Saya sangat senang bersama dengan Incik Hasmi kerana dia kelakar orangnya...rasa saya lah, tengok kepada olahan entri yang beliau hasilkan sebelum ini. 


Masa dalam hutan ni tak boleh nak seronok dan bersuka ria...saya lebih suka kalau beraktivi yang boleh membuat kecintaan kepada hutan...mengenali khazanah hutan  dan secara langsung dapat menambahkan ilmu  berkenaan hutan.


Saya berharap sangat kalau Arjuna masih lagi dalam permainan ini...saya suka dia...bukan bodek tapi ramai juga yang menyukainya.

Saya dapat rasakan nama PCL adalah calon tersingkir selepas ini...dan kalau lah betul ianya berlaku maka salah satu sebabnya adalah kurang alert@peka , lambat bertindak balas...eh ye kot !

Setelah selesai ekspedisi 'fantasi' ini ...kepuasan adalah sebenarnya yang dapat dirasakan...eh ! macam betullah aku berada di sana...







Aku suka, ...lagi suka bila dia belikan guna duit dia...




takde citer pasal apa pon....cuma...
sedap plak pakai t-shirt yang dibelikan oleh mamadiana nih..

aku suka, ...lagi suka bila dia belikan guna duit dia...
dia plak , suka apa saja yang aku sukakan...

LELAKI !...cerewet ke bila pilih pakaian ?..tak lah..ehh hehe..

..teringat  pada kawan sorang nih....isteri dia penat belikan dia baju lawa2 ..overseas lagi ,...tapi oleh kerana kecerewetannya ...dengan tak fikir pasal perasaan isteri dia tu...lalu menolak pemberian itu dengan kata-kata yang menyakitkan hati wanita tersebut dan aku sendiri yang mendengarnya setelah diceritakan dengan bangganya oleh 'kawan' tu...aduss..kau sungguh tak menghargai !!,...aperr.. kau hebat sangat ke !!..*masa tu aku bersuara dalam hati jer..keh3.

pcl ; sesekali kita kena ingatkan dalam fikiran kita bahawa pandangan isteri (pasangan) adalah sebaiknya baginya...maka haruslah dihargai., kalau tak suka...ada caranya untuk menolak pemberian tersebut...masing2 ada cara tersendiri, saling memahami adalah langkah terbaik dalam hidup berpasangan.

pssst...(sekali je) : mamadiana dah masakkan siput 'retak seribu' utk lunch tadi dalam..apa yang dia suka kita masakkan !..pergh sempoi !!





Retak Seribu...!


...udang saiz sederhana kat econsave murah plak hari ni..Rm13.90/kg.,  takde niat pon nak beli tapi bila nampak kesegrannya dan harganya...ambik buat stok.

seafoods lain tu biasa jer tapi hari ni teringin nak makan lauk kerang dan lala...eh kalau kat utara tu panggil 'siput retak seribu'...

..hem her..dalam kepala dah terbayang lala masak sambal with cili kering...emmm dap dap nyerr..!!

pcl ; nak kena tolong bini eh...xper, kekadang depa tu rimas bila kaum adam sesama sibuk kat dapur..pepandailah yer, tak leh masak tolong sidai kain baju pon jadi lah..kan! bila lagi nak tolong menolong ..cuti2 ni la kan !

babai..

Published with Blogger-droid v2.0.4


Susahnya..


Susahkan hidup ini....

nak makan pun susah...

susahnya nak fikir mahu masak menu apa tengahari nih...

...biasanya,  kami akan singgah dulu sarapan di mana-mana sambil bincang nak beli apa sebelum ke pasar..

kekadang keputusan tak dicapai. ..

akhirnya kena pegi tengok dulu baru ada idea...susahnya!

pcl; ...ayam..ikan..daging..udang...itu je yang ada!

Published with Blogger-droid v2.0.4