Tiada Etika : ..dah menyirap gile ngan sesetegah orang yang tidak tahu adab ketika berada di bazaar ramadhan.

ok. assalamualaikum..


lets kongsi mengenai etika ketika berada di bazaar ramadhan.
benda ni dah lama dah aku nak tulis. tapi baru hari ni aku betul2 nak tulis.
sbb aku dah menyirap gile ngan sesetegah orang yang tidak tahu adab ketika berada di bazaar ramadhan.
umum tahu, bazaar ramadhan adalah tempat yang paling busy, sesak dan ramai mata yang memandang.



so di sini, antara perkara yang diklasifikasikan sebagai tiada etika untuk kedua2 pihak PENIAGA DAN PEMBELI.

gambar hiasan dari google image

1. PENIAGA

a. TIDAK MELETAKKAN TANDA HARGA.

benda ni rasanya kat semua bazaar mmg ada. susah sangat nak letak tanda harga.
apa motif kau taknak letak tanda harga? sbb kau boleh letak sesuka hati harga kau?
kalau tempat lauk pauk tu, boleh la diterima takde tanda harga.
ni.. kau jual kuih beberapa jenis pon. tulis jela tanda harga. 
rajin plak kau nak menyebut harga kau banyak2 kali bila orang tanya.
ini jadik kat aku. bazaar Taman Melawati.
aku tetibe nampak kuih Jala Emas. pastu takde tanda harga. so aku bajet mungkin benda tu RM 1 utk 2 ketul.paling mahal pun RM 1 seketul.
so aku tanya 
" kuih ni berapa?"
"satu 3 ringgit"
"errr bagi 2 la"
ok. pada aku, aku rasa MEMANG MAHAL GILE WEEEIII kuih coet tu RM3.
RM3 dah boleh beli jus buah 
tapi memandangkan kelemahan aku ialah ego aku sendiri, tetba aku terus minta 2. sepatutnya aku terus bla. tapi napa tah. ego aku yang menjawab minta 2 ketul. so rm 6.
RM 6 dah boleh dapat kuih biasa 15 bijik. 


so wahai peniaga TOLONG lah letak tanda harga. bkan susah pun.. kau nak untung banyak tapi kedekut tahiikk masenn!!!!

b.MEMEGANG MAKANAN DENGAN TANGAN DI HADAPAN PEMBELI

bnda ni pun banyak berlaku. banyak kali. selamba gile pegang makan dengan tangan. terutamnya kuih. 
owowow.. mmg la kau kata kuih tu pun hasil tangan kau.
tapi itu aku tak nampak. ni kau dah pegang depan pembeli, takkan orang tak nampak.
ntah dah pegang apa tah.

c. SEKSI MCM ORANG NAK BELI KAU

benda ni ada berlaku tapi ianya mungkin dalam 3-4 orang penjual je dalam satu2 bazaar.
kemain kau... baju leher low cut, rambut perang.
ada jugak yang pakai singlet je. seksi mcm hape.
please la.. orang datang nak beli makanan. bukan nak langgan beli kau.

4. MELETAK HARGA SESUKA HATI

Peniaga, sebelum kau letak harga, kau tgk la dulu produk kau tu layak atau tak untuk mendapat harga mcm yang kau letak.
aku masih teringat kes somtam aku yang berharga rm 5.
dah la sikit bebenor. pastu kering.
aku beli pun sbb aku tak tahu harga pastu aku tanya (mcm point a)

5. MENJUAL SEMULA MAKANAN YG TIDAK HABIS

Memang. memang sayang nak buang. tapi itulah hakikatnye.
kau perlu buang/sedekah jualan kau yang tak habes tu pada orang.
ni tak. kau simpan and kau jual semula esok.
tak amanah weeeh.

dan lagi satu. orang yang jual kuih ni kadang2 guna HAMPAS kelapa untuk buat inti.serius.



2. PEMBELI

a. TERGEDIK-GEDIK

benda selalu kat budak2 perempuan yang meningkat remaja la.. yang baru lepas spm, yang tingkatan 3 keatas .
aku perhatikan dorang ni kalau jalan sesama dorang mesti nak tergelak2 bajet manja.

pastu kalau ada peniaga yang usik, mula la menggeletis mcm hape.
dahla orang kat bazaar tu ramai. kau tergedik2, kau dah menyekat laluan orang lain. so tak payah gedik. 
ikat je rambut tu. ni tak.
rambut menggerbang konon seksi. kalau rambut tu lawa, sedap gak mata memandang.
ini.. rambut pun kering, menggerbang, siap ngan bekas ikatan...
baik kau ikat jelah rambut tu.

b. OLOLOLO BIJAKNYE ANAK AKU PANDAI JALAN!!

Kadang2 ada parents yang bawak anak kecik datang bazar. takpe. yelah.. kesianla kat anak.. kat rumah takde sapa jaga.. so bawak la..
tapi yang buat orang menyampah, bila kau biarkan anak kau yang umur setahun, yang baru terkedek nak belajar jalan tu, berjalan sendiri. apa salahnye kau dukung budak tu.
"alaaahai anak aku pandai jalan wooo!"
ok.tapi tgk tempatlah untuk mempertontonkan "ke-olololo-an" anak kau tu.
1. kesianla kat budak tu. dia kecik lagi dan terpaksa berhimpit. dah la jalan terkedek2.
2. kesianla kat pembeli ni terpaksa bersesak sebb nak bg ruang kat anak kau berjalan.

c. LAPAR MCM TAK BERBUKA SEJAK SEMALAM

beratur.. susah sangat ke nak beratur? ni kau tetbe datang dari arah lain pastu kau order.
amende kau ni?? takde sivik? lapar benaw? 



pcl; .. takda sapa nak kesah pon...kan , tempat awam...sapa taknak lebih baik duduk rumah diam2...pahala pon tak kurang !! ambil ini sebagai iktibar yang mana perlu !! kita nampak salah/betul orang kita jadikan 'cermin diri' untuk kita perbaiki dari yang baik kepada yang lebih baik.



kredit : RuthlessFairy



Solat Sunat Tarawih : Lapan Rakaat Bukan Masalah, 20 Rakaat Lebih Baik

Fahami Maksud, Mampu Elak 'Liat' Solat Tarawih


ADA masanya kita amat malas sekali mahu mengerjakan solat tarawih di surau atau masjid berdekatan.
Alasan yang sering diberikan apabila diajak oleh ibu bapa atau rakan-rakan untuk tidak bersama-sama mereka mengerjakan solat sunat ini ialah sibuk atau ada urusan lain yang perlu dibuat.
Namun, tidak kurang juga yang tidak bertarawih kerana menganggap solat ini meletihkan.
Persepsi solat tarawih, ibadat yang sangat dituntut oleh Allah pada bulan Ramadan bahawa ia meletihkan sehingga dianggap beban oleh sebahagian di kalangan kita sebenarnya tidak patut timbul.
Ini kerana, tanggapan itu sendiri amat bertentangan dengan perkataan "Tarawih" (bahasa Arab) yang bermaksud 'istirehat'.
Felo Kanan Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Dr Mohd Farid Mohd Shahran berkata kaedah terbaik mengelakkan rasa 'liat' menunaikan solat tarawih ialah dengan memahami konsep dan maksudnya.
Dengan memahaminya, segala persepsi tentang tarawih yang sering berlegar-legar dalam minda selama ini juga akan dapat dihapuskan.
Katanya, lebih baik seseorang itu mempunyai sedikit ilmu dan pengetahuan tentang ibadat sunat ini supaya solat yang dilakukan dapat dihayati sepenuhnya, seterusnya dapat merebut ganjaran yang dijanjikan Allah.
Hukum tarawih dalam Islam ialah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi orang-orang Islam lelaki dan perempuan.
"Kita kena faham bahawa solat tarawih ialah aktiviti yang merehatkan, kerana tarawih itu sendiri bermaksud 'rehat'. Tujuan solat ini untuk kita berehat-rehat dan bersenang-senang.
"Kalau sentiasa fikir tentang pergerakan fizikal memang nampak penat walaupun pergerakan dalam solat tidaklah seteruk mana.
"Tetapi kalau dari segi rohani, solat yang dilakukan dengan khusyuk dan penuh penghayatan akan membuat jiwa kita tenang selain mendapat ganjaran pahala berlipat kali ganda," katanya ketika ditemuramah mStar Online.
Mohd Farid berkata ketenangan jiwa dan hati yang suci akan terbit secara langsung jika tarawih dilakukan dengan ikhlas, tidak kira sama ada ia dilakukan bersendirian di rumah atau secara berjemaah.
Mengerjakan tarawih untuk menunjuk-nunjuk atau menjadikannya sebagai 'trend' pada bulan Ramadan adalah satu tindakan kurang bijaksana dan merugikan.
Justeru katanya, sama ada menjadi imam, makmum atau solat sendirian di rumah, tarawih wajar dilakukan dengan tenang, penuh penghayatan dan bukan dalam keadaan tergesa-gesa.
Beliau menambah, solat di masjid atau surau yang mengikut imam bagaimanapun membuka peluang untuk jemaah menghayati bacaan ayat-ayat al Quran yang dibaca oleh imam.

Hiasan dari Google image

Lapan Rakaat Bukan Masalah, 20 Rakaat Lebih Baik
Mohd Farid berkata masyarakat Islam juga tidak seharusnya khuatir tentang bilangan rakaat yang perlu dilakukan apabila menunaikan tarawih.
Katanya, umat Islam diberi pilihan sama ada mahu mengerjakannya sebanyak lapan rakaat atau 20 rakaat.
"Lebih afdal (baik) buatlah 20 rakaat, tetapi daripada meninggalkannya terus...lebih baik solat lapan rakaat," katanya.
Bersesuaian dengan maksud tarawih, beliau menjelaskan ia juga tidak semestinya dihabiskan sekali gus dalam satu masa.
"Boleh juga solat lapan rakaat di masjid dan sambung apabila sampai di rumah. Mungkin tidur atau buat kerja lain dulu dan kemudian solat semula.
"Ada sesetengah orang mereka rasa lebih khusyuk solat di rumah. Itu juga tidak jadi masalah. Yang penting jangan sampai tak buat langsung kerana menyangka solat ini memenatkan, membebankan dan akhirnya membuatkan seseorang itu terus hilang peluang untuk mendapat ganjaran Allah," katanya.
Bagaimanapun katanya, tarawih haruslah dilakukan hanya selepas seseorang itu menunaikan solat fardhu Isyak.
Tidak Wajib Dan Tak Membebankan
Mengimbas kembali sejarah dan asal-usul solat tarawih, amalan ini dimulakan oleh Nabi Muhammad yang menunaikan solat ini secara sendirian pada malam bulan Ramadan.
Mohd Farid berkata, baginda Rasulullah s.a.w melakukan amalan ini bagi menyemarakkan semangat pada malam-malam bulan Ramadan dan sebagai ibadat untuk lebih menginsafi diri.
"Lama-kelamaan amalan baginda diikut oleh para sahabat...semakin lama semakin ramai tetapi pada masa itu masing-masing melakukannya secara sendirian," jelasnya.
Sehinggalah malam keempat, baginda Nabi Muhammad tidak lagi solat tarawih di masjid semata-mata baginda bimbang amalannya dianggap amalan wajib.
Baginda bersabda: “Sesungguhnya aku melihat sambutan daripada kamu. Aku tidak hadir pada malam itu hanya kerana takut solat itu diwajibkan ke atas kamu.”
"Baginda risau tarawih dianggap wajib tapi baginda masih melakukannya di rumah," Mohd Farid menjelaskan tentang sejarah ringkas solat tarawih.
Sahabat baginda Umar al-Khattab telah mengamalkan solat tarawih 20 rakaat dan memulakan solat ini secara berjemaah dengan melantik seorang lagi sahabat Ubai bin Ka'ab sebagai imam.
Banyak Kelebihan
Terdapat banyak hadis yang menggalakkan umat Islam untuk meningkatkan amal ibadat pada bulan Ramadan.
Mohd Farid berkata memandangkan solat adalah ibadat paling utama dan cara paling baik untuk mendapatkan pahala, tarawih terus diamalkan sehingga ke hari ini.
Beliau menjelaskan, solat sunat ini yang panjang berbanding solat sunat biasa dan dilakukan pada waktu malam akan menyegarkan kembali hati dan jiwa mereka yang mengerjakannya.
Dari segi kesihatan, tarawih akan menjadikan kita lebih sihat kerana ia melibatkan pergerakan tertentu dan diselang-selikan dengan rehat.
"Yang pasti, amalan ini akan memberikan pahala yang banyak selain dapat menyucikan diri dan menguatkan iman seseorang," katanya.
Dari segi sosial, tarawih mampu membawa lebih ramai jemaah ke masjid atau surau.
"Mereka akan berkenalan antara satu sama lain dan berjemaah di masjid juga dapat mengeratkan lagi ikatan sesama Islam yang terjalin," katanya.

Oleh IZRA ABD RAHMAN (mstar.com.my)
 


Masih ada lagi....telur tak basuh !

Salam...

ke pasar ramadhan petang nih ??

.."pasar ramadhan Banting kat kunci air tu, ucup ayam percik RM3, ayam gunting RM5.50, ayam golek sekor RM14, ikan bakar kembung RM3, murtabak aku tengok telor tak basuh... Tak beli aku keke... "


ini gambaran buruk !...sebenarnya bersih sikit daripada ni tapi tetap telur2 tu letak dalam bekas/tray yang meragukan kebersihannya....

pcl;...kuasa pembeli ada pada anda sebagai pengunjung PARAM.

 


Saya Rasa Saya Pun Terkena Batang Hidung ! ?

...berkenaan puasa dan fb wall



"bulan puasa ni aku berazam tanak buka fb sebab dah tau dah pun status korang.. " - Siapa???

status pagi2 : ohh sgt lemau.. pagi tadi terlajak tak bgn sahur ngantukkk.. yg bajet ustat/ustajah pulak akan sibuk penuhkan wall dgn segala mcm unsur nasihat

tghari sikit : ooh ptg ni nak masak ikan kerapu kepunden marang skeperrrrr menu berbuka ptg ni ...(list lauk pauk tiga baris) karang nak balik awal nak pegi PARAM dot..dot dot.., situ ada kebab paling bes! yg bajet lebih sikit - ptg ni hasben ajak berbuka kat Hotel dot dot dot.. lagi..boring la 


masuk pukul 4: ooh tak sabar nk balik cepat la jarum jam gerak! ooh jgn la hujannn.. aduhh pedihnya perut! 


pukul 7: pakat2 tepek gambar lauk berbuka termasuk plastik2 yg penuh di jari yg dibeli dari param yg dok kl dan tersangkut di federal hiway - nasib ada kurma dalam kereta grrrrrrr!!! oit org tak posa tayah la sebok nak balik awal jugak kenapee?? 


7.30 - 8.30pm: alhamdulillahh kenyang sgt <-- koman2   30 org akan updete mcm ni sukenyer lauk habis licin hasben bedal..mesti sedap i masakk kan ling? 


...dan selepas2 itu: alahai baca surah panjang pulak imam ni.. alhamdulillah usai tarawikh di surau dot dot dot.. malam ni buat 8 je,  oh moreh takde ke? 

esok sambung lain ...rutin dah berterusan...apakah ?, realiti kehidupan masa kini.

p/s : kat blog ...ada sapa kesah ! ..hurmm


Promo :
jom kita dengarkan Hot deejay bersama Dj kEsayanGAN PeNDengar DJ peramah semuanya..........♥♫♪♪♫♪♫ ▂ ▃ ▅ ▆ █ █ ▆ ▅ ▃ ▂ ♥♫♪♪♫♪♫
★ Link Website 1:: http://hotdeejay.blogspot.com/Link 2 :~♥ http://69.65.47.132:8000/listen.plshotdeejay.nethotdeejay.blogspot.com