Menu Kita Ramadhan Ini Adalah Menu Anak-anak Sebenarnya.

Salam...

 ....semoga semuanya dapat meneruskan ibadah puasa di hari yang ke 17 ini dengan bersemangat.
Hari ini juga merupakan kali ketiga juadah yang sama dibuat oleh mamadiana untuk anak kami yang bongsu ini, suka sangat dia dengan popia goreng mamadiana nih... kalau diikutkan apa yang sepesel takda lah sangat, sama juga dengan yang jual2 kat bazar ramadhan tu.
 
Published with Blogger-droid v2.0.6

...mungkin ini yang membuat popia mamadiana menjadi kegemaran keluarga, 'buat dengan ikhlas dan penuh kasih sayang'...Hanis Umairah sendiri turut membantu menggulung popia kesukaannya. sempena cuti umum  Nuzul Quraan, banyak aktiviti dihabiskan bersama di rumah saja.

pcl; ..ikutkan saja selera dorang...aptb  (apa pon tak boleh) !


Cakap baik-baik....kita bincang !


Salam...

Orang yang merantau untuk mencari rezeki di bandar akan berasa cukup puas jika dapat balik kampung pada musim perayaan. Pada masa yang sama, orang yang tinggal di kampung pula seperti menanti kepulangan sanak-saudara dari bandar.

Kegagalan orang bandar balik kampung menimbulkan kekecewaan pula dalam kalangan orang kampung.
maka dengan itu 'semangat' balik kampung raya sentiasa tersemat dalam diri perantau..

Bagi mereka yang masih bujang tiada sebarang masalah namun sebaliknya bagi yang sudah bekeluarga. Tidak dinafikan sesetengah keluarga yang sudah mula merasa ketegangan dalam hal 'balik kampung' di musim perayaan . Saban tahun.,  berpanjangan terdapat pertengkaran rumah suami isteri sehingga terjadinya 'kes berat'.

anda bagaimana pula ? ,

kepada suami isteri yang boleh mengalah tu ok lah kan...terbaik !  ikut giliran yang telah dipersetujui bersama.

pcl ; ....Cakap baik-baik....kita bincang orait, jangan gado2.



Semua anda adalah sahabatku

Ya Allah …
Panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,
terangi hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepa
da kebaikan,
jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat ……




Ya Muhaimin …
Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu …
Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hati-Mu.
Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.




Ya Allah …
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kejalan-Mu.. jika kau halalkan aku merindui sahabatku,
janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki,
rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-Mu.




Ya Allah …
kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari-Mu dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup di dunia dan di akhirat kelak … insya-Allah




Yakinlah segala nikmat yang diperolehi itu datangnya dari Allah SWT.


hiasan dari google i mage.




Selamat Iftar..


♥♫♪♪♫♪♫ ▂ ▃ ▅ ▆ █ █ ▆ ▅ ▃ ▂ ♥♫♪♪♫♪♫
★ Link Website 1:: http://hotdeejay.blogspot.com/


baru nak menggoreng..15 minit lagi sempat kot  !...