Selamat Hari Merdeka 2012 : Bersyukurlah !




Kemerdekaan Negara kita, Malaysia pada 31 Ogos 1957 telah diulang sambut perayaanya kali ke 55 pada tahun ini.

SELAMAT HARI MERDEKA 2012, Negara yang aman makmur bahagia....InsyaAllah bahagia dalam pemahaman masing-masing.

Dalam melaluinya usah kamu lupa pada kesusahan, boleh jadi kesusahan itu yang membahagiakan kamu . Usah lupa pada musibah yang menimpamu, boleh jadi musibah itulah yang merawat penyakit hatimu.

Ramai orang yang inginkan kesenangan di dunia, tetapi dia terlupa bahawa kesenangan telahpun diperolehi tanpa memerah keringat. Kesenangan memiliki pancaindera yang lengkap, mempunyai tempat untuk memayunginya daripada terik mentari dan menyelubungi kesejukan di pagi hari.

Ada yang tidak memiliki kereta, tetapi dia memiliki motorsikal. Ada yang tidak memiliki motorsikal, tetapi dia memiliki basikal. Ada yang tidak memiliki basikal, tetapi memilik sepasang kaki untuk berjalan. Sedangkan sepasang kaki itu lebih berharga daripada kereta, motosikal dan basikal, kerana ketiga2nya memerlukan kaki untuk menggerakkannya.

Didiklah diri kita untuk sentiasa bersyukur.....bersyukur kepada Alla swt.

>sumber dari fb Laniaz Nadiba



Tilapia Masak Tiga Rasa




.....menu tengahari mamadiana untuk kami sekeluarga.

saya beli ikan tilapia masa berkunjung ke pasar borong Kanchung Darat Banting...pasar tu lebih dikenali dengan nama Pasar Kemboja  ( 2km dari pusat bandar).

Banyak longgokan ikan air tawar pada masa tu dijual.. saya dah pernah beli beberapa kali sebelum ni, rasa isi ikannya kalau dimasak...memang best!.. tak berbau 'longkang' langsung..manis je emmmh!!.

*cari yang terbaik untuk anak isteri makan, .. makanan yang baik  tidak semestinya yang mahal- mahal harganya .

ada jugak kekadang tu boleh 'potong stim' la kalau dah masak sedap2 tapi baunya buat tekak tak selera..

pcl; ..asal hemah berbelanja, bijak mencari..dan  kebahagiaannya sama-sama dirasa.

Published with Blogger-droid v2.0.6


Dato' LF : "Saya suka orang datang ke rumah saya...ia bagai rezeki bagi keluarga saya"

...suka sangat bila dapat berhubung melalui telefon dengan YBhg . Dato' LF pagi tadi, ...keriangannya terserlah dari suara yang didengarkan....senang rasa hati punyai sahabat blogger yang begitu tinggi nilai persahabatnnya...

Siapa tak kenal dengan Blogger Luah Fikiran, Dato' LF ?

Perjumpaan yang lalu

 ...mungkin sebahagian kecil saja dari kita, tapi itu tak jadi kesah...

Tujuan saya adalah untuk menghebahkan lagi kepada pembaca-pembaca blog ini khususnya , iaitu berkenaan :


apa yang telah dirancangkan oleh Blogger Kakcik ,  Blogger AzieAzah  berkenaan Perjumpaan  Blogger tersebut , saya sejujurnya sangat-sangatlah menghargainya.. Dato' dan Datin sekeluarga selaku tuan tanah sememangnya mengalu-alukan kedatangan sahabat-sahabat semua.

DATANG JANGAN TAK DATANG ! KITA NI BUKAN NAK MAKAN SANGAT TETAPI KITA NAK BERTEMU, KITA NAK  MERAPATKAN UKHWAH SESAMA KITA. KALAU ADA YANG TAK KENAL TU, MAKA KITA AMBIL PELUANG INI UNTUK  BERKENALAN.  - (LF)

so, apa lagi ....jemputan sudah ada, teruskan langkah untuk berukhuwah sesama blogger di alam rialiti pulak....

Walaupun  ramai blogger dan yang juga bukan kalangan blogger sudah pernah bersua muka di sana sebelum ini, seharusnya tradisi yang baru bermula ini akan diteruskan , insyaAllah kita bersama  lagi. pada (23 September 2012).

Sila rujuk blog-blog yang berkenaan untuk maklumat lanjut.

http://luahfikiran.blogspot.com/2012/08/jemputan-ke-perjumpaan-blogger-23-sept.html

http://kakciknurseroja.blogspot.com/2012/08/jom-kita-berjumpa-lagi.html

pcl ; sekadar menghebahkan, maafkan saya kalau ada keterlanjuran kata selama ini.



Terima Kasih : BoniKacak, Deno, Fairus, Suzi Sz dan Afaz.

Boni Kacak
adik Deno
Fairus Mamat
Dr Suzie aka makencik Sz
Bakal Pengantin AFAZ



..entri khusus untuk mereka yang mengirim kad raya kepada saya...dan yang teakhir saya terima adalah petang semalam (kad kawen AFAZ).

Saya terima dengan rasa gembira sesangat..besar ertinya walau hanya sekeping kad ucapan saja serta kad jemputan...terima kasih dengan ingatan tulus ikhlas.

Blogger Sz siap kirimkan duit raya Cambodia 100 lagi..haha terbaiklah Sz..dah melekat pada pintu fridge dgn FM Sabah yg saya menangi tempohari.

... jemputan Walimatul urus daripada Afaz..Tahniah kepada Afaz dan pasangannya..sabar dalam debar menanti hari bersejarah anda.

pcl ; mampu balas dengan senyuman dan ingat semoga ukhuwah terus berpanjangan..T. kasih.
Published with Blogger-droid v2.0.6