Fakta : Kulit udang tidak boleh meneutralkan kolesterol.

Udang Harimau ini telah dimasak sambal pedas semalam oleh mamaDiana..



Mitos : Perlu makan udang bersama kulitnya untuk meneutralkan kolesterol .
Faktanya: Kulit udang tidak boleh meneutralkan kolesterol.

Namun kerana susah dicerna, kulit udang boleh menurunkan penyerapan kolesterol di usus,
ini hasil dari pembacaan saya..dan kerana saya ingin tahu kenapa saya suka makan udang tanpa buang kulitnya...dan adakah usus saya mempunyai ketebalan yang berbeza dari kebanyakan orang..huhu, menakutkan !!

dan ada satu lagi (andaian)...kata mamaDiana daripada ibunya berkata kepada cucunya yang juga anak saudara kami berdua, "patutlah...maktok tengok kulit muka pakcik hang tu licin jer" ...hehe wOW !! :P




dan ini hasil masakannya...


pcl ; tidak membazir makanan itu bagus dan medapatkan kepuasan rasanya juga adalah bagus  dan sangat diharapkan oleh pemakannya.

*andaian = pujian kepada menantu sebenarnya.


Peringatan/Amaran : Anda jangan cuba makan kesemua bahagian  udang termasuk kulitnya jika anda tidak biasa dengan cara itu ...boleh mendapat mudarat nanti. wokay !



 


Bukan Yusof Tayoob yang kata : "Ramai yang tidak menyedarinya".


Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor Yusoff Ayob berkata pemilik kenderaan yang memasang langsir atau pelekat telah melakukan satu kesalahan. 

"Kesalahan ini membawa hukuman denda yang berat dan hukuman penjara."

"Ramai yang tidak menyedarinya. Kebanyakan mereka yang telah dikeluarkan saman membuat kesalahan kali pertama," katanya.

Yusoff menambah terdapat hanya beberapa saman yang dikeluarkan kepada pemilik kenderaan berkaitan dengan langsir.

"Pengguna kenderaan dibenarkan untuk menggunakan pelindung cahaya atau tuala pada tingkap kereta untuk menghalang matahari.

"Ini dibenarkan kerana pelindung dan tuala tidak kekal dan boleh dikeluarkan apabila diperlukan. Pelekat dan langsir dipasang kekal dan menghalang pandangan pemandu," kata Yusoff.

info selanjutnya di sini : Pemasangan Langsir, Pelekat Di Cermin Kenderaan Adalah Dilarang


ganbar hiasan..


Pengalaman pcl ; ...saya pernah disaman oleh JPJ ketika sekatan jalan raya di sekitar jalan menuju ke Pantai Merdeka SP, masa tu (10thn lepas) anak2 masih kecik lagi..itu pasal la sy pasang langsir/bidai utk tingkap keta..bukan suka2 tapi tak mau depa kena silau matahari..."kena saman dan bayar RM200"...masa tu taktau perkara ni termaktub dalam undang2 JPJ...dan ramai juga pemilik keta menggunakannya selain cantik dan nampak xclusive..hehe. , so, beringat2 lah sebelum terkono saman!! :))



Genneva Malaysia Sdn Bhd kena serbu BNM

K UALA LUMPUR: Satu operasi serbuan bersama dilakukan ke atas Genneva Malaysia Sdn Bhd dan syarikat sekutunya pada Isnin oleh pihak berkuasa kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah undang-undang yang ditadbir agensi-agensi penguat kuasa berkenaan.

Dalam satu kenyataan, Isnin, Bank Negara Malaysia (BNM) berkata serbuan itu dilakukannya, Polis Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Jabatan Hal Ehwal Komersil Singapura turut melakukan operasi yang sama terhadap Genneva Pte Ltd di Singapura. "Orang ramai dinasihati supaya berhati-hati melabur wang masing-masing bagi mengelak menjadi mangsa aktiviti haram dan melanggar undang-undang," kata BNM. Genneva Malaysia mengendalikan pembelian dan jualan produk emas. Syarikat itu mempunyai sekutu di Singapura, China, Hong Kong dan Filipina.

Sementara itu, beberapa anggota polis mengawal ketat di pintu masuk syarikat itu. Difahamkan serbuan itu dilakukan sejak pukul 1.30 petang dan kira-kira 50 pembeli dan jururunding syarikat pelaburan emas tersebut berkumpul di hadapan syarikat itu. Konsultan syarikat tersebut yang hanya ingin dikenali sebagai Saiful, 50, berkata syarikat itu tidak pernah menimbulkan masalah, malah syarikat itu mempunyai 50,000 orang pembeli emas. "Setelah dua tahun lebih saya jadi konsultan, tiada masalah termasuk penipuan berlaku. Mungkin ada pihak yang tidak berpuas hati dengan kejayaan syarikat," katanya kepada Bernama. Sementara itu, jurucakap BNM berkata syarikat itu disyaki melanggar Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA). "Ada unsur-unsur penipuan daripada maklumat yang diberikan pelabur dan pemantauan dari BNM, kami ambil dokumen dan jongkong emas untuk tujuan siasatan," katanya. - BERNAMA

http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=369564&highlight=vgmc&page=9

pcl: berhati2 kepada pelabur2 emas kat luar sana, kita ni yang hanya ada sedikit wang, ...tak berani nak melabur  tak perlu ikut campur cuma memerhati apa yang terjadi., untung bagi dorang kita tumpang gembira dan jika sebaliknya kita tumpang bersedih....



Happy Birthday Nurhusnina Nazlie ; Pesanan Untuk Nina dan Rakan Serta Semua Yang Akan Menduduki PMR 2012 .





Anak sulung sy Nurhusnina aka nina, umurnya sudah mnginjak ke alam remaja pada 30hb Sept...takda palanning nak buat majlis pon sebenarnya memandangkan dia nak menduduk PMR minggu depan, tak bole la nak hepi2 sangat...

birthday girls..darin(27/9) n nina (30/9) .. 2012
malam sebelum tu, kami ke Alam Budiman..sepupu nina sambut hari jadinya yg ke 3 tahun, Darin sufia namanya....Sampai jer kat AB, saja mention kat wall fb group 'kite-kite aje'...haha tak sangka pulak ada juga rakan2 (blogger) kite kat sana ye, yang sy tau sebelum ni cuma mak encik Sz jer tinggal kat area Saujana Utama tu n ada lagi sorang rakan sekolah rendah sy dulu, cikliah .

...tapi ada lagi sorang rakan blogger rupanya ..pon tinggal kat area berdekatan tu jugak, blogger tu ialah Ain Noraini.., takda palnning nak gathering..so takda open2 house lah...maybe next time lah kot ! :))



okay, berbalik pd citer Birthday girl..,
classmates nina dah calling2 nina nak datang rumah .. nak sambut besday ..alamak ! ,
mulanya taknak buat dah...tapi kena buat jugak celebration..huhu.






.. untuk tidak menghampakan birthday girls, sy cuma masakkan char koew teow dan belikan kek SR untuk nina, .. mamaDiana buat masak tengahari 'pecel lele' yg semakin menjadi febret kami, lagi pon kebetulan emak , abang  n kakak mamadaiana datang sini..

psst..yang penting birthday girl suka di samping rakan2nya..harap diorang boleh mengurangkan ketegangan demam menghadapi peperiksaan besar.

Pesanan untuk nina dan rakan serta semua yang akan menduduki PMR 2012 ;
..nak dekat exam ni jangan hepi2 sangat, kurangkan gelak ketawa dan jangan tension sampai ganguan jiwa/histeria plak nanti...nauzubillah.
..Mohon juga pada Allah moga Dia memberikan kesihatan yang baik selalu lagi2 dalam tempoh tersebut, melapangkan hati dan fikiran supaya mudah menjawab di kertas jawaban mingikut kehendak soalan yang diberikan.
..Mohon restu dari ibubapa dan juga guru2, ucap TAHNIAH dan katakan HEBAT kepada rakan seperjuangan.
dan  yang teramat penting SENTIASA JAGA SOLAT WAJIB ANDA di samping berusaha keras.

..MOHON JUGA  PEMBACA DI SINI UNTUK MENDOAKAN ANAK/ADIK2 YANG MENDUDUKI PMR 2012 DENGAN HARAPAN SEMOGA MEREKABERJAYA DENGAN CEMERLANG, AMIN .

terima kasih .

Published with Blogger-droid v2.0.9