Tiga Lagi Syarikat Pelaburan Emas DiSerbu BNM Selepas Genneva Sdn Bhd.

P

ETALING JAYA: Tiga lagi syarikat pelaburan emas di Kuala Lumpur telah diserbu kerana disyaki mengambil deposit secara haram.

Premis bagi Pageantry Gold Bhd, Caesar Gold Sdn Bhd dan Worldwide Far East Bhd diserbu pada Jumaat oleh Bank Negara, polis dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Antara lain, mereka sedang disiasat atas dakwaan melakukan pengubahan wang haram, pengelakan cukai, termasuk pernyataan palsu, dan pelantikan ejen tidak berlesen, kata Bank Negara dalam satu kenyataan. Mereka adalah syarikat pelaburan emas terbaru yang diserbu selepas Genneva Malaysia Sdn Bhd, yang sedang disiasat kerana kesalahan yang sama seperti yang disiarkan pada muka depan akhbar The Star pada Selasa.

Ketika berita ini ditulis, para pegawai masih lagi berada di pejabat premis Pageantry di Setapak dan Worldwide Far East di Bandar Baru, Sri Petaling. Tiada sesiapa yang dilihat di pejabat Caesar Gold di Jalan Klang Lama. Dalam satu kenyataan berasingan, Bank Negara berkata, aset dan dokumen yang berkaitan telah disita dari premis beberapa Genneva dan kediaman pengarah syarikat. Siasatan diikuti laporan polis yang dikemukakan oleh "pelbagai pihak" terhadap syarikat itu, tambah kenyataan itu. Bank Negara telah mengenakan tindakan terhadap Genneva pada tahun 2009, tetapi ia kembali beroperasi selepas menukar namanya.

 Bank pusat menasihatkan orang ramai untuk memeriksa dengan pihak berkuasa berkaitan apabila berurusan dengan syarikat atau individu yang menawarkan peluang perniagaan atau perkhidmatan kewangan yang seolah-olah begitu menarik."Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati dalam melabur dalam skim yang tidak terkawal," katanya lagi.

Bank Negara menegaskan bahawa agensi-agensi penguatkuasa akan bertindak terhadap skim kewangan haram "untuk melindungi kepentingan pelabur dan orang awam secara umum". Daripada 87 syarikat dalam senarai amaran pengguna oleh Bank Negara, 18 syarikat terlibat dalam aktiviti pelaburan emas.




p/s : sekadar berkongnsi informasi  , berita dari sumber : mStaronline.

"TIADA BENDA YANG SENANG DAPAT DUIT MELAINKAN USAHA.." > fairus






http://www.pakciklie.com/2012/10/genneva-malaysia-sdn-bhd-kena-serbu-bnm.html



Contest : Impian Mampu - Abang Stalker

 Assalamualaikum wbt...

Jumaat yang mulia walau berada di penghujung harinya...saya dijemput oleh blogger Asmar Arafad untuk buat amal dengan penytertaan entri "Impian Mampu".

"Impian Mampu"...kontes ini dianjurkan oleh blogger Abang Stalker, moga mendapat rahmat dari Allah swt.




gambar tersebut sebagai baner penyertaan dan untuk mengetahui cara dan syarat2 penyertaan boleh terus klik pada banner atau sini

apa yang menariknya adalah, setiap penyertaan dari kita akan menambah nilai RM1(duit penganjur)  untuk didermakan kepada rumah anak-anak yatim dan miskin.

Jom join, kita tambahkan lagi jumlah terkumpul yang bermula dari RM100., semoga dipermudahkan olehNya.

Setiap kita punya impian....Asmra Arafad nak jadi jutawan katanya,...amin2., so..

"IMPIAN SAYA ADALH MAHU JADI ORANG KAYA, KAYA DARI PELBAGAI ASPEK DUNIA DAN AKHIRAT...KAYA IMAN, KAYA BUDI PEKERTI DAN KEBAHAGIAN JUGA KAYA WANG RINGGIT.........kaya ball pon nak juga  ahak !!




..seterusnya , saya dengan rendah diri ingin menjemput bloggers berkenaan untuk sama2 beramal :

1. mama Maszull , 2. Santai Leez, 3. Errah Najwa dan sesiapa saja..





Sambal Belacan : Bakar Kalori dalam badan !


..dah seminggu makan tengahari/malam kat rumah sendiri tak bersambal belacan... rasa macam tak puas makan kalau tak cicah lauk ...ulam2 ke,   yang lagi pedas makin sodap plak rasanya...huh ! biar berasap telinga den nih..

sambal belacan boleh menambah selera makan..

sambal belacan juga boleh membakar kalori...eh ni fakta ke atau saya reka2...

tapi kalau makan , time tu keluar peluh berceghauu tu...kira bakar kalori lah ek!..setuju dengan pendapat saya ??


INGAT!!, orang yang ada BUASIR jangan cuba nak ngEjah!! kang bedarah mangkok tandas tu weii!!




Fakta : Kulit udang tidak boleh meneutralkan kolesterol.

Udang Harimau ini telah dimasak sambal pedas semalam oleh mamaDiana..



Mitos : Perlu makan udang bersama kulitnya untuk meneutralkan kolesterol .
Faktanya: Kulit udang tidak boleh meneutralkan kolesterol.

Namun kerana susah dicerna, kulit udang boleh menurunkan penyerapan kolesterol di usus,
ini hasil dari pembacaan saya..dan kerana saya ingin tahu kenapa saya suka makan udang tanpa buang kulitnya...dan adakah usus saya mempunyai ketebalan yang berbeza dari kebanyakan orang..huhu, menakutkan !!

dan ada satu lagi (andaian)...kata mamaDiana daripada ibunya berkata kepada cucunya yang juga anak saudara kami berdua, "patutlah...maktok tengok kulit muka pakcik hang tu licin jer" ...hehe wOW !! :P




dan ini hasil masakannya...


pcl ; tidak membazir makanan itu bagus dan medapatkan kepuasan rasanya juga adalah bagus  dan sangat diharapkan oleh pemakannya.

*andaian = pujian kepada menantu sebenarnya.


Peringatan/Amaran : Anda jangan cuba makan kesemua bahagian  udang termasuk kulitnya jika anda tidak biasa dengan cara itu ...boleh mendapat mudarat nanti. wokay !