Begitu juga hidup ini..

...tanpa melalui kesusahan atau kesulitan sebelumnya..

kita tidak akan merasa kesenagan atau kebahagian yang sebenar-benarnya..

Begitu juga hidup ini..


 



Kata-kata buat sahabat..




BILA KITA BERSEORANGAN BUKAN KITA TIDAK BERTEMAN, BUKAN JUA BERSENDIRIAN. TAPI AKAL YANG SEJENGKAL ITU TEMAN, ILMU DI DADA ITU KAWAN DAN IMAN YANG KUKUH ITU SAHABAT...



Konsep Poka Yoke?


Hari  ini saya hadir kursus "Capai Efisiensi Maksimum Melalui Penyelenggaraan Proaktif...", selama 4 hari mulai hari Isnin lepas.

... Tertarik kepada topik kedua akhir pada hari terakhir ini iaitu poka yoke..

poka yoke itu dalam bahasa Jepun, dalam Bahasa Malaysia pula maksudnya ialah mencegah kesilapan yang tidak sengaja.

Poka yoke diterima sebagai satu alat efisien untuk menghapuskan kesemua kesilapan dengan menerima kenyataan :
- Manusia boleh melakukan kesilapan.
- Manusia akan buat kesilapan.
- Kesilapan tidak dapat dielakkan.

Apa yang saya mahu kongsikan di sini ialah..;
Selalunya  poka yoke diamalkan dalam servis industri untuk mencegah, membetul, mengawas, berjaga2, memberi amaran, mengesan  dan menghentikan sebelum sesuatu defek dihasilkan atau dalam proses penghasilan produk.

Konsep poka yoke juga boleh diamalkan dirumah/kediaman sendiri..contohnya ciri2 keselamatan :

Orang selalu lupa mematikan/memadamkan api dapur gas ketika masak dan terus keluar rumah dalam jangka masa yang lama tanpa menjenguk langsung ke dapur ketika hendak meninggalkan rumah tersebut.
Oleh itu poka yoke dalam kes ini adalah, bila seseorang itu keluar rumah dia akan menaiki kenderaan..., kunci kenderaan atau kunci rumah hendaklah diletakkan disekitar berdekatan dengan dapur supaya keadaan yang tak disengajakan tadi boleh dielakkan (boleh nampak jika terlupa)...hal in saya sudah bertanyakan kepada penceramah berkenaan dan beliau  bersetuju dengan cara ini selain dari kita membeli alat pengesan haba/gas dengan mengeluarkan kos lebih.


pcl; idea ini baik untuk famili saya yang sebelum ni pernah mengalami detik cemas, 'kesilapan yang tak sengaja' berulang dan membahayakan nyawa dan harta benda.

Moga mendapat manfaat bersama.

Published with Blogger-droid v2.0.9


Semangka : Nikmati dengan cara tersendiri...

kalau tak belah, takda orang nak makan...,  kena hidang  depan mata @santai petang di rumah :



...ada yang asing dengan penggunaan nama buah semangka
..dalam bahasa Melayu nya ialah buah tembikai..

Buah tembikai ni memang sedap dimakan begitu saja..cuaca panas lagi la best., santai petang  kami sekeluarga 'hadap' menda ni jer..nampak memang kurang sopan kalau makan cara begini kat tempat2 awam...tapi sesekali dalam rumah sendiri tu kira ok lah ek !

banyak khasiat kalau makan buah tembikai merah ; boleh baca kat sini..

saya sekadar menikmatinya dengan cara tersendiri...


Published with Blogger-droid v2.0.9