Dataran Nilai : Karnival Rakyat Sejahtera 1 Malaysia 2012

(untuk makluman kepada pembaca di sini..)




emm...dah lama saya tak sempat beramah mesra dengan para deejay yang sememangnya peramah *walau kebanyakan dari mereka belum pernah bersua muka..

dah dekat dengan kawasan sewaktu dengannya ...apa lagi nak ditunggu orang2 Negeri Sembilan, Melaka, dan Selangor....bersama kita memeriahkannya pada 9 hingga 11 November ini di Dataran Nilai.

Jumpa Di sana nanti, insyaAllah..

Untuk makluman : Penyampai Rasmi HotdeejayFm dan Krew bersama anda di sana.


 ( untuk mendengarkan radio atas talian @ online radio )

Link Website 1::http://hotdeejay.blogspot.com/

Link 2 :~♥ http://69.65.47.132:8000/listen.pls


Karnival yang lepas di tempat sama : (untuk rujukan)

http://www.pakciklie.com/2012/07/karnival-mesra-rakyat-di-dataran-nilai.html

http://www.pakciklie.com/2012/07/dataran-nilai-malam-mesra-rakyat.html


sekian, terima kasih.



Murahkan doa untuk saudara-saudara kita...


Murahkanlah Doa Kita 

 Situasi

1: Kita berada di atas kereta dan terpandang seorang pakcik tua membawa beca penuh kepenatan. Di seberang jalan, seorang makcik tua menyapu dan mengutip sampah sambil mengelap peluhnya. Kita hanya memandang dan kereta pun berlalu.

2: Kawan di pejabat menceritakan masalah ibunya yang ditimpa strok dan lumpuh separuh badan. Kita mendengar penuh prihatin. Pulang dari tempat kerja, lupa terus.

3: Ketika menonton TV di rumah, berita memaparkan kekejaman rejim Israel terhadap umat Islam di Palestin. Kita hanya mendengar dan mengubah saluran TV.


Untuk ketiga-tiga contoh situasi di atas, alangkah ruginya kita jika tidak sudi 'melapangkan masa' sesaat dua untuk mendoakan mereka... Detikkanlah doa kita buat mereka... moga anak-anak mereka 'menjadi', berupaya mengubah kemiskinan dan membawa sedikit kesenangan buat ibu ayah yang susah, moga kesabaran membahagiakan mereka dengan ujian, moga Allah kurniakan iman yang kental dan anugerahkan syurga buat mereka, dan macam-macam doa boleh didetikkan buat mereka yang diuji.

Itu tanda kita prihatin dan cuba untuk membantu. Bayangkan jika ramai yang doakan mereka, Allahu Akbar! Moga termakbul segala kebaikan yang kita doakan untuk mereka. Bukankah jika mendoakan kebaikan untuk orang lain juga bermakna 'menarik' kebaikan dan redha Allah pada kita?

Jom... bersama kita murahkan doa untuk saudara-saudara kita...


..>>kopipes dari fb cikgu laniaz nadiba, terima kasih..



Bab Bersalaman : Panduan Kita.

Bersalaman boleh mengukuhkan silaturrahim .

tapi kena tengoklah salam dengan siapa...boleh atau sebaliknya ?

Dengan siapa saya HARAM bersalam dan bercampur !

Dengan siapa depa (isteri, anak perempuan) wajib berhijab dan HARAM bersalam !


santai

...sembang santai dengan ahli keluarga semalam ..terkeluarlah perkara ini...

saya akui tidak mendalami perkara ini sebelumnya,   walaupun ada antara blogger yang menghebahkannya pada entri mereka...(kalau tak silap oleh Maszull  dlm entri ww  yg lepas2)...sekadar ambik tau sikit2...hermm.

 ramai yang buat tak tau ...buat selmber , sebab kemungkinan memang tak tahu, atau sebab2 yang lain...entahlah.



besarkan gambar...kalau dapat print, tempek kat mana2 tempat yang mudah dilihat sebagai peringatan dan panduan kita ..lagi bagus ! (sila rujuk Ustaz/Ustazah  untuk penjelasan lebih terperinci).

Semoga sedikit sebanyak kita ketahui apakah batas-batas yang perlu dijaga antara lelaki dengan perampuan. Dan sememangnya wajib untuk kita ketahui. Insya-Allah dipermudahkan urusan kita nanti.

 Sekian, Terima kasih. - minda insan

  


Tetiba teringat nasi lemuni !


"nasi lemuni sama sambal udang ...udang saiz XXL !!

perghh ...

bab makan2 nih , sy memang suka berangan di pejabat, alaaa... macam hantar mesej ke orang rumah dari hati ke hati...

selalunya dan kebetulannya....juga kebarangkaliannya adalah hampir tepat apa yang saya angankan.

tapi mana mungkin apa yang saya inginkan untuk lunch hari nih berlaku..

mana nak cekau daun lemuni nih, lain lah di kampung sana nuuu..."





pautan berkenaan : http://mamadianasajacaripasal.blogspot.com/2011/03/nasi-lemuni-penambat-hati.html