PCG 6390 dalam kenangan..

..bila petang2 macam nih, duduk sorang2 plak tuh ...kat opis plak tuh...hemmmm... mula lah..

 *(anak2 ikut mama depa tgk movie kat Alamanda bersama anak2 buah yang lain..., aku ! takleh ikut depa...ada keja lain kena standby...)

baru bertukar tangan dari pemilik asalnya..emm nampak kurang menarik, masa ni mana ada modal nak beli yang baru..2nd hand pon kira ok lah tuu..


....terkenang pada  hari itu 8hb Disember1995 bersamaan tarikh hari ini. Ia (dlm gambar) telah menjadi teman hidupku sebelum memiliki teman yang sebenar sekarang ini (mmD).

memang kerja betul2 punya, OT ada balun ! ..cari duit semata2 nak enjoyed cara hidup remaja ketika itu , masa tu bukan 'mat rempit' tapi  lebih kepada 'mat bunga'.

duduk rumah sewa, motor sendiri punya.....

..banyak kenangan terindah bersamanya, ...biar poket kosong tapi 'motor' mau kilat selalu..hehe



Asmizar Ahmad Kushairi : "masa ni aktiviti sebelum pi merendek.. masa ni aku belum tukar TZ .. masa ni pakai motor RXZ 135 no plate ACM 137.. tgh cuci motor.. menyewa kat Taman Ria Jaya Sg Petani Kedah.. — with Nazlie Ismail. ..



Published with Blogger-droid v2.0.9


Mamadiana memang kuat pengaruhnya..



...beli sepaket rm2 kat pasar malam, saja teringin nak makan. niat nak makan sama dengan anak2, tapi depa takmau makan ! takda cop/logo halal ! (memang arr ..repacking) ...mama depa cakap biskut tu cha ya nun alif yang buat.

.. aku dah balun separuh !

mamadiana memang kuat pengaruhnya, bukan ni je...yang lain pon bab halalan toyiban pasal benda makan nih..

...sebelum ni aku selalu belek2 dulu bungkusan sebelum bawa balik apa2 makanan pre-packed dan pastinya yang ada logo HALAL JAKIM. tapi yang ini aku pasti ianya tiada...

..bakinya dah lemau pon ...hurmm !!



Dah ok dari MALWARE..



..emm , berhati2 dengan website anda mungkin akan diserang virus, buang link atau pautan yang tak berkenaan...

halaman blog saya dah selamat untuk dilayari.. :)



Memandu ATV di Banting (Litar ATV Sungai Lang - video)

..memang dah tak sabar rasanya nak 'tunggang' mesin yang dinamakan ATV itu. Plan dah lama tapi selalu je tak jadi.. Sabtu lepas, 10am saya dan Pdaus berkesempatan melakukannya..


litar ATV yang terletak dalam kawasan Kampung Sungai Lang Tengah , Banting Selangor iaitu kira-kira 5 minit dari kediaman kami atau 10 minit dari pekan Banting. 

Ramai yang tak tahu tentang adanya aktiviti pelancungan di sini, mungkin kerana masih baru dan belum dipromosikan secara menyeluruh lagi.

 
..aktivit ATV ni nampak memang tak mencabar, tapi yang buat 'gempak' masa drive sebelah tangan sambil pegang henfon rakam video...shot ni dirakam pada pusingan terakhir sebelum menamatkan sesi 30minit pemanduan.
bersama pengusaha koop keluarga (bertopi) yang menguruskan aktiviti ATV dan juga beberapa aktiviti pelancungan lain.
Oleh kerana tak mencukupi korum yang sepatutnya 6 pemandu (tidak termasuk marshal), kami hanya dibenarkan memandu dalam litar sahaja, kalau tak... boleh le menjelajah kampung menyusuri jalan hutan kelapa sawit...In-sya Allah pastinya trip yang akan datang !



CORO (lipas) , memang boleh sakit seluruh badan kalau tak biasa menunggannya dalam tempoh yang lama...setengah jam pon sudah memadai untuk cubaan pertama...

..kalau aktiviti jelajah kampung dengan ATV ni, ianya akan mengambil masa paling kurang 2 jam lebih termasuk rehat dan makan2...semuanya dalam pakej Rm135/org sahaja.

ini dia gaya bersahaja dari Firdaus...katanya, ".. sakit/lenguh tangan pegang handel 1/2jam...dengan bayaran Rm35 sahaja....siap boleh makan rambutan percuma dan air mineral lagi tu haha"
*kalau ada yang berminat aktiviti  macam ni..., boleh bertanya kepada saya...atau terus dail no ni 016-3417539 (En Salimin).

Published with Blogger-droid v2.0.9