kerja.. hobi ..prestasi.


nak bagi semangat untuk diri sendiri, tapi berkongsi jugak di sini ...dah terbiasa dengan blog..hehe macamlah keja kita ni menulis entri  saja.. * ini berkenaan hobi dan juga minat seseorang, ianya boleh menjurus kepada keinginan melakukannya walaupon  terdapat kekangan waktu..

Kalau disebut 'kerja' / pekerjaan terus terasa semangatnya kurang... malah ada orang yang langsung tak suka, tapi jika sebaliknya diubah sebagai sebuah hobi atau sesuatu yang menyenangkan , baru lah kita bersemangat melakukan tanpa disuruh.

dah 2, 3 hari  panassss.., walaupun hati sejuk tapi badan memang terasa panas, tak selesa kalau kerja dalam pejabat yang berhawa dingin tetiba berkuap !

untung kerja kat luar ..dapat sedut udara bersih ..

apa yang aku nak sampaikan sebenarnya..... hurmmm.

*keadaan/suasana juga jadi sebab musabab prestasi kerja seseorang.




Habis semua..

muslimin dan mulimat rahimakumullah,

nak nasihatkan anak ...ibubapa hendaklah menjadi kawan, biar senang nak pujuk mereka ikut apa yang disuruh..

suruh  buat baik, solat fardhu tak tinggal , bila tiba bulan ramadhan.. puasa jangan ponteng, tapi yang bagi nasihat tu pulak tak buat...camana ?

baru selesai dengar tazkirah pagi tadi...

Ustaz kata, kita ni selalunya berpesan-pesan tentang kebaikan..memang bagus dah., buat kerja sempurna 8 jam sehari.. kerja itu sebagai ibadah ...dah betul dah, cuma solat wajib 5 waktu tidak dijaga, kekadang buat kekadang tak.. ..

habis semua amalan !

wallahu'alam .






Saving... bukan bermaksud 'ikat perut' .

alkisahnya ..saya bukan nama sebenar.

Saya tak buat kenduri kahwin sebelah lelaki…
Isteri kempunan nak bergambar tukar-tukar baju kimono, cheongsam dan lain-lain. hehe..

Itu cerita 11 tahun dulu.

Sekarang umur dah 36 tahun, anak dah tiga, besar 8 tahun, kecik 1 tahun setengah
Insya Allah, pondok buruk kami akan habis bayar bulan lapan tahun nie.
Insya Allah, lagi 2 tahun 10 bulan 10 hari dah boleh berhenti kerja sepenuh masa.
Monitor anak-anak  lebih dekat, jaga emak-emak yang semakin tua dan buat tuisyen free kat kampung. (angan-angan je nie… hehehe….)

Cadangnya nak buat haji + pergi melancong jauh skit sebelum berhenti kerja penuh nanti.
Sekarang masih makan gaji dan pergi keja naik moto macam 15 tahun dulu.

Anak-anak saya masih makan kfc atau mcD, makan-makan di luar macam keluarga lain jugak dalam dua minggu sekali. Pada saya, saving bukan bermaksud ikat perut sampai tak beli susu anak, tangguh bayaran bil dan sebagainya.

p/s ;.. dalam keluarga perlu ada seorang 'akauntan' yang sangat peka dalam perkara ini.




Mulut sapa tuuu.. ?

Keluhan anak muda..

Bila jodoh dah dekat, sebolehnya anak muda seperti kami memang nak buat majlis seringkas yang boleh ikut kemampuan. Tapi apakan daya nak jaga hati mak ayah, sanak saudara, jiran tetangga, sahabat handai.. kami terpaksa jugak berhutang .


Mulut orang dengki ..

Buat majlis atau tak buat langsung, orang tetap akan kata.
Buat secara besar-besaran atau sederhana, orang tetap juga akan kata.


Mulut orang dah lepas.. ..

Hari ni jadi Raja sehari , ..esok dah mula jadi hamba bank , tu lah..masa muda remaja tak ingat nak buat saving !