Tentang Duit Raya..

..yes..awal lagi, tapi sebenarnya dah boleh dah nak bagi kat budak-budak...Duit Raya.


Apakah pandangan ustaz mengenai pemberian duit raya yang pada pandangan saya merupakan ikutan dari adat masyarakat cina.

Betul. Di zaman dahulu memang tidak ada. Di negara Arab pun tak ada. Cuma sekarang ini dan di sini sajalah. Tetapi ianya boleh digulungkan sebagai amalan yang baik cuma perlu 'diislamkan'. Kalau niat sedekah, maka sedekahlah juga pada waktu-waktu lain, bukan hari raya saja.

Bila sedekah jangan pula sebut 'angpau' dan seelok-eloknya pada orang yang betul-betul perlukan sedekah. Kita mungkin kena jaga supaya ianya tidak jadi budaya yang kita tak kan dapat apa-apa diakhirat. Mungkin kita boleh ubah sikit iaitu kita beri sedekah pada bulan Ramadhan bukan pada Hari Raya kerana kelebihan sedekah pada bulan Ramadhan itu lebih besar.


# a ah ye ..kekadang biasa mulut sebut angpow raya!
# buat sedekah hanya pada hari raya.. hari lain nampak sangat berkiranya.
# banyakkan sedekah dibulan ramadhan terutamanya..
# ....anguk-anguk.! ..tapi buat juga...Owh lupaaa..dah terbiasa..haha.

banyak lagi persoalan boleh terjah masuk~sumber ini sebagai rujukan.





Tips: Kawal jeritan anak-anak..

[budak2 memang suka menjerit...]

kekadang rumah ni jadi bising sangat dan ada ketikanya senyap macam tak ada penghuni di dalamnya.. kalau senyap tu maknanya semuanya tengah tidur lena termasuk mama ni sekali..hehehe.

budak akan aktif bila sudah cukup tidurnya, kalau kat rumah ni pukul 10pg ke atas tu dah mula bising2 cuma tak kedengaran orang di luar sebab rumaah ni sentiasa bertutup rapat...kalau dengar pun sayup2 aje..

keriuhan tiga orang anak2 ni disebabkab depa suka sangat bergurau sesama sendiri ..menjerit cukup mau !, bila cakap pun jerit ..sikit-sikit jerit apa lagi kalau menagis..huwaa melalak , boleh pecah gendang telinga mama.

kalau mama perhati dari awalnya bukan semua suka menjerit.. cuma ikut-ikutan saja, mama takmau tulis la kat sini..siapa, mama tau kekadang ada yang 'menyampai' walau ibu depa tak baca entri ni. nanti kecik pulak hati dia.. saja nak konsi tips..ok kan.

nak share macam mana nak menangani masalah anak2 yang suka menjerit-jerit tu..

mama selalu buat amaran; letak jari tangan di mulut dan cakap sambil berbisik-bisik (haa macam iklan yusof taiyob tu..) tak guna marah2 atau  kita sama menjerit menyuruh senyap,  memang tak makan saman..bebudak ni sifatnya kontra masej...kita kuat dia lagi kuat jerit!

Berbisik bila menasihati mereka ..buat dua , tiga kali insyaAllah depa akan faham..., mama puji depa ni memmang bagus.. dan  anak2 yang cerdik macam ibu2 depa jgak :)

cubalah cara ni, dan jaga 'suara merdu' kita wahai ibu2 sekalian .... 

ke memang dah buat macam tu selalu?? .. tapi tak makan saman ! hehe... berdoa jerlah..usaha dah buat, tapi bebudak ni sebenarnya nakal tak lama...kalau sunyi sepi tak bermakna pulak hidup bebudak tu. 

Sekadar berkongsi ...tak ada apalah...dah lama tak menulis panjang menyumbangkan entri di blogpost pcl ni. 

~diana






Boleh komen seperti biasa... Widget comment blogger.com dan Google+ comment disediakan.


Assalamualaikum..

Makluman kepada rakan blogger, blog pcl telah kembali menggunakan kotak komen daripada Blogger.com namun pada masa sama masih mengekalkan kotak komen Google+ .

Saya terharu dan ambil serius tentang kunjungan beberapa orang rakan blogger yang mengadu kerana tidak dapat meninggalkan komen mereka (mungkin disebabkan mereka tiada akses akaun gmail  atau masalah lain yang berkenaan).

Syukur Alhamdulillah, pagi tadi (semalam) atas bantuan seorang rakan blogger yang baru dikenali melalui segmen singgah sahur ukhuwah OhBlogger HH . Saya kenalkan anda dengan Blogger Norazizah.
dan terima kasih atas bantuan beliau.

...dalam entri beliau Komen Google+ di dalam Blogger memberikan  saya  idea untuk menggabungkan 2 kotak komen yang saya gemari..kalau anda nak buat boleh guna kod tersebut
*saya edit sikit untuk kekemasan.

Di bawah ni adalah code HTML yang dimaksudkan, hanya perlu  >>  klik [New Post] kemudian [HTML] dan masukkan kod tersebut di bahagian bawah sekali dalam post entri anda.



*tempatkannya di DALAM Blog Post.
*[URL] gantikan dengan url entri post anda (edit setelah publish post)

#tujuan ; memudahkan mereka yang sudi berkunjung  ke blog ini demi mengukuhkan lagi ukhuwah blogging, silaturrahim melalui komen-komen di kotak komen yang tersedia. insya Allah.





Dah rancang cuti raya...

..email tentang perancangan cuti raya dah dapat dari pihak pengurusan hujung minggu lepas, maklum balas aku dah buat baru tadi..

susah juga kalau nak cuti panjang yang  akan  melibatkan banyak pihak.., aku okay..tapi mamaD, ..harus bincang betul betul dengan emak budak yang dijaga..

aku set cuti mula 5hb sampai lepas raya, kemudian sambung lagi ke 16hb ..yes, ...yeah 16hb tu hari aku..hehe.

(jumlah aku ambil cuti = 8 hari bekerja) .wow !

ini baru perancangan untuk mohon kelulusan bos...belum lulus lagi pon..tapi biasanya ok je !

kalau boleh tau pasal cuti raya anda, bila perancangannya... *senang ke nak dapat cuti panjang ?

nasihat aku, jangan sampai bermasam muka suami isteri ....sebab saban tahun masalah sama berlaku (tak semua tapi ramai...),  penin kepala  nak balik raya mana dulu...bagi yang baru kahwin tu , balik kampung lain lain arah..jauh pulak tu..kan?

#apa yang pasti , suami banyak beralah dalam hal ni..