Deno Short Giveaway #Part2



#kalau korang nak support DENO...masih sempat lagi...   lekasss sebelum jam 11:59 malam ni 31/Ogos. ..!!





Jangan merdeka sangat! ..


...Ambang Merdeka!  ... emmmm semalam hanyut tak larat melayan mata, so takda ambang-ambang....terus merdeka je hari ni. tv  langsung tak tengok...bunga api  lagi lah hahah...cuma sesekali kedengaran dalam mimpi....zzzzz.

mana semangat merdeka sebenarnya? .. wallahu...aku pon tak tahu.
aku dapat email jemputan untuk hadir malam tadi ke Putrajaya....tapi dapat minit yang ke  penghujung. ..dah nak balik, terus malas nak layan!

macam mana nak terapkan Semangat Merdeka kat anak-anak sekalian,...kita sendiri pon sama...jauh sangat dengan semangat merdeka nih.
yang kita sedar hanyalah....Hari Merdeka adalah hari cuti...yes ! hari nak berehat,  nak bersantai dan berjimba dengan keluarga.

nak tanya,  kemana korang sempena cuti Hari Merdeka? ..ada jemputan rumah terbuka hari raya? ..undangan kenduri kahwin? atau  bbq reramai tepi kolam eh ?  owhh bahagianya ...

okay....rumah terbuaka raya Blogger Rider Sejati, Jun Aina di Kajang hari ni,..agaknya dah ramai blogger khususnya group KKA di sana. ~pcl mohon maaf...tak dapek nak join.

ada hal lain nak urus...esok nina nak masuk asrama balik, ...hanis sibuk dengan kelas tuisyennya...exam upsr nak dekat sangat dah!

...dari pagi aku nak blogwalking tapi macam perlahan pulak capaian internet hari ni....ramai yang guna,  merdeka disambut dengan erti kata sebenar..haha, semoga berbahagia di rumah bersama ahli keluarga,...sebenarnya itu adalah lebih baik daripada membiarkan anak-anak berpeleseran tanpa kawalan di luar.

#lebih baik kita kawal dari  mereka terlampau MERDEKA sangat!

#Okay, ada makluman sikit tentang Segmen sempena Birthday MamaD..
entri masih dalam deraf.   Tapi  yang pasti esok akan bermula.. Esok 1sept - 6 sept,  harap jangan ketinggalan..mohon sokongan dari rakan-rakan bloggers.

Selamat Bercuti MERDEKA!  ..Merdeka. .merdeka.. :))
.

Published with Blogger-droid v2.0.6




..doa mustajab pada hari jumaat yang mulia.


Seorang lelaki islam ponteng sembahyang Jumaat dan dia masuk ke dalam hutan untuk memburu ayam hutan. Sedang dia terhendap-hendap di dalam semak, tiba-tiba dia berlanggar dengan seekor HARIMAU yang sedang lena tidur.

Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur ke dalam jurang dan dia pula tergolek jatuh ke atas batu dan KRAKKKK! Kedua-dua kakinya patah.

Jangan risau... Ini bukanlah berita buruk OK. Ada lagi... Berita buruknya adalah HARIMAU tadi terus menghambatnya, sedangkan dia dah tak boleh bergerak lagi.

"Ya Allah," doa lelaki tersebut, "Ampunilah dosaku kerana ponteng sembahyang Jumaat berjemaah pada hari Jumaat yang mulia ini... Ampunilah aku ya Allah... Makbulkan hajatku ini... Jadikanlah HARIMAU yang memburuku HARIMAU yang beriman... Tolong ya Allah! Aminnn..."

*doa orang yang dalam kesusahan selalunya dimakbulkan Allah.

Tiba-tiba guruh berdentum! HARIMAU tadi tiba-tiba terhenti betul-betul di hadapan lelaki tadi.
Harimau itu bertukar menjadi seekor harimau yang beriman dan bersopan santun.

Sambil menadah kedua-dua kaki depannya ke langit... HARIMAU tersebut pun berdoa,
"Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azzabbannar. Amin!"

# sebuah cereka dari Fb, ..doa mustajab pada hari jumaat yang mulia.
~kesimpulan dari kisah cereka tersebut menggambarkan bertapa mulianya hari jumaat ini untuk memohon doa...sedangkan orang yang ponteng solat fardhu jumat pon dimakbulkan doanya , apatah lagi mereka yang menunaikannya dengan penuh khusyuk dan tawaduk ..

#janganlah kita ponteng Solat Jumaat ea ...terutamanya kaum lelaki yang tanpa keuzuran dan musafir.





Kelebihan Jumaat penghulu segala hari

HARI Jumaat adalah penghulu segala hari atau disebut ‘sayyidul aiyyam’ kerana mempunyai kemuliaan dan keistimewaan di sisi Allah SWT. Bagi umat Islam, hari itu amat berharga dan hari untuk beramal ibadat bagi merebut kelebihan penghulu segala hari.

Berdasarkan penjelasan hadis, hari Jumaat adalah hari pertama kemunculan matahari di dunia, pada hari itu Allah SWT menciptakan Nabi Adam, berlakunya hari Kiamat dan Allah SWT mengizinkan ahli syurga untuk memasuki syurga.
Manakala malaikat pula menamakan hari Jumaat sebagai hari penambahan disebabkan banyaknya pintu rahmat dibuka dan Allah SWT akan melimpahkan kurnia-Nya serta menabur kebaikan-Nya.

Hakikatnya, menjadi tetamu Allah SWT pada penghulu segala hari adalah saat istimewa kerana memberi peluang menilai ketakwaan dan membersihkan dosa.

Kita perlu insaf walaupun pada zahirnya penampilan diri kelihatan cemerlang tetapi dari segi batin orang yang melakukan dosa seperti rasuah, menzalimi, menganiaya, memfitnah, minum arak, berzina dan sebagainya bagaikan berada di tempat kotor diselaputi najis.

Malah, apa yang menakutkan kita ialah meninggal dunia dalam keadaan berdosa dan tidak sempat bertaubat. Oleh itu, insaf dan sedarlah bahawa untuk keluar dari tempat bernajis atau kotor, caranya ialah meninggalkan, menjauhi tempat itu serta mencari tempat yang suci.

Kemuncak ibadat bagi tetamu Allah di masjid ialah mendengar dua khutbah dan solat fardu Jumaat. Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu (ke masjid) untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual-beli; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.” (Surah al-Jumaah, ayat 9)
Perjumpaan tetamu Allah setiap minggu di rumah Allah mampu membaiki keimanan, meningkatkan persaudaraan sesama Muslim dan perpaduan ummah. Oleh kerana besar pengaruh perjumpaan tetamu Allah ini, maka sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut tanpa uzur dibenarkan syarak, mereka dikira sebagai orang yang lalai.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang meninggalkan Jumaat tiga kali berturut-turut tanpa uzur, Allah akan menutup mata hatinya.” (Hadis riwayat al-Nasa’ie)

Menurut Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya Ulumudin, pada malam dan siang hari Jumaat ada sesaat yang mulia di mana segala permohonan doa akan dimakbulkan dan saat itu dirahsiakan. Siapa meninggal dunia pada hari Jumaat atau malam Jumaat, Allah mencatat untuknya pahala orang syahid dan menjaganya dari azab kubur.

Amalan sunat hari Jumaat seperti qiamulail, sujud syukur, berzikir, beriktikaf dan membaca al-Quran seperti surah al-Kahfi, Yaasin, Sajjadah dan al-Mulk.

Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barang siapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat nescaya Allah menerangi cahaya yang akan menerangi dirinya antara dua Jumaat.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Hari Jumaat adalah hari penuh keberkatan. Bagi mengambil peluang keemasan ini, mari kita membudayakan bersama keluarga dan anak memuliakan hari Jumaat sebagai penghulu segala hari.

Mudah-mudahan dengan cara ini ia mampu memperkukuhkan institusi keluarga dan memantapkan keimanan anak kita. Ini amalan nabi, wali dan orang salih. Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian, kerana kesibukan dunia dan pengaruh sosial menyebabkan kita lupa kemuliaan hari Jumaat.

Malah apa yang menyedihkan, ada kalangan umat Islam menjalankan aktiviti pada malam dan hari Jumaat yang menyemarakkan lagi gejala sosial.

Rebutlah peluang untuk membersihkan diri dan bertaubat pada penghulu segala hari. Marilah bersama merenung firman Allah SWT yang bermaksud: “Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatkanlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya di dunia dan di akhirat.” (Surah al-Jumaat, ayat 10)

sumber