Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida



Assalamualaikum, peace upon you.





Dengan ini shida wakil dari www.reddelima.com menganjurkan Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida yang akan berjalan selama 2 minggu bermula hari ini 15.10.2013 bersamaan Hari Raya Aidiladha dan akan tamat pada 29.10.2013. Pengumuman pemenang akan diumumkan selepas Part 2 Giveaway dijalankan pada 30.10.2013 dan akan tamat 12.11.2013 (2 weeks). Shida berharap GA ini akan mendapat sambutan dan meriah seperti GA sebelum ni. Inshaa Allah. Kita tengok syarat-syarat wajib korang kena follow :





 syarat-syarat wajib : 


  1. Like dan Add Facebook Sponsors :  

  2. Like dan Follow Blog Shida :

  3. Buat satu entri bertajuk :  Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida

  4. Copy dan paste kod dalam entri korang

  5. Submit link entri dekat komen entri Giveaway ini















Rahsia lelaki yang bukan lagi rahsia ; Mata !

Salam jumaat..
Secara umum tetntang penjagaan mata, ..kalau boleh pejam celik dan kerdipkan beberapa kali kelopak mata anda dalam sesuatu masa, cara sebegini boleh membantu mata anda supaya ada kelembapan di bahagian kornea. ..hihi jangan la kenyit-kenyit mata macam main cinta pulak.. ada yang terperasan nanti.

Okay ..kalau ukur kedudukan anda dengan skrin monitor, jarak yang sebagusnya adalah 75 sentimeter lebih kurang lah. tapi bergantung juga kepada kesihatan mata anda , nak lebih elok maka lebihkan makan lobak merah :)) psst..mamaD yang cakap/.

Lelaki 
kalau ternampak mereka  tunduk kepala, itu bukan malu sebenarnya...tapi sekadar mahu memelihara mata .
kenapa eh ?,... sememangnya dan sepatutnya kena buat begitu !,  kalau malu pon tak salah... kerana malu itu adalah sifat Rasulullah saw.

Sebabnya...(rahsia lelaki yang bukan lagi rahsia..)
Perasaan yang bergelora, chemistry yang begitu kuat... dan walaupun hanya dengan pandangan mata dapat dirasakan seperti 'renjatan elektrik' meresap ke seluruh badan bilamana terpandang wanita  yang luar dari biasa.

Umpama peribahasa Melayu ‘dari mana datangnya cinta, dari mata turun ke hati’, vaa..vaaa..kerana apa yang dilihat sangat memikat hati dan perasaan seseorang.

Dari itu, kawal lah pandangan mata dan jaga mata anda ! (dari lelaki untuk lelaki)..saya tak pasti wanita macam mana pulak ?

#Sekadar berpesan dan mengigatkan untuk diri ini juga.


pandangan mata maktom pagi tadi memberi idea aku berkarya ...; aku 'kalah' dengan wanita bab bertentang mata ~ syukur alhamdulillah.
Published with Blogger-droid v2.0.10





Akhirnya dah selesai... licin !


gambaq terus dari kuali ni, ...adat oarang la ni kan...apa2 pon snap dulu. hihi.. geleng kepala kekadang tu tapi bila time kita pon sama gak  terus gelak tersipu malu mengenangkan.

Pcl layan Mertua dia,  ..tu yang  dok heboh pagi tadi tu... pasal mak pi mancing udang..haha, memang mak saya otai kaki pancing sejak aruah tokwan dulu...ni kira warisan turun temurun lah hobinya. saya tempias sikit ja...kadang minat melampau dan ada masanya tak teringin langsung...kadang sampai terlena menunggu 'kaki pancing' kat situ...

malam tu memang rezeki mak, tadi terus buat menu tengahari ; udang masak cabai hidup (cili merah) . maaf resipi takdak..len kali kalau diminta..

Dah siap terhidang hanya tunggu pcl balik makan , adik balik dari sekolah...haha pakat booking udang besaq ! .. nasib pcl beli tambah udang..bila dah masak ..udang yang nampak besar dah jadi mengecik..harapkan kepala je besar,  tu lah dia udang galah sungai.

Depa ratah  sampai licin...sebab udang kah atau aku yang masak ! hihi.

alhamdulillah.

~diana
Published with Blogger-droid v2.0.10




Layan Ibumertuaku ; Pancing Udang Galah !


...malam tadi agak lewat sampai di rumah lebih kurang jam 1.30am, ..keluar dari tengahari semalam , berjimba merata tempat bawa ibumertuaku ke Ikea Damansara, makan-makan dan perkara yang paling dia (org kampung panggil ; Mak Kiah) suka ialah part pi pancing udang. teruja sangat dia bila dapat tau kita nak memancing.




Setelah berjanji dengan paktam , menunggu lepas maghrib...kami ke kolam udang berbayar di Sentul KL. Bayar 2 batang joran dengan harga rm40++ setiap satu untuk 3 jam. Mak 'pejam mata'  bayar sebab hati dah berbunga impikan udang galah sepit biru.... adat 'kaki pancing', peluang tak akan dilepaskan...dapat ke tidak hasilnya tu nanti kemudian cerita...janji lepas giannya !


bila dah dapat naik udang pertama , hati tambah suka.... inilah hakikat yang dirasai 'kaki-kaki pancing' yang sesetengah orang lain tidak memahaminya ! , saya bukan 'kaki pancing' tapi bila ada mereka bersama saya , minat nak join sama memeriahkan tu lebih mengujakan.. #bila mak bahagia kami pon suka..

.... boleh lah, puas hati gak lah..bab berbaloi ke tak tu jangan dipersoalkan...tapi mak cakap  "mak nak repeat lagi !" ..haha tu dia..


...sambung sikit lagi,  ..dalam dok tengah menaip entri ni tetiba masuk sms dari mamaD..



p/s ..suruh beli udang tambah... nak buat masak apa lah tu agaknya... ada tetamu  ke??