Jalan-jalan di pasar karat


Salam pagi minggu..cuti anda di mana hari ni?

kami masih lagi di jalan berhampiran Stadium Shah Alam,  ..cuci mata di pasar karat.

uihh..ramainya manusia lagi-lagi malam ni ada perlawanan akhir Liga Bolasepak Maaysia .. gomo kelate gomo !!

paktam dan pakteh tertarik dengan khasiat madu asli.. siap interview dan pastinya beli beberapa botol untuk tujuan perubatan.

kami baru masuk tapi dah tersangkut-sangkut..

haa nampak tu !  ..penyokong blog pcl pon ada haha.



#bila nak habis jalan da..asyik dgn blog dia jer..




Apa perancangan selepas berkahwin?


Salam semua..

.. bersiaran dari rumah paktam @Bukit Subang Shah Alam.. sat lagi nak pi kenduri kahwin sepupu sebelah lelakinya di Cahaya SPK.

nak juga bersiaran sebab masih lagi dalam mood kahwin haha.. , nak kongsi pengalaman lepas majlis kahwin kami dulu..tentang plan/perancangan seterusnya..

dah jadi pengantin baru ni..semunya nampak baru, semangat pon baru tau!
dalam menempuhi alam baru ni. ..kita jangan terlalu berlebih sangat terutama perbelanjaan selepas majlis. .nak berbulan madu boleh tapi berpadalah melainkan kita ada bajet siap-siap dan kalau disponsor tak perlu lah fikir pasala tu lagi.

...dalam dok membuai mimpi kita selalunya akan alfa dalam berbelanja sehingga ada pasangan lepas sebulan kenduri pening kepala nak fikir pasal bayar hutang. , masalah sebegini tak sepatutnya terjadi bila kita buat perancangan awal.

saya suka kongsi kehidupan keluarga yang sederhana.. lepas kahwin apa nak buat seterusnya ;

1. Untuk lebih selesa cari rumah sewa, tinggal berasingan adalah lebih menjamin kekal bahagia. Semua kena lakukan bersama pasangan tanpa mengharap bantuan luar terutama ibubapa.

2. Beli kereta, kalau tak mampu beli je yang biasa saiz kecik pon ok..peduli orang kata, down grade sikit tak apa janji tak kena hujan bila memandu kemana-mana.

3. Biasanya lepas kahwin rezeki bertambah murah..banyakkanlah berdoa untuk kesejahteraan keluarga dan mohon rezeki dalam solat berjemaah...kemana saja bawa kelengkapan solat bagi wanita. ..bila sampai waktu singgah la mana-mana masjid. Masa berdua ni adalah sangat manis sebenarnya..

4. ... (bersambung lagi nanti yer. nak siap-siap ke majlis kenduri).
.






GIVEAWAY 1 YEAR BLOG TENGKUBUTANG









Nikah ; Buat persediaann awal sebab tok kadhi akan banyak tanya tau!


Tahun 1996 masa tu tapi tak ingat hari apa. ..yang pasti masa tu hati berbunga bercampur debar di hati..
anak teruna berkunjung rumah si dara untuk dinikahkan di hadapan Tuan Imam selaku jurunikah dan juga kaum keluarga menyaksikan peristiwa bersejarah dalam dunia hidupku..

Majlis nikah kat rumah perempuan masa tu ...ramainya sanak saudara membuat hati bertambah debarnya..
# dengan  2x Lafaz. .Nordiana Mohd Saad sudah sah menjadi milik saya...alhamdulillah, semuanya masih segar dalam ingatan.

Pesan saya kepada yang akan bernikah...jangan 'gabra' ...tenangkan hati, semuanya akan berjalan dengan sempuna. insya Allah.

Buat persediaan awal sebab tok kadhi akan banyak tanya tau!
Masa nak masuk rumah perempuan, doa banyak-banyak dan. ..senyum lebar sikit macam dalam gambar ni hahaaa..




[gambar lama]  *update