Sedap buah-buah ni..


..alhamdulillah. 

Sedapnya buah ni...lagi bertambah sedap bila dapatnya percuma..  Semoga Allah murahkan rezeki kepada yang bersedekah.

ramai yang memilih hari mulia ini untuk bersedekah... walau tak banyak,  sikit pon jadi.. janji hati mau ikhlas..

Kalau kebiasaannya hari jumaat di masjid kerap kali ada buah pisang sedekahan orang....  tapi sejak musim buah dah bermula di kampung sini maka ada berbagai buah. ..rambutan dan pulasan sebahagian darinya. Isinya..rasanya lebihkurang sama tapi kulitnya lain.

Aku pun taktau sebenarnya apa yang nak dikaitkan dengan  dua jenis buah ini....bila dah makan susah nak berhenti.. Kan..kan.

#ada yang datang awal masjid sebab nak makan sorang-sorang..haha tak baik sungguh bila bersangka macam tu kan.. kebetulan..dan rezeki masing-masing.

Salam jumaat semua..






Kalau nak kan pembaca yang pelbagai, buatlah entri berselang seli dengan cerita-cerita santai ..


Cheq Eem bagi hadiah ! ... Siapa Cheq Eem tu,,




tengok pada kad biz dia tu dah tertera nama sebenarnya..

Satu bungkusan Poslaju baru sampai dan masih panasz lagi. ini lah habuan saya jadi  "Pemenang Contest Bikin Dialog Lawak Mega V4K"

Terima kasih .. mamaD memang suka Vitamin, untunglah katanya..boleh dapat selalu ke cheq eem (special price) ?








#Manfaat Vitamin C Sangat bagus untuk menjaga kecantikan kulit dan awet muda ..




Nasihat (umum) ; .. ..saya dapati ramai jadi Pengedar produk Shaklee yang berdaftar dan secara langsung telah menjadi seorang Blogger jugak  . (saya ambil contoh Shaklee sebab saya ditaja..hihi)

Syabas kerana mereka menggunakan blog sebagai pendekatan yang baik ini untuk memberi info kepada pembaca tentang kesihatan dan dalam masa sama mewarnai dunia blogging khususnya.

Kalau nak kan pembaca yang pelbagai, buatlah  entri berselang seli dengan cerita-cerita santai, boleh diseli-selitkan dengan perniagaan kita. ...tak lah ia menjurus khusus kepada produk saja... bila ada bahan menarik dan santai ..insyaAllah ramai yang singgah dan jeling-jeling produk yang diiklankan.

"untung sabut..timbul" , bukan "menangguk di air keruh"..tapi kita memukat/jaring terus..

"blog kita umpama Hipermarket" ..  :))  *dulu pernah saya katakan umpama kedai runcit kini dah naik taraf sikit ..

Usaha Anda Kejayaan Anda , Anda Buat Anda Dapat !






Jiran minta komen masakan dia..


Alhamdulillah..

Ini yang dikatakan rezeki nih. .. , jiran hujung sebelah sana hantar balas tapeware aiskrim kami minggu lepas..
Koew teow berbalas menu yang sama macam berbalas pantunlah
pulak..

Aku bagi 4 bintang daripada 5 sebab dia nak kami komen masakan dia..kalau letak udang saiz besar memang 5 bintang lah..haha.

Sedap.. Sedap.. Suka bila jiran  boleh cuba resipi kita dan mintak komen plak.. Wakaka bajet chef! 
Kami makan kena tambah cili api. ..kasi podeh! ! ..emm walah!






Hai Kawan....Carilah cintamu itu....Carilah pasangan hatimu...


Salam kawan ku..

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.

Allah swt memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Allah swt hanya menganugrahkan sekeping hati pada kita?

Ini kerana Allah swt telah 'memberikan' sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencintainya.

itu bagi yang sudah ada...tapi bagaimana pula yang masih samar-samar..

Hai kawan...Carilah cinta, soal jodoh itu ketentuan Allah swt.

gambar hiasan dari google

Bukan selayaknya kita untuk mempersoalkan kejadian Yang Maha Kuasa..cuma hanya untuk mensyukuri nikmat yang telah dikurniakan oleh Nya.

Hai kawan....Carilah cintamu itu....Carilah pasangan hatimu... jangan pernah berhenti mencari lalu berserah kepadaNya. seolah-olah anda sudah berputus asa..

# sebenarnya keseronokan yang nyata  dan kebahagian yang abadi itu dua perkara yang berbeza yang mampu anda miliki bila sampai waktunya kelak...teruskan berusaha.

Usaha membawa kejayaan :)) peace yaw !






 Published with Blogger-droid v2.0.4