Adakalanya kena fahami. .

..tengok gelagat Hanis dan sepupunya tu..

Minat sampai sanggup tunggu sehingga larut malam..
Minat sampai buat conteng baju dengan nama-nama. ..

Siapa yang tahu akan faham apa itu RM !





#Aku cuba memahami kehendak anak-anak dari masa ke semasa..





Ramai yang “boring” kerana mempunyai masa lapang yang banyak..


Salam petang semua... semoga ketenangan petang ini di isi dengan sesuatu yang bermanfaat...

Kita merenung bab masa.. , pemberian Allah , tidak sikit dan tidak banyak hanya cukup sempurna iaitu 24jam dalam sehari mengikut kitarannya kepada semua orang..

Masa itu kita ibaratkan macam duit; ia hanya memberi manfaat jika dibelanjakan dengan baik.
kalau simpan banyak-banyak pon tiada gunanya jika tidak dibelanjakan langsung.
Dibelanjakan banyak-banyak juga tiada gunanya, jika tidak dibelanjakan dengan baik.

Masa yang banyak ibarat duit yang banyak. Orang yang bagus dalam akautansi memang hebatlah bab ni..
Mereka yang bijak dengan duit ni selalunya dapat mengurusnya dengan baik; mereka tahu bila hendak dibelanjakan, di mana hendak dibelanjakan, dan berapa banyak hendak dibelanjakan.

Ibarat duit lah katakan, kadang kala apabila masa ada banyak sangat, kita jadi bingung malah ada yang jadi (maaf cakap)  'bengong'...sampaikan kita tidak tahu hendak buat apa dengan masa yang banyak itu.

Ramai yang “boring” kerana mempunyai masa lapang yang banyak, tetapi tidak mempunyai pengisian yang memberi makna.

Renungkanlah....

# 17:15 ..saya nak ke Seri Kembangan , ambil nina di asrama ..cepat-cepat mengejar masa..katanya boring duduk sorang-sorang...







Bagai nak kidnap anak sendiri !!






Afni Zulaikha... tak nak ikut mama kandung dia (mama fara) balik rumah, ..mamaD jugak jadi pilihannya

"..dah macam kidnap anak  pulak bila nak ajak dia balik rumah sendiri" kata mama farah dengan nada keciwa..

Laikha memang macam tu bila ada akak nina, akak hanis. ...kekadang kesian tengok mama fara..terasa hati bila anak sendiri akrab dengan keluarga kami. ..ye lah, dia membesar di kebanyakan hari bekerja dengan mamaD.

aksi pujuk memujuk jugak la (setiap petang) ..dah puas sampai kering idea..tetap takleh nak paksa dia....ye lah kan, budak mana tau nak jaga perasaan orang lain waima ibunya sendiri..

Pada suatu hari tu dengan izin mama farah ,  Laikha kami bawa jalan-jalan ke Giant hipermarket.

budak kalau dia buat perangai selalunya dia mengantuk,  lapar atau tak selesa.. hehe pandai pulak aku cakap macam ni...haruslah kan. aku pon pengasuh budak yang excellent haha..
belum sampai destinasi,  dalam kereta dia tertido..letih sangat lah tu., dari bahu mamaD. ..betukar ke bahu aku bergilir..kesian nak kejutkan dia.

akak nina nak beli kasut sebab dia kehilangan kasut masa di asrama... haha,  aku ingat boys jer over nakal curi kasut bagai.... rupanya girls pon sama , huh dasyatlah!

... dah lenguh bahu dan pinggang.., aku terpaksa letakkan Laikha atas kerusi lembut yang terdapat dalam kedai kasut sambil mamaD menemankan nina memilih kasut.

biasanya situasi sebeginilah kalau suami menemani anak/isteri shopping..., suami akan jadi pemerhati dari jauh sambil memangku anak kecil atau duduk di suatu sudut. .. 'jadi jaga troli'  haha nasib lah kan !.. kalau lah isteri memilih online shopping  "Online Fashion di Zalora Malaysia" kan bagus..klik-klik jer tak perlu susah-susah macam ni..

# laikha semakin akrab buat hati ibu kandungnya 'terasa'...adakah kami sebagai penjaga yang harus dipersalahkan.. :00

peace yaw Ct Farah !

Jika anda berada pada situasi yang sama (menjemput anak tapi anak tak nak ikut balik..), bagaimanakan perasaan anda dan apakah tindakan anda ?


* makluman kepada pembaca yang baru nak mengenali Afni Zulaikha , ..dia adalah salah seorang dari anak di bawah asuhan mamaD .




Published with Blogger-droid v2.0.10






Perkongsian Malam Jumaat ; Umpama Cahaya..

Salam untuk semua..

Bahagia..ya bahagia..itu yang dicari...

Sesungguhnya bahagia itu bukan 'benda' yang akan berkurang bila diberikan, tetapi ia umpama cahaya yang semakin 'diberikan' akan bertambah terangnya.

Kata bijak pandai, umpama dengan menyalakan lilin orang lain, lilin kita tidak akan padam... tetapi kita akan mendapat lebih banyak cahaya.

Untuk kita bahagia, carilah orang yang paling hampir dengan kita dan bahagiaakanlah mereka.

# Kita tidak merasa bahagia selagi orang di sisi kita tidak bahagia.