THE HOTTEST GIVEAWAY BY MAMA DARWIISH



pcl dapat jemputan ...terima kasih penganjur,  Mama Darwiish,.  GA ni memang HOT ...yes hot dengan hadiah dari para sponsor.. klik banner , jom join kalau brani !!

p/s : rajin selang selikan entri dengan segmen adalah hobi  blog pcl., tak semua blogger punya minat yang sama  dan...tak semua blogger boleh buat huhuuu *(saja kasi Hot  lagi..)






Bab Rumah tangga ; Tindakan suami jika isteri tidak taat..


Salam petang, lepas kerja baru best sembang santai pasal kekeluargaan..

alhamdulillah, nampaknya makin dapat sambutan bila entri 'bab rumahtangga' ni dipublishkan di sini. Saya sejujurnya suka berkongsi dan bukan untuk mengajar , ..ni semua melalui pengalaman sendiri maupon melalui pembacaan... dan sebaiknya jika mahu mendapatkan contoh terbaik adalah dari junjungan besar kita Rasulullah SAW.

Tindakan Suami jika isteri tidak taat ;

Wanita yang baik akan menjauhkan diri daripada fitnah ketika ia ditinggalkan oleh suaminya. jika seorang isteri itu pandai menjaga dirinya maka Allah akan melindungi dia dari segala macam fitnah.,

*selingan sikit ye..mamaD kat rumah tu memang jarang sekali ditinggalkan..., kerja saya sebagai penjawat awam selalunya memang tak lari dari kena hadir kursus..., untung bajet kerajaan dikurangkan..jadi tak ada lah kursus yang jauh , yang perlu bermalam di hotel dan sebagainya... "sayang isteri jangan la ditinggalkan.." ~ kata mamaD.

Jika suami merasai isterinya tak taat lagi.., maksudnya segala ajaran dan tunjuk ajar yang baik tidak mahu dituruti., nasihat dan nasihat lagi jangan pernah jemu untuk memberikan nasihat yang baik-baik. Tetapi jika nasihat demi nasihat pon 'tak jalan' jugak, (1); seseorang suami boleh menjauhi isterinya dari tempat tidur (meniduri isterinya) , dah tentu isteri akan kesepian en..en...

Kalau dengan cara tu pon 'tak lut' ..tak ada perubahan malah lebih suka., (2); Maka Islam membolehkan suami memukul si isteri itu. Cara pukul pon kena fahami jugak...pukul seringan-ringannya jangan sampai menyakiti dan meninggalkan kesan lebam. (gempak jer..) , jangan ikut nafsu memuaskan kemarahan tetapi adalah untuk memperbaiki isteri yang dah buat silap tu..

Seorang suami telah menjalankan tugas dan tanggunjawabnya dengan cara yang dituntut oleh agama sepertimana dikehendaki Allah SWT . Dan jika terus gagal menasihatai/menegur isteri maka hendaklah ia berdoa memohon supaya diberikan hidayah semoga  menjadi seorang yang berjiwa mukminah. mudah-mudahan dia menginsafi kesalahannya dan meminta maaf..

masa ni lah kena banya bersabar..., jangan bertindak di luar batasan sehingga berpisah sebelum waktunya.

wallhu'alam.











Dah lama bersabar dengan masalah feed blog ; akhirnya selesai.


Dah lama saya bersabar dengan masalah feed blog,  maka akhirnya sudah selesai juga bila dimaklumkan oleh blogger berkenaan melalui email.

Blogger tak asing lagi yang selalu membantu dalam menyelesaikan permasalahan feed blog di kalangan blogger ; penghargaan kepada  Anatasyea Aida  dan  jutaan terima kasih diucapkan khusus untuk beliau..

http://www.anastasyea.com/
Dan untuk pengetahuan semua pembaca, blog saya dengan nama domain lama  iaitu http://www.pakciklie.com telah Tidak Aktif sejak beberapa bulan lalu setelah betukar ke domain sekarang.

Harap jika anda memasukkan blog saya dalam bloglist anda, cara paling baik untuk menerima entri terbaru dari saya - sila add semula menggunakan url : www.nazlee.com.

# Setakat ini cuma ada beberapa blog (blogger kenalan lama)  yang menyenaraikan URL Blog Pcl dalam Blog List mereka tapi masih tidak mendapat update entri terkini. ~ kalau saya terperasan, akan saya maklum di kotak komen anda...

#jika anda sudah menyenaraikan dalam blog list, dan menerima entri terkini..saya berbesar hati dan mengucapkan jutaan terima kasih atas tindakan tersebut.

sekian.









Mi Kecil ?

..aku keliru awal-awal dulu bila beli sarapan di Banting ni...ada mi kecil,  mi besar dan mi tiow..aha ha..pelik tapi dah boleh dapat sesuaikan bila dah lama kat sini.

Mi kecik tu mihun/bihun,  mi besar tu mi kuning dan mi tiow tu kueyteow..

Kenapa aku suka bihun?

Pagi semalam bihun sup, malam pon bihun goreng mamak, pagi ni bihun goreng mamaD..hihi. Selagi tak jemu..kalau jemu berenti sehari dua...pas tu cari lagi..
Aku sokong pada yang kata jumlah kalorinya agak kurang berbanding lain-lain. ..kalau nak kekal sihat kena kurangkan kuantiti...bajet kalori kena ada.  Well,  aku bukan penasihat makanan sihat tapi aku suka makan apa yang aku suka..

Jadi tabiat..

Sebenarnya tabiat aku ni memang kurang baik dicontohi..  Nak tau?
Okeh...bila aku pesan bihun sup power, kuah mesti tambah mangkuk extra.. kuah tu yang power!  bihun tak habis pon.. dah biasa sangat sampai mamaD pon tegur... "tak takut kena darah tinggi ke? ".

Makan bihun boleh turunkan berat badan? ..tapi berat badan aku dah lama tak naik dan turun..so aku belasah je tiap minggu makan bihun.

Kat pejabat pulak.. Ada mesyuarat maka adalah bihun..bila seminar pon bihun adalah menu wajib antaranya.
Huh..dah macam muka bihun jadinya..




Nak tanya... Sebetul sebutan tu  ... bihun ke mihun?