Nina Dibenarkan Pulang ; Discaj Dari Wad Hospital Petang Tadi...

Salam semua. ..

Kebetulan aku dah ambil cuti  hari ni dan esok sampai masuk tahun baru 2014, memang tak ada rancangan nak kemana-mana. cuma  nak daftarkan Hanis masuk tingkaan satu esok..tak sangka pula Nina masuk wad dan masih lagi di sana hingga ke hari ini dah masuk hari kelima.  Semuanya ini perencanaan  Allah yang maha kuasa.

Terkini; keadaan Nina semakin baik. Kalau dibenarkan discaj  hari ni syukur alhamdulillah.

*draf entri  ni pagi tadi punya ....aku sambung terus ;


Dan akhirnya jam 3pm ; Nina dibenarkan pulang ke rumah..Syukur Ahamdulillah.
lega rasa terutamanya mamaD.....sesampai di  rumah terus  terlena kepenatan di sofa ruang tamu...alahai kesiannya.




Layankan keinginan anak-anak..

#Nina nak nak makan pizza hut , Hanis nak makan kfc.. ...lepas maghrib tadi keinginan mereka telah ditunaikan..






Sayangkan anak ; sayang emak

Suatu pertanyaan yang telah menyentuh perasaan mamaD sebentar tadi ketika ramai pelawat keluar masuk wad untuk datang ziarah ahli keluarga masing-masing dalam wad di mana Nina ditempatkan bersebelahan katilnya.

"akak sayang mak akak ke. ..sayang anakk akak lebih lagi?"
Saya jaga mak saya ni tapi dia asyik tanya pasal kakak-kanak saya yang lain, ada yang kata dah janji dengan anak dorang nak bawa  pergi swimming pool....tak boleh la melawat mak kat hospital hari ni...

#alasan.

#siapa menginap wad tahulah camana rasa kesunyiannya bila tiada yang datang melawat...




~ kesian makcik sebelah katil Nina ni...,ada  anak yang datang melawat pun merungut-rungut pasal kerja banyak kena buat kat tempat kerjanya .  adoiyaii !!




Nina semakin pulih ; masih di wad hospital.

Mungkin ramai yang tertanya tentang perkembangan anak kami, Nurhusnina @ nina.

Alhamdulillah nampak dia semakin ok berbanding hari sebelumnya, hari ni dah masuk hari ke tiga Nina berada di wad. Platelet darah dah naik mencatat bacaan semakin baik berbanding pagi semalam jatuh ke 65 dari 85 masa hari pertama di wad.

Menurut mamaD. .kata doktor, nina boleh keluar wad sekiranya  suhu badan kembali normal, pagi tadi suhu 37 darjah.. demam lagi kata doktor selepas membuat pemerikasaan.
Kalau semalam memang keadaan nina nampak tak bermaya..  puas suruh minum air banyak dan makan..tak mau dia.  Memang mamaD paksa dia makan sikit.. tak ada selera nak telan makanan..kata nina.

Pagi tadi aku belikan bubur nasi sup ayam..nampak dia makan lebih sikit. Tengahari nanti mamaD mintak aku buatkan untuk nina masak kicap isi ikan siakap..ikan sikap ituhari ada lebih dalam peti ais.

Ilmu memasak yang ada sikit ni aku lakukan yang terbaik untuk isteri dan anak yang memerindui makan kat rumah..

# Harap tak lah berlarutan masa yang lama nina kena duduk dlaam wad tu...kesian kan.




..dalam proses buat ikan siakap masak kicap ....macam kacang je nih, kalau ada yang tak reti tu mai minak resipi ka aku hihi..



# doakan kesihatan Nina segera sembuh seperi biasa,  terima kasih semua.




Sup Ketam Penawar Denggi..

Ketam mengandungi sejenis protein yang tinggi, yang dapat membantu pembinaan semula platelet darah yang hilang akibat virus denggi. Ini kerana pesakit demam denggi akan mengalami sindrom penurunan platelet yang ketara dalam tempoh beberapa hari selepas dijangkiti virus tersebut dan dalam kes denggi berdarah, platelet mungkin akan jatuh ke tahap paling minima, yang akhirnya membawa maut kepada pesakit. ~ kredit

Na'uzubillahiminzalik .


Semalam ; melihat keadaan fizikal nina yang tak bermaya petang semalam sebaik saja dimasukkan ke wad, hati kami sekeluarga amat risau sekali... , hanya mamaD seorang yang menemani atas nasihat nurse di sana.

Platelet darah nina pada kadar 85, Nina mengadu demam, pening kepala , sakit-sakit seluruh badan dan kebas kaki.., ahamdulillah semuanya dalam pemantauan berkala doktor yang merawatnya.

Kami berterima kasih atas nasihat dari doktor, kawan-kawan berserta iringan doa mereka untuk kesembuhan anak kami, Nurhusnina yang sedang berdepan melawan virus denggi di wad Hospital Banting.

Segerakan apa yang patut aku buat walau tak pernah pon masak sup sebelum ni...kecuali maggi sup sahaja.
Sementara menanti waktu lawatan tiba  dan menemani Hanis di rumah, ....seperti yang disarankan oleh ramai pihak dari kawan-kawan dan pihak hospital juga supaya memberikan pesakit denggi minum sup ketam.

kata orang banyak khasiatnya ; mudah-mudahan dengan IzinNya.