Bab Rumah tangga ; Suami Pendiam ?

Suami ; yang dikenali oleh isterinya sebelum atau mula-mula berkahwin adalah seorang yang banyak bercakap dan sentiasa ceria.

Senario suami menjadi pendiam dalam rumahtangga dan berubah watak menjadi sebaliknya apabila berada di luar memang banyak berlaku. Memang ada suami yang hanya bersikap pendiam di rumah atau bersama pasangan, tetapi tidak bersikap seperti itu ketika berada bersama rakan atau di luar rumah seperti di tempat kerja.

Ada isteri yang berputus asa dan membiarkan suami dengan sikap pendiamnya asalkan rumah tangga tidak berantakan.. Namun, ada juga wanita yang terus bersabar dan terpaksa memendam perasaan serta terus berada dalam keadaan tertekan. *kalau dah macam tunggul ...suasana makin sugul.

Kenapa Suami Pendiam?

Banyak faktor yang menyebabkan suami menjadi pendiam ketika di rumah dan antaranya ialah tidak wujud lagi hubungan mesra antara pasangan berkenaan seperti mana mereka bercinta dulu. Faktor lain ialah timbul kebosanan suami terhadap kerenah isteri yang selalu mengongkong, banyak bertanya dan asyik membebel tidak berhenti-henti tanpa mengira tempat dan keadaan. *mengaju soalan...lagaknya seperti seorang Pegawai Penyiasat Polis.
Anda sebagai isteri merasakan tindakan itu sudah cukup betul , tetapi hakikatnya...Tidak . *kurang betul !

Untuk ‘protes’ daripada semua itu dan tidak mahu menimbulkan konflik serta keadaan haru biru dalam perhubungan, suami memilih jalan untuk besikap mendiamkan diri. *lagi bercakap banyak lagi isterinya bising.. 

Sikap seperti itu sebenarnya tidak baik untuk hubungan antara suami isteri. Sikap dan tindakan suami itu akan lebih menyakitkan hati isteri yang tidak faham serta tidak tahu apa-apa dipendamkan oleh pasangannya.

Alasan Suami bersikap begitu ; Kerana tiada cerita yang boleh dikongsi bersama atau topik menarik yang perlu dibincangkan dengan isteri. Ini cuma alasan bila dah bosan.., kalau diikutkan pasangan yang bahagia dengan perkongsian hidup bersama isterinya tidak pernah ada perasaan bosan ...ada-ada saja topik yang perlu dibincangkan bersama. semakin hari semakin banyak, bukannya semakin berkurangan.

Mungkin ketika bercinta dulu, sudah banyak perkara dibincangkan bersama sehingga tiada modal lagi untuk dijadikan bahan perbualan...*hah macam tak logik pulak kalau diberi alasan sebegini...kan !

Sindrom suami menjadi pendiam di rumah tidak boleh dibiarkan berlanjutan kerana konflik seperti itu bukan saja membuatkan rumahtangga menjadi hambar, tetapi turut mengundang sehingga berlaku perceraian.

Dari awal lagi di entri yang lalu...Tolenransi antara pasangan harus ada. Wujudkan suasana  rumah kita syurga kita , ceriakan keadaan... luangkan masa bersama. Sebagai pasangan yang perihatin.. buatlah perbincangan mengenai isu kekeluargaan dan tanggung jawab, suami isteri juga boleh berkongsi cerita atau meluahkan perasaan masing-masing mengenai hal di luar seperti masalah di tempat kerja atau tekanan dihadapi...elakkan suasan muram di rumah.

#Kalau dah bosan suasana dirumah...keluarlah sesekali berduaan, cari jalan penyelesaian segera. jangan sampai dah lapuk baru nak ungkit perkara lama . Berdoa dan mohonlah kepadaNya.

#Jika suami pendiam sejak azali lagi...maka tugas isterilah  menceriakan suasana untuk menambah rasa bahagia ~ Semoga ada jalannya..insyaAllah.

nak tanya pembaca  di sini.... Adakah teman hidup yang pendiam itu membosankan ?







[FAKTA] Ramai isteri tidak tahu bagaimana untuk membelai dan memberi kepuasan kepada suami mereka.~ SUPER ISTERI



Bab Rumah tangga ; Berkata benar dengan isteri ...


Salam , jumpa lagi tahun baru 2014

...penat rasa bila kesana dan kemari dengan kerja pejabat lagi demi menguruskan keluarga juga anak-anak di hari pertama persekolahan mereka.

#walau penat namun hati puas sebab semuanya beres dengan sukses, alhamdulillah.

Bab rumahtangga kembali lagi...kali ni berkenaan sikap benar iaitu berkata benar dengan isteri.
Seorang suami harus mengamalkan sikap benar iaitu jangan berbohong kepada sesiapa jua pun. Jika seseorang suami benar-benar mengkehendaki kerukunan dan kedamaian dalam rumahtangga seharusnya ia sentiasa jujur dan berkata benar kepada isterinya.

Selalunya , ramai orang yang pandang remeh dengan perkara kecil  melibatkan hati dan perasaan wanita khususnya dalam kehidupan berumahtangga , perkara sebegini hendaklah diambil serius.

Kejujuran dan kebenaran itu adalah amalan yang baik untuk menjaga keharmonian hubungan suami isteri. Jika sekali membohongi isteri dan sekali  'kantol' ...maka, jika ia bercakap benar sekali pun selepas itu pasti ada keraguan di hati isterinya untuk mempercayai. Rasa kurang percaya atau curiga isteri terhadap suaminya , lama kelamaan akan mengundang rasa tidak hormat dan kerukunan rumahtangga tidak harmoni lagi.

"Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh ke tanah juga" ...

hendak berkata benar selalu, hendak jujur sentiasa memang susah tapi cubalah..walaupun  kita sedia maklum yang semua orang tidak sempurna dalam menempuhi kehidupannya.

ada juga ketikanya Jujur itu menyakitkan.. saya pernah tulis di sini ; Kejujuran Yang Menyakiti


#Jika ingin mengekalkan kebahagian rumahtangga , elakkan sikap yang tidak jujur terhadap isteri kerana berbohong itu banyak mudarat dari manfaatnya.



[KONTROVERSI] Jangan salahkan suami jika dia ada skandal?



WW ; MASUK WAD ?



#handset pcl "masuk wad" ..mungkin dalam 3 hari baru boleh discaj..huhuu.

#Esok Bonus, macam tau-tau jer...





Anak-anak kami ucap selamat tahun baru 2014


"SELAMAT TAHUN  BARU 2014 BUAT PENGUNJUNG BLOG ABAH KAMI"

Alhamdulillah...

Husnina semakin ceria...
Hanis ceria selalu, pagi tadi baru daftar masuk tingkatan satu...
mamaD masih dalam keletihan....siap masuk spa peribadi sebentar tadi...
aku... semakin slow blogwalking..

Untuk semuanya...keadaan akan kembali normal, insyaAllah..

Selamat datang 2014 dan selamat tinggal 2013.
entri penamat 2013...jumpa lagi di lain entri 2014 insyaAllah.

~melihat mereka ceria kami bahagia...begitu juga anda dan keluarga anda.

#Tiada target khusus 2014...yang penting perubahan ke arah yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.