Jangan malu memberikan sedikit

Assalamualaikum wbt ;


Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali.

"Solat Jumaat....kalau tabung lalu kat depan kita ...jangan 'senyum' je walaupun senyuman itu sedekah.."


Abu Bakar As-Siddiq berkata ” Orang yang bakhil atau kedekut tidak dapat terlepas dari salah satu dari tujuh perkara berikut :

  • Ketika mati hartanya akan dihabiskan oleh pewarisnya ke jalan yang tidak diperintah oleh Allah SWT.
  • Allah SWT akan mengutus penguasa yang zalim untuk menyeksanya dan akan merampas hartanya.
  • Allah SWT akan menggerakkan dirinya untuk menghabiskan harta yang dimilikinya.
  • Allah SWT akan mencampak idea pada diri untuk membina bangunan ditempat bencana dan semua  harta simpanannya akan musnah.
  • Diantara musibah yang Allah SWT akan timpakan kepadanya adalah banjir, kebakaran, kecurian dan sebagainya.
  • Allah SWT akan menimpakan kepadanya penyakit yang kronik sehingga hartanya dihabiskan untuk merawat penyakit tersebut.
  • Allah SWT akan menjadikan dirinya seorang pelupa sehingga dia lupa pada tempat yang disimpam hartanya.

salam jumaat..




Penawar kepada Keras Hati atau Hati Keras.

Assalamualaikum wbt..

Bersangkutan dengan sifat dan perbuatan manusia..

Apabila hati menjadi keras ia boleh mempengaruhi amal perbuatan yang dilakukan. Orang akan berasa ketajaman lidahnya apabila si keras hati bercakap, unsur maki hamun, menuduh tanpa fakta benar, mencaci dan merendah-rendahkan musuhnya semata-mata hendak menunjukkan kekuatan egoisme sendiri.

Sesorang itu sentiasa berada dalam keadaan tegang kerana konflik yang diciptakannya dengan orang lain. Jika bermuamalah menzalimi, kalau berniaga suka menipu, jika bersahabat cari peluang berkhianat, apabila kuat menindas orang lemah, hidupnya untuk memanipulasi orang lain demi kepentingan sendiri.

Betapa kerasnya hati orang yang tidak mahu mengakui kebenaran dan hidup di dalam kepura-puraan. Sembahyangnya tegak bersama kaum Muslimin, namun selepas habis ibadatnya itu ia kembali menyakiti orang di sekelilingnya begitu juga dengan ibadah yang lainnya seperti puasanya panjang setiap Ramadan, namun sungguh sayang puasanya itu menyebabkan hatinya semakin berlagak suci dan bersih dari dosa. Haji dan umrahnya setiap tahun berulang, tetapi rezeki yang dibawa ke tanah suci itu hasil penindasan dan kezaliman atau kerana sikap kedekut dan bakhil terhadap si miskin dan sanak saudaranya.



Ubat atau penawar kepada kekerasan hati

Daripada Ibnu Umar Radhiyallahu 'anhuma berkata :

Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda : Janganlah banyak bercakap selain untuk berzikir kepada Allah SWT, sesungguhnya banyak bercakap selain daripada berzikir kepada Allah itu adalah menyebabkan hati seseorang menjadi keras. Dan sesungguhnya sejauh-jauh manusia daripada Allah SWT itu ialah mereka yang berhati keras. (Hadith Riwayat Tirmizi)

Dari Abu Hurairah, sesungguhnya ada seorang seseorg datang kpd Nabi s.a.w sambil mengadukan hatinya yang keras (kekerasan hatinya). Nabi s.a.w bersabda : "Usaplah kepala anak yatim dan berilah makan orang miskin." (HR. Imam Ahmad) .

#PCL ; adalah 'keras hati itu' sama maksud dengan 'hati keras' ... maka kedua-duanya itu adalah mengambarkan sifat dan perbutan seseorang.

wallahu'alam.




 


Ephyra Testimonial ; 10 hari dengan cubaan pertama Ephyra


Salam untuk semua pembaca di sini..


10 hari minum Ephyra adalah tempoh percubaan yang sangat singkat untuk menampakkan keberhasilan sesuatu produk khususnya produk untuk kesihatan dan kecantikan diri dicuba kepada orang yang pertama kali mengenali nama Ephyra itu sendiri ,  apatah lagi memakannya.

Saya tidak mengharap perubahan ketara kepada kecantikan kulit khususnya . Dengan hanya mencuba 10 kali minum  bersamaan 10 hari untuk memberi testimoni produk EYPHYRA yang diberikan oleh suami saya dari menang hadiah giveaway yang dianjurkan oleh Blogger Mia Liana dan Oceanlife beberapa bulan lepas.

Keletihan dan masalah kemengantukan adalah fokus saya terutamanya, kulit gebu mungkin selepas ini.

Begini kisahnya.... kebetulan minggu hujung tahun 2013 yang lalu adalah musim cuti sekolah dan kami sekeluarga pulang ke kampung halaman  berkereta dari KL ke Sungai Petani. Suami saya kalau tak bersembang dengannya sepanjang perjalanan ...dia akan cepat rasa bosan dan mengantuk. 

Sehari sebelum perjalanan kami, saya sudah minum Ephyra untuk sachet yang pertama ..tentang rasa, ia sangat sedap! 

Dihari kedua, persediaan untuk berjaga disepanjang perjalanan 5 jam jangkaan masa sampai ke destinasi.
Alhamdulillah , perancangan seperti yang diharapkan ; badan terasa segar dan tidak mengantuk ...kalau sebelum itu, mulut asyik mengunyah makanan tapi hari tu selera nak makan pun dah tak berapa sangat...tak selera lah senang cakap, rasa kenyang je!
Kami berjaya teman berteman tanpa terlelap walau sekali pun kecuali anak-anak di tempat duduk belakang ~ lena dengan nyamannya * kalau tak saya pun sama tertidur sepanjang perjalanan ; kesiannya dia masa-masa sebelum ni.

Suami saya,  bila ada orang sebelah bersembang dengannya ketika memandu matanya akan segar..kalau tak , saya pun takut nak biarkan dia memadu berseorangan. membahayakan nyawa.

Saya ni pantang duduk sesaja tanpa berbuat apa, lagi-lagi dalam kereta..menguap dan mengantuk sentiasa, agaknya berjangkitan dengan orang sebelah ..haha.

dengan Ephyra tidak lagi malahan segar sentiasa..secara tak langsung kulit muka rasa bersih tanpa jerawat.

~ Diana


Jom dapatkannya sekarang...

Official Website : www.oceanlife2u.com
Instagram : ephyra2u
Telefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com







Doa Memohon Kesihatan dari Allah SWT.



Doa Mohon Kesihatan dan Kemurahan Rezki

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ، وَارْحَمْنِي ، وَاهْدِني ، وَعَافِني ، وَارْزُقْنِي

“Allahummaghfirlii, warhamnii, wahdinii, wa ‘aafinii, warzuqnii.”

Ya Allah, ampunilah aku, kasihanilah aku, berilah petunjuk padaku, selamatkanlah aku (dari berbagai penyakit), dan berikanlah rezeki kepadaku.



Doa diberikan kesihatan


اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنْزَوَالِ نِعْمَتِكَ وَتَحَوُّلِ عَافِيَتِكَ وَفُجَاءَةِ نِقْمَتِكَ وَجَمِيعِ سَخَطِكَ

“ALLAHUMMA INNII A’UUDZU BIKA MIN ZAWAALI NI’MATIK, WA TAHAWWULI ‘AAFIYATIK, WA FUJAA’ATI NIQMATIK, WA JAMII’I SAKHOTHIK”

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari hilangnya kenikmatan yang telah Engkau berikan, dari berubahnya kesehatan yang telah Engkau anugerahkan, dari siksa-Mu yang datang secara tiba-tiba, dan dari segala kemurkaan-Mu]. (HR. Muslim no. 2739).