Tingkatkan amal ibadat sendiri supaya menjadi contoh kepada isteri.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !

..ada kes suami DAYUS, takut dengan isteri dan sebagainya.

Perkara yang UTAMA dalam agama adalah mendirikan solat wajib lima waktu sehari semalam. Dalam keadaan tertentu, menyuruh isteri bersolat apatah lagi membimbingnya adalah sangat sukar kerana sebelum ini diri sendiri pun dalam kategori sama perlakuannya.

Jika ini keadaanya pihak suami perlu menangani hal ini dengan penuh hikmah dan kesabaran. Cuba elakkan dari membuat ugutan kerana ianya akan memburukkan lagi keadaan.

Berikut diberikan beberapa tektik dan teknik yang boleh dicuba :-

  • Ajak sembahyang jemaah bersama keluarga - anak-anak, ayah, mertua dsb.
  • Bawa ke majlis ilmu yang memerlukan sembahyang jemaah.
  • Bawa Tok Alim ke rumah untuk mengajar ugama kepada keluarga.
  • Guna orang ketiga, (yang disegani oleh isteri) untuk memberi nasihat.
  • Guna khidmat kaunseling yang kini ada dimana-mana.
  • Tingkatkan ibadat sendiri supaya menjadi contoh kepada isteri.

PCL : teknik yang akhir sekali tu kalau tak buat....alamatnya jadi macam ketam lah !!



Dunia adalah hiasan dan hiasan yang terbaik ialah memiliki isteri yang solehah

Assalamualaikum wbt..

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

 "Barang siapa memiliki isteri yang solehah maka sesungguhnya ia telah memiliki separuh dari agamanya."

... biasanya kaum perempuan suka berleter atau setengah orang kata macam mulut murai. Kita (suami) yang bijak *ofcoz kena mengaku bijak lah...kan !

..berdiam dan tidak menjawab leteran isteri, bukan maksudnya suami mengalah, tetapi adalah sebagai satu strategi  kehidupan berkeluarga.

alaa..pernah sakit gigi kan?..ibaratkan orang sedang sakit gigi. Gigi yang sakit jangan terus dicabut kerana akan bertambah sakitnya, kena tunggu sehingga sakitnya berkurangan barulah dicabut.
Maksudnya isteri yang sedang berleter, jangan dinasihati. biar dan tunggu keadaannya menjadi 'cool' barulah boleh dinasihati.

Dan nasihat itu mestilah kena pada tempatnya, maka barulah diterima dan dirasakan seperti kepala yang disirami embun pagi  di kala panas terik mentari..fuh ! *memang lega rasanya.

Dunia adalah hiasan dan hiasan yang terbaik ialah memiliki isteri yang solehah, tapi bagaimana nak yang 'solehah' itu jika kita (suami) tiada tolenransi dalam perhubungan suami isteri.. , ya boleh jugak ...melainkan namanya sudah solehah sejak kecil lagi..

nak kan dia (isteri) baik, kita kena baik dulu...fikirkanlah.

Boleh buat macam tu (para suami) ?

p/s ; sayangnya pembaca blog pcl ni  tak ramai dari golongan para suami..huhu, tak apa lah..








Kasut corak bunga-bunga Nina. ..

Allhuakbar..

kawan pakai kasut dan tunjuk kat instagram,  dia pon nak jugak...lama dah kami perasan yang dia suka tapi tak terkeluar dari mulut dia mintak dibelikan..

Semalam petang ke JJ Bukit Tinggi.
Bila 2 anak gadis ditemani ibunya membeli belah.. Kelihatan bagai 3 sekawan...kehendak naluri remaja disuarakan kerana masing sudah punya identiti sendiri;
#bab memilih pakaian
#bab memilih bahan kecantikan dan sebagainya..

Untung mereka punya ibu yang memahami..






Faham sangat dengan cara Orang Jepun Bekerja...



Bila kena kerja hari sabtu dan hari minggu memang teringat zaman kerja dengan kompeni Jepun...haik ! , ..pengalaman kerja kilang suatu masa dulu di Sp Kedah....Orang Jepun sangat komited dengan kerja...gila kerja , sampai orang tempatan macam aku pon terikut macam depa...

ohaiyo gozaimas ! ...lebih 10 tahun kat sana, banyak jugak lah  Nihongo , bahasa Jepun depa tu masuk dalam kepala nih... kalau masuk kerja 8 pagi, tak boleh lewat seminit pon punch-in, ....lewat je kena potong gaji untuk setengah jam...kejam!

masuk kerja, pagi-pagi dah ada short meeting....hahha sebelum tu kena nyanyi dulu..

Dan...hari ni malahan esok Ahad pon aku kena kerja jugak tapi dalam suasana lain...lebih rileks dan santai gitu..

Okay selamat bekerja kepada rakan-rakan yang bekerja dan selamat bercuti , cuti anda harus berkualiti walau pun anda lepak seharian di rumah , manfaatkanlah sebaiknya dengan ahli keluarga sendiri diutamakan bagi yang sudah punya keluarga tu..hokayy..

mata aimasho  :))