Bab Rumah tangga ; Teman Yang Sempurna


...Bila majlis kenduri sudah selesai, akad nikah telah dijalankan.., malam pertama pun dah tempuh......?
persoalannya ; adakah sesorang isteri itu telah menjadi isteri yang sempurna untuk suaminya ?

Bagi wanita yang baru bergelar isteri, terlalu jauh perjalanan anda ..pulau harapan masih samar dalam penelitian, bab keibuan pun  tidak pernah dipelajari secara khusus sejak kecil., jadi ke arah manakah tujuan anda?

Memang kekok untuk memulakan sesuatu perjalan yang samar ...tak kira pihak suami , isteri mahupun sesiapa saja akan sampai masanya dan seharusnya mempersiapkan diri dengan rasa tanggungjawab besar yang akan dipikul.

Pada mulanya memang agak sukar untuk merubah keadaan biasa kepada luar dari kebiasaannya bagi wanita khususnya , sudah menjadi isteri mereka wajib mengikut peraturan baru iaitu perintah suaminya.

Ada beberapa rangkaian kehidupan yang harus direnungkan bersama untuk menuju satu arah kesejahteraan hidup berumahtangga .

Apa yang suami mahukan adalah ;

  1. Isteri yang memahami kehendaknya dengan memberikan sepenuh perhatian , bila masa seharusnya suami makan minum dan sebagainya.
  2. Isteri yang menunjukkan minat  terhadap dirinya, pujian yang melimpah ruah tidak akan merugikan anda malahan akan memberikan semangat kepadanya.
  3. Isterinya yang suka berterus terang apa yang terbuku di hati, berceritalah ..berkongsilah dengan cara yang baik, setiap perlakuan suami yang menggugat perasaan dinyatakan di awalan perkahwinan supaya tidak menjadi beban perasaan anda berterusan.
  4. Isteri yang ideal, menimbulkan suasana meriah dalam gurauan dan sifat-sifat yang menyenangkan hatinya.
  5. Isteri yang berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri dan rumahtangga.
  6. Isteri yang bersifat tenang dan sabar dalam menghadapi masalah, sifat terpuji ini akan menbuatkan suami lebih menghargai isterinya.
  7. Kurangkan bercerita kisah silam lebih-lebih lagi perbandingan dengan kekasih lama anda.

Memang begitu sukar untuk mencari kesempurnaan sebagi isteri solehah, oleh itu lakukanlah yang terbaik, jangan cepat lemah jika ada kritikan yang membina dari orang tersayang, usahakan dengan tabah dan penuh perhitungan. 

Hubungan yang intim dengan rasa kasih sayang mendalam akan membuahkan hasil yang baik, apa yang diharapakan semua pasangan ialah zuriat iaitu anak yang lahir dari hubungan kasih sayang suami isteri. Keberhasilan seorang wanita menjadi ibu adalah detik paling berharga bagi isteri yang benar-benar inginkan rumahtangga mereka terus bahagia. Itulah 'hadiah' untuk suami .

#bagi isteri yang masih lagi ternanti detik itu, bersabarlah..dan berusahalah jangan berputus asa.

#[FAKTA] Ramai isteri tidak tahu bagaimana untuk membelai dan memberi kepuasan kepada suami mereka. ~ Super Isteri  ada jawapannya :))













Ada sikit nampak rupa macam Cina?

"itu limau tak boleh makan tau kawan.."

Limau hidup juga tapi sudah cucuk ubat supaya dia nanpak segar dan tahan lama...
Tahun Baru Cina mesti mau ada pokok limau dalam rumah..

Kawan angakat satu la..Melayu pon boleh simpan ini pokok! ..tahan 2, 3 minggu..

Buat apa. ..kalau tak boleh makan buahnya?

Syok-syok ma.. Kawan punya rupa ada nampak sikit Cina  woO..


#tang mana Cinanya tu. ..haha hakikatnya aku tak terpedaya.







Keindahan Perkahwinan Mesti Ditunjangi Dengan Iman.


Perkahwinan adalah satu bibit awal dalam pembentukan kekeluargaan yang sambung menyambung dari dunia hinga ke akhirat. Ia adalah indah sebenaranya, keindahannya mesti ditunjangi dengan iman.


Walau bagaimanapun, perkahwinan tidak semestinya bahagia sepanjang masa, adakalanya 'dipukul ombak dan dilanda ribut'... di sinilah perlunya kekuatan iman di dada. Dengan iman kita akan tenang dan mudah bertolak ansur. Tanpanya rumahntangga akan hancur berkecai umpama badai memecah pasir di pantai.

Perkahwinan dan keluarga bahagia bukan boleh diteori-teorikan malah tidak boleh hanya diangan-angankan begitu saja,  tetapi alam perkahwinan mesti ditempuh mengikut panduan yang telah digariskan oleh syariat agama.(Perkahwinan menurut Islam)

Setiap orang yang sudah punya keluarga sendiri mestilah bertanggungjawab terhadap ahli-ahlinya. Sebagai peneraju institusi kekeluargaan, tanggungjawabnya bukanlah mudah dan setiap tanggungjawab itu akan dipersoalkan...suami ada tanggungjawabnya kepada isteri dan  anak-anak begitu juga sebaliknya.

Bila masing masing menjalankan tanggungjawab yang digariskan oleh syariat, maka akan selamatlah keluarga itu di dunia dan di akhirat. Ia juga akan dianugerahkan oleh Allah kebahagian di dunia iaitu syurga yang disegerakan dan akhirat nanti akan diganjari dengan syurgaNya yang kekal abadi, wallhualam.


Published with Blogger-droid v2.0.6






Malu kita semua pada batu dan air !

Dalam kehidupan  seharian, ramai dari kita punya sikap pentingkan diri..
Sukarnya hendak mengikis sikap itu terutamanya dalam masyarakat serba moden penuh dengan kemajuan .

Ada yang berilmu tapi sikapnya masih ditahap bawah... , ini adalah sifat semula jadi yang membawa sikap iaitu cermin diri seseorang. Rata-rata dari kita sudah didedahkan dengan ilmu pendidikan , maka seharusnya ilmu dan sikap itu bergerak seiringan .

Mari kita perhatikan bagaimana Allah swt telah menciptakan batu dan air yang mengalir di sungai. Antara batu dan air tidak ada pertikaian di antara mereka. Batu tidak pernah mengatakan, ‘Hai air kenapa bunyimu terlalu keras’ Atau air mempersoalkan, ‘Batu, kenapa kau ada di sini.’

Tidak ada persengketaan di antara mereka; Mana hak saya… Mana kewajiban kamu…
Tapi kenapa kita tidak mahu mengambil ‘ibrah dari batu dan air?
Kenapa kita mulai 'bercakaran', memikirkan ini hakku… ini hak saya… Ini kewajibanku… Itu kewajibanmu… Malu kita semua pada batu dan air!

Ini saatnya kita semua bersatu, bekerjasama dalam apa jua keadaan sekali pon terutamanya dalam ukhuwah Islamiyah…

# waima dalam kehidupan bekeluarga juga masih ada yang 'declare' ini kerja suami dan ini tugas isteri...kalau sepatutnya tidak berkira-kira menggalas tanggungjawab ...kan lagi bagus .