Peranan suri hati hamba ..


....jangan tak sangka pcl ada peminat cilik, bersama Mea ada lagi...Aqeela, Afni zulaikha dan Syafi .

Tiap petang mereka menanti di rumah...jam 5 pm dah minta keluar rumah untuk didukung, bermain-main di luar... kadang mamaD dah tak larat melayan ,...dah sakit-sakit pinggang katanya.

...aku take over sekejap sementara menantikan mereka dijemput balik oleh ibu memasing. , melayan celoteh zulaikha  kekadang buat aku gelihati sendiri dengan kepetahannya bercakap macam orang dewasa.., Mea pula bertubuh gempal...tak ada langsung mewarisi ibuayah dia..:))..memang lenguh tangan dukung  sekejap aje.. , lengan dah naik muscular..haha tuu !! ,

Syafi ..yang tak banyak karenah, senang jaga dia ..tersenyum simpul aje kerjanya.. dan Aqeela dah jadi 'ketua' dalam reramai tu...boleh diharap juga tengok-tengokkan adiknya si Mea ...tapi mama tetap tak berani nak tinggal jauh sikit, biasalah budak-budak mana reti nak jaga betul-betul walaupun adik sendiri...

waktu aku rehat tengahari (lunch )..sempat mama bersolat , begitu juga petang...begitulah rutinnya kecuali hari sabtu dan ahad..

Pcl bersama Mea..


...mereka berempat itu lah peneman mamaD dikala sunyi (..ketika kakHanis bersekolah petang dan kakNina tinggal di asrama).

 #sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti selain membantu ekonomi keluarga ; itulah peranan suri hati hamba...terima kasih mamaD....terima kasih sangat-sangat .






Telekung Solat Sara'Khadeeja.


Sara'Khadeeja menyediakan Telekung Solat dari kain jenis Lycra 100%!

Kini kain sembahyang jenis ini semakin menjadi pilihan ramai kerana kainnya jenis lembut, berat, tidak jarang, sejuk serta selesa untuk digunakan oleh orang dewasa dan kanak-kanak.

Sebelum ini Telekung Sara'Khadeeja telah mendapat permintaan tinggi di kalangan kenalan Sara'Khadeeja sahaja.

 SaraKhadeeja


Justeru itu, kini page Sara'Khadeeja diwujudkan supaya orang ramai di luar dapat sama-sama merasai kualiti terbaik Telekung Solat Sara'Khadeeja.

Ingin diberitahu bahawa Telekung Lycra yang dijual ini bukanlah diambil secara borong oleh pembekal luar tetapi kain Lycra yang dijadikan telekung ini dibeli serta dijahit sendiri oleh pihak Sara'Khadeeja.
Beli sepasang rasai keselesaannya serta jahitan yang kemas.

Sebarang pertanyaan hubungi secara inbox/Sms whatsapp 0192608392

 SaraKhadeeja






Srii Tahfiz Darul Ulum ; Sedang Mencari Dana dengan IKS ..anda berpeluang mengembangkan perniagaan .


Assalamualaikum wbt ;

..sepertinya ada sesuatu yang ingin ditunjukkan oleh yg Maha Kuasa, aku dipertemukan dengan hamba Allah yang bernama Haji Hamdan di tepi sebatang jalan kampung berdekatan sini (Kanchung, Banting) bertanya kepada ku ke mana arah jalan balik ke Seremban..

Dalam pada masa sama juga beliau memaklumkan yang dia sedang mencari dana , bukan meminta derma..
katanya lagi beliau sedang menguruskan projek mencari pengusaha industri kecil berupa produk makanan untuk dibeli secara terus..

dan beliau ada agenda ...agenda untuk memajukan Srii Tahfiz Darul Ulum .

kepada sesiapa Pengusaha Makanan IKS, (pembuat kuih/kek/kerepek dirumah secara kecilan dsbg-nya..) anda dialu-alukan untuk bekerjasama;

anda boleh whatsApp saya di no ini ; 0174009726 - nazli

[sila berikan alamat dan jenis produk (makanan) beserta gambar produk untuk tindakan seterusnya oleh pihak berkenaan]

p/s saya yang menyampaikan hajat Tn Haji Hamdan.










Rm300! Jimat Terselamat. ..

..hemm dengan rasa konfiden meredah road block polis tanpa rasa cuak sikit pon tengahari tadi..baru 'cucuk' atm keluar duit gaji hari ni..

Aku naik motosikal standard dan semuanya lengkap..no worry lah.
Nak tahan pon aku tak kisah...

Polis : incik keja angkasa ye..lawa uniform.. Ramai ke staf sana? bla..bla..
Aku : (ramah giler polis ni) ..ye incik, staf dekat 100 org..
Polis : mintak ic, lesen..
Aku : ni dia incik
Polis :  mana roadtax? ...masuk tepi, panas ni...
Aku : ada...ada..tggu jap ea saya cari.
Polis : cari..cari....saya tggu.
Aku : alamak incik tak perasan la roadtax dah mati.
Polis : ...dah mati Jan 2014 lagi! , ni dah terlebih ni.. Saya keluar surat saman. ..kalau beza 2,3 hari ok lagi..
Aku : ..maaf incik, saya tak perasan langsung la, .. terselit dalam wallet saya... lama x bukak. Kalau saman  berapa kena bayar incik?
Polis : Rm300 max.

.... Tiada pujukrayu. ..hanya penantian dalam proses, lama juga aku tercegat menanti keputusan. Sambil tu..
(15 minit tengok gelagat orang lain kena saman dan proses pujuk dan rayu...saman tetap saman).

Entah apa mimpi mamat polis muda tu ; apa pon aku panjatkan rasa syukur Alhamdulillah sebab dah selamat duit poket rm300 akuuuu..

Polis : pegi renew cepat..jagan tunggu lagi..
Aku : betul ni..tak kena saman :)) ..terus berlalu pergi sambil ucap t.kasih.

...masa atas motor dok fikir..

#..aku rasa lah...aku tak kena saman sebab 'kek SR' dalam bakul motor yang dibelikan khas untuk isteri dirumah..

Ada kemungkinan tak?

# Kalau itupun suatu kebetulan...alhamdulillah, mungkin ada kebaikan dalam niat yang kita tidak sangka.