Tonton gelagat penyambut tetamu rumah kami ...

Tonton gelagat penyambut tetamu rumah kami ; Afni Zulaikha dan Syafi Damia.. depa ni lah antara penyeri suasana selain Aqeela dan Mea serta anak kami Hanis dan Nina.

#ceria di hari-hari bersama keluarga tersayang.








Purata sebulan jumlah Roti Canai sebagai menu pilihan .


# Purata 60 keping sebulan untuk Hanis.
# Purata 20 keping sebulan untuk Nina.
# Purata 10 keping sebulan untuk kami suami isteri sharing.

Lokasi : Rostoran Mamak ; Warung Melayu sekitar Banting dan Seri Kembangan.






Jubah Untuk Lelaki Melayu


Jubah adalah pakaian longgar yang mempunyai potongan berasal dari Timur Tengah. Malah turut dikenali sebagai Abaya dan sesuai untuk dipakai ke majlis-majlis keramaian seperti majlis perkahwinan, kenduri dan juga pada Hari Raya.



Selain Baju Melayu yang cukup terkenal dalam budaya negara ini, jubah turut tersenarai di dalam senarai pakaian tradisional  lelaki yang cukup popular. Walaupun Jubah Untuk Melayu , secara amnya ianya bukan hanya dipakai oleh lelaki berbangsa Melayu, kaum lain juga turut gemar memakai jubah kerana ianya cukup versatile selain mudah dipakai.

Bagi lelaki yang sentiasa sibuk atau tidak suka mengambil masa yang lama apabila bersiap, jubah adalah pilihan yang tepat untuk mereka. Sekadar sarung dan dipadankan dengan beberapa aksesori seperti songkok, jam tangan dan sepasang capal sudah cukup untuk membuatkan anda kelihatan santai namun menarik.





Kini terdapat ratusan jenama yang menawarkan seleksi jubah untuk lelaki dengan variasi rekaan yang menarik. Malah kini lebih mudah bagi kaum Adam untuk mencari sepasang jubah yang menepati cita rasa dan personality mereka kerana koleksi jubah daripada pelbagai warna menarik semakin mudah untuk didapati.

Selain itu online shopping website yang semakin banyak di Malaysia memberikan ruang yang lebih luas untuk lelaki. Mereka menawarkan pelbagai tawaran menarik dengan harga yang cukup berpatutan. Shopping online kini menjadi trend dalam  kalangan pembeli di Malaysia. Pembeli mengakui membuat pembelian atas talian adalah jauh lebih mudah berbanding pembelian biasa. Anda tidak perlu lagi untuk keluar dan bersesak dengan orang ramai di pusat membeli-belah. Wang petrol, tol serta parking juga dapat dijimatkan.

Beli sahaja jubah online di internet dan buat pembelian di rumah. Sambil bersenang-lenang sahaja di ruang kegemaran di rumah, anda dapat beli pilihan anda dengan mudah. Anda juga pasti teruja dengan penjimatan masa yang dapat dilakukan!

Bagi kaum lelaki yang sedang mencari jubah online cantik,  layari www.zalora.com.my  atau lihat blog mereka iaitu The Style Loft Zalora untuk berita-berita fesyen terkini. Mereka menyediakan koleksi menarik pakaian tradisional untuk anda pilih daripada ratusan jenama terkenal antarabangsa dan tempatan.







Aku suka juga nak menyelit kadang tu..





....  bila Nina dan Hanis masing-masing dah memiliki smartphone sendiri mula la nak selfie ...lama dah kami perhatikan gelagat anak remaja kami... terkini , memang itu satu budaya ikutan..termasuklah depa berdua beradik nih.



aku suka juga nak menyelit kadang tu .. mamaD, dia lain sikit...malu nak ambil gambar katanya..




kami selalu memantau apa yang depa suka buat dengan phone memasing..., check dalam phone gallery depa apa yang tersimpan... , kalau ikutkan memanglah ada rasa kurang selesa bagi life depa.. tapi demi untuk kebaikan mereka dan bukannya nak mengongkong..jelas itu ditekankan secara baik...biar anak-anak faham !


Apa saja yang depa download dalam phone depa...sebagai ibubapa perlu ambil tau juga.





# ..kata mamaD tak suka selfie, tapi ada jugak tuu !! ....dan ada saja nampak suami dia menyelit di mana-mana :))