Beriadah musim panas di Lokasi Panas?

...hari Sabtu lepas...pagi lagi dah ke Sungkai,  kawasan tanah rancangan Felda.

... lebih 20 tahun dulu aku pernah kali pertama  ke sana. ..pehhh!! dah tak berapa  ingat dah  apa yang aku nampak dulu, tapi satu benda !...yang pasti pandangan aku masih ingatkan rupa bentuk rumah peneroka  felda pada masa tu. Rumah papan berderet tersusun rapi di setiap blok bidang tanah..... tapi sekarang dah banyak rumah-rumah felda  tersebut sudah berubah wajah...memang mantap taraf hidup/ekonomi penduduk felda secara keseluruhannya dari tahun ke tahun.

Siapa sangka,  kalau dulunya. ...ada antara saudara mara  yang mendapat tawaran ke tanah rancangan felda pada pringkat  permulaan penempatan mereka. ...sedikit merasa gusar bersama membawa ahli keluarga keluar dari kampung untuk membina hidup baru di tempat yang baru diteroka. Ramai yang berserah kepada takdir dengan nasib kehidupan mereka. Malah ada khabarnya yang hendak 'lari' balik ke kampung asal..... Itu cerita dulu.

Nah ! ..kita lihat sekarang....sahabat-sahabat  kita ada antaranya adalah anak (genarasi ke 2)   kepada  Peneroka ,  bagaimana BAHAGIANYA   mereka dan ibu bapa mereka di sana...aku sendiri kagum dengan berkat susah payah generasi terdahulu terbukti memberikan perubahan ekonomi dan gaya hidup mereka..

....kami sekeluarga berkesempatan menghadiri majlis walimatul urus sepupu aku di Besout 2, Sungkai Perak.
Dan sebelah petangnya kami menyinggah di Hot Spring Sungai Klah. ..namun ada suara-suara berkata ;

" cuaca panas-panas gini. .buat apa mandi kolam air panas !!"

...tak apalah,  apa pun telahan mereka... kami sekeluarga dapat bersama-sama bersantai di sini...selain kolam air panas , di sana juga terdapat kolam air biasa/sejuk...ramainya ratusan  manusia beriadah sambil menyejukkan badan termasuklah kami kami ni...hihi..



Beriadah musim panas di Lokasi Panas? ...kalau anda tanya apa feel ? jawabnya adalah nyaman dan segar bila usai bersauna di kolam air panas...sempoi !!

p/s ... aku ambil cuti hari ni (Isnin)..haha , selamat berkeja ye kawan-kawan semua..







Homemade Design Sticker


Peminat-peminat sticker khususnya pencinta make-up kereta, anda boleh  menempah design-design sticker pilihan. Kesemua design adalah idea sendiri dan ada juga dari idea orang lain serta carian di internet. Namun, diubahsuaikan mengikut situasi dan keadaan.

HMSD ENTERPRISE dengan label HMS adalah sticker buatan tangan sepenuhnya, tanpa menggunakan mesin-mesin yang canggih.. Ini adalah untuk mengekalkan kreativiti pereka design itu sendiri dan keunikan idea... Itu kata Homemadestickers .



Para pelangan boleh menempah design pilihan dan harga pula berdasarkan warna dan juga bergantung kepada kerumitan sesuatu design kerana perkhidmatan yang disediakan adalah  100% buatan tangan.

Di sini kami memaparkan gambar contoh design yang anda boleh tempah, anda juga boleh menghantar design sendiri dan kami akan beri servis print dan tampal sticker.

Untuk keterangan lanjut , hubungi :  (En Firdzaus)
URL page: https://www.facebook.com/pages/Homemadestickers/223351557757135
URL blog: http://www.homemadesticker.blogspot.com/
Email: homemadestickerdesign@gmail.com
WhatsApp : 0192732794 / 0139671644







Senang cakap lah ..saya ni kurang berdisiplin tentang penjagaan makanan untuk kesihatan..

[sekadar mencuba nasib isi borang online] ..

..kalau diikutkan ukuran BMI tubuh saya adalah dalam kategori gemuk (25++) memang sedikit tak membahagiakan saya hakikatnya..tetapi sejujurnya bagi orang terdekat dengan saya, mereka tak kisah semua ini namun saya tetap hendak mengembalikan penampilan saya sama atau lebih baik dari sebelum berkahwin. Fizikal yang tidak seimbang ini membuatkan saya cepat berasa letih dan mengantuk. Syukur Alhamdulillah saya mampu lagi untuk mengembirakan keluarga tersayang..syukur..syukur..

Walaupun perbezaan untuk mendapatkan BMI 23 ke bawah adalah tidak ketara namun saya gagal melakukannya dengan hanya berdiet sendiri dan sesekali bersenam. Senang cakap lah ..saya ni kurang berdisiplin tentang penjagaan makanan terutamanya.

Jadi dengan sebab ini saya berkeinginan jika pihak MBH memilih saya untuk mencuba produk Slimfast Diet ini, saya akan mulakan semangat baru dan bermulanya dengan Slimfast Diet saya akan mendisiplinkan diri dalam pengambilan makanan harian saya.

Besar harapan saya semoga pihak MBH memilih saya untuk mengguna dan mereview produk tuan/puan.

sekian , Terima kasih.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Siapa MBH ? klik sini

Kepada anda yang masih tidak tahu..blur ..berjerebu :)  , sila merujuk ke ...
Giveaway SlimFast Diet : Pencarian 40 Orang Blogger (sehingga 11.59 malam 7 Mac 2014)
Read more: http://www.mialiana.com/2014/03/giveaway-slimfast-diet-pencarian-40.html







Info Dari Ladang Ternakan Ulu Yam

Dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar dengan kos sara hidup tinggi, maka ramai orang berlumba-lumba untuk menambahkan pendapatan dan menaikkan taraf ekonomi keluarga khususnya..

Terdapat banyak cabang kerja , banyak bidang tugas yang harus diterokai luar dari kebiasaan kita..kadangnya luar dari kemampuan kita , tapi tak salah kita mencuba..menambah ilmu di dada..

Orang kata kalau tak tahu boleh bertanya , tak pandai teknik boleh belajar , tak reti buat kita ikuti kursus dan sebagainya..

Ladang Ternak Ulu Yam (beralamat di sini) ada mengelolakan Kursusu Jangka Pendek (Farm Biz Talk) seperti berikut ;

Waktu : Sehari (9.00 pagi ~ 5.00ptg)
Hari : Jumaat Sabtu dan Ahad
Yuran : RM200 seorang dan berkumpulan RM500.00 (3 peserta) )

Sijil Penyertaan
Latihan Teori dan latihan praktikal
Khidmat selepas latihan
Diskaun untuk pelajar pratikal dari IPTA dan IPTS (Sila bawa surat dari pihak Pentadbiran)


Intipati Kursus
Farm Talk atau Bisnes talk, bagaimana memulakan, Teknik, Pemasaran dan peluang peluang
Latihan Asas Penternakan, Teknik penjagaan dan latihan praktikal.
Khidmat nasihat selepas kursus
Bantuan PEMASARAN

Sila hubungi : Kak Cik (Zaiton Othman)
emel : uluyamfarm@gmail.com



http://www.uluyamfarm.com/