Borang Rayuan BR1M 3.0


Salam ;

Kepada sesiapa yang belum buat rayuan boleh klik untuk muat turun (Download Borang Rayuan BR1M3.0) dan isi ruangan yang berkenaan. Boleh hantar terus ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan dengan tempat tinggal anda.

Tarikh rasmi untuk menghantar borang rayuan adalah pada esok hari bersamaan 01 April 2014  (selasa) .

# aku adalah insan terpilih untuk berbuat demikian :))
# boleh pulak alasannya,  No. pengenalan pasangan/tanggungan tidak wujud di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)  ~ hemmm apasal plak ??







This Is How Your Plate Should Look ..



....sebelum ni pun ramai yang bagi nasihat tentang penjagaan makan termasuklah isteri juga , tapi nak buat tu yang payah  dan selalunya berakhir dengan kegagalan...aku akui ini semua berpunca dari disiplin diri dan semangat juga kesungguhan yang tak kesampaian ; maka perlunya sesuatu sebagai 'pusher'...dalam kes aku Slimfast diet lah . (aku sedaya upaya tidak mahu menjadi pengguna yang taksub...tidak mahu terjebak dan menjebak orang lain..)

"Jangan Skip MAKAN. Teruskan makan sedikit tetapi banyak kali pun ok, jika tidak mahu metabolisma badan anda semakin rendah dan pembakaran lemak bertambah payah." ~MBH

adakalanya ketika berselera dan masa perut betul-betul lapar kita melayan nafsu sehingga perut jadi sendat dan padat...ini yang perlu dielakkan...ikut sunnah Nabi Muhammad SAW , makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang..insyaAllah...dan kunyah betul-betul sebelum telan makanan dalam mulut tuu ;))

..terima kasih MBH page kerana selalu memberi tunjuk ajar dan perangsang untuk lebih sihat dengan pengambilan makanan yang betul..







Pagi jumaatku. .

Salam ceria pagi jumaat..

lepas subuh tadi terus bancuh SFD,  ..nilah amalan sejak berbelas hari lepas.  Sebelum perut meragam baik cepat pergi kedai beli sayur dan ikan.. Kami jarang atau memang tak akan simpan stok barang basah untuk seminggu..biasanya dalam 2 hari macam tu je.

aku kerja kat sini kira beruntunglah sangat sebab ofis dekat dengan rumah..jadi biasanya aku santai dengan motor kapcai yang hanis taknak naik tu hahaaa..tak sempat berangan dah sampai kedai :))
...kat kedai ni pulak kedai baru bukak tapi dah ramai orang sebab dia punya harga kot..biasanya macam tu lah...murah mesti ramai orang.

aku kena cepat sebab nak kejar masa santai-santai pun bukannya boleh macam hari-hari cuti minggu. ...kepala ligat dok fikir nak makan apa tenghari nanti.

okay terasa nak beli lala,  kalau kat utara sana kami panggil siput retak seribu...ahaha nala punya panjang dia punya nama. Biaq pi la kann! Rm4.50 sekilo,  aku skop masuk plastik. ...bayar rm3.50 tak sampai sekilo dan beli sayur sawi secekak.. MamaD selalu pesan jangan beli banyak nanti jenuh nak habis kan...3 mulut je pun nak makan. Okay bab beli dah setel...bab nak masak serah pada yang pakar kat rumah.

dah tetntu sarapan mamaD tak sempat nak buat, aku singgah beli karipap 5 biji untuk kami berdua dan minum air limau suam tanpa gula..



#Lagi 5 minit nak ke pukul 8am, aku pecut ke ofis..memang tak sempat berangan atas motor :))



Review SlimFast Diet selepas 10 hari ..

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera ..

okay ,  ini adalah review selanjutnya daripada saya ..sebelum itu sila baca rentetan entri blog pcl berkenaan SlimFast Diet  :

Melihat kepada bentuk kotak bungkusan 'langsing' memang menampakkan produk ini lebih mengkhusus kepada kaum wanita tetapi sebenarnya telah dinyatakan ; produk SlimFast Diet ini juga boleh diambil oleh kaum lelaki yang mahukan penampilan bentuk badan bergaya dan sihat .



Saya tak kata saya mempunyai bentuk tubuh ‘bergaya’… tapi sejujurnya teramat berpuas hati terhadap perubahan dengan penurunan berat badan dan peningkatan kecergasan . Sebelum saya mengambil SlimFast Diet, pergerakan dan kecergasan diri agak perlahan sedikit mungkin itu adalah kerana kurangnya tenaga untuk saya bergerak aktif semasa melakukan kerja dan sebagainya. Namun selepas minum SlimFast Diet beberapa hari,  badan saya terasa ringan dan lebih bertenaga.


Minum 1 sachet  Slimfast Diet setiap pagi hari membuatkan perut saya tidak terasa lapar walaupun pada sebelah malam sebelumnya perut tidak diisi dengan makanan melainkan hanya meminum air masak kosong sahaja.

Ini pengalaman saya dengan produk kurus yang bekesan ; bila selesai ambil sarapan pagi akan ada terasa gesa hendak membuang air besar.. (ia agak merumitkan keadaan pada hari pertama dan kedua ..selepas itu ia berkurangan dan keadaan kembali normal, maksudnya segala toksin dan lemak degil dalam badan sudah semakin berkurangan keluar melalui proses semula jadi..tapi harus diingat ! mesti amalkan minum air banyak seperti yang disarankan).

Berat badan saya sudah turun 5kg tau ! nak kata langsing itu mungkin tidak sesuai bagi tubuh lelaki tetapi percayalah, langsing kepada wanita pasti ada dengan mimum SlimFast Diet, ia adalah cara kurus dengan cepat dan lebih ketara akan dirasakan kepada  mereka yang ingin kempiskan perut buncit.

Mari kita baca secara lebih terperinci mengenai kandungan yang ada pada produk SlimFast Diet ;

“Formula Slimfast diet ini diperkaya dengan kandungan organik seperti raspberry, apple fiber, psyllium husk, oligo, collagen, orange de, acaiberry, grape seed, garnicia cambogia, hoodia, cassia angustifolia, l-carnitine, minerals dan vitamin. Slimfast diet dapat membantu menurunkan berat badan dengan pantas dengan 6-8 kilo mengikut tempoh serta metabolisma seseorang. Kandungan ramuan Cassia Augustifolia dan Psyllium Husk dapat membantu membersihkan kolon serta menggalakkan penurunan berat badan yang berterusan malah mencantikan kulit dengan adanya vitamin dan mineral. Gabungan Acai Berry dan Collagen dapat menyumbang nutrisi yang diperlukan tubuh semasa proses penurunan berat badan. Malahan kandungan Apple, Raspberry dan Ekstrak oren yang kaya dengan vitamin A,C dan E dapat memperbaiki struktur kulit dari menggeleber dan berkedut. “ ~Produk My Beauty Herbs

SlimFast Diet (SFD) - Kordial minuman harian yang akan singkirkan lebihan lemak dan membentuk wajah dan tubuh anda kepada penampilan yang anda tidak sangkakan!

Apa lagi tunggu , tukarkan minuman harian anda kepada segelas SFD setiap hari. RM45 sahaja.

Hubungi pakar  : www.fb.com/messages/mbherbs
atau auto sms, taip SFD ke 01128090446
website : www.mybeautyherbs.com.my
page : https://www.facebook.com/mbherbs



Giveaway SlimFast Diet dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh My Beauty Herbs dengan hadiah dan wang tunai bernilai RM 3,600 untuk dimenangi.