Tingkatkan amalan, pendekkan angan-angan !


faedah membaca itu banyak sekali, di antaranya melancarkan lidah, mengembangkan akal, menjernihkan fikiran, menghilangkan keresahan, mengambil pengajaran daripada berbagai pengalaman dan memetik nilai keutamaan dalam kehidupan seharian .

Aku suka membaca...tapi bukan dalam bentuk buku-bukuan (novel),  jadi...aku lebih berminat nak baca sesuatu dalam bentuk web atau blog dan seumpamanya..pada aku itu lebih baik dari berbual-bual kosong.

kalau yang suka berborak , duduk bersembang atau mendengar orang lain bersembang ....bukan apa cuma dikhuatiri kelamaan akan memberi impak yang tidak bagus untuk kehidupan keseluruhannya, ...memdengar orang memberi pengajaran  dalam berbagai cara itu tidak menjadi salah, malah kita digalakkan mendapatkan ilmu tersebut sebanyak mungkin , tapi bagi orang-orang yang 'menerima' ini kena bijak menetukan yang mana bagus atau sebaliknya, ..segera 'angkat kaki' jika tidak memberikan apa-apa faedah.

Kita sendiri yang menentukan di mana selayaknya diri kita berada.





#tingkatkan amalan, pendekkan angan-angan, tunggu ajal tiba , jalani kehidupan hari ini dan hadapi masalahnya dengan tenang serta  ..'jaga mulut'.

#usahakan agar selalu mendapat takbiratulihram bersama imam ketika solat berjemaah, perbanyakkan iktikaf di dalam masjid dan biasakan diri kita untuk menyegerakan solat  ~ sudah tiba masanya untuk berubah/berhijrah dan jangan bertanguh dalam melakuakn kebaikan.





Memenuhi kehendak minat mak mertua dan makcik memancing kat sini...


petang 1 Mei lalu bersama famili aku termasuk mak mertua dan makcik yang datang dari Sungai Petani "bercuti" .. , bercuti kami lebih kepada memenuhi kehendak minat mak mertua dan makcik memancing kat sini... .

Pantai Morib dan Pantai Kelanang adalah tempat mula kami singgah walau sudah tau yang kedua-dua pantai yang selalunya  menghampakan kami sebelum ni...

Ya memang dah tau pun ikan kat sini tak makan umpan ; tapi semangat #kakipancing biasanya tak kisah ...janji dapat lepas gian !

Dalam mencari port baik punya... ternampak satu kawasan yang pemandangannya sangat cantik , kepuasan terasa bila dapat berada di suatu kawasan yang mempunyai pemandangan yang sangat cantik ; subhanallah ! sangat  cantik ..walau terpencil sikit tempatnya iaitu di antara jalan dari Pantai Morib menuju ke Pantai Kelanang (jalan tar mini , persisiran pantai...) namun kewujudannya tetap boleh dikesan oleh beberapa pengemar/ jurufoto luar kawasan.

#kalau anda ada perancangan nak ke Banting cari kerepek ubi dan sebagainya ; singgah-singgah la ke Pantai Morib atau Pantai Kelanang ....serius ada tempat menarik (dengan kelasnya tersendiri) untuk capture gambar-gambar yang menarik !

..jarak masa dari pekan Banting ke area tersebut adalah dalam 30 minit berkereta. (Jalan Banting ke Morib)

#kakipancing sedang khusyuk .. 

mamaD dan anak2 tak berapa gemar memancing ..haha 

main pondok-pondok ; pondok tinggal..

ada juga yg layan mandi manda

Nina n Hanis guna sepenuhnya 'monopod' baru..

selfie melangit !

sunset dah mari..

jurufoto...macam pro jer Der !!

terbaik !






lagi terbaik...

lagi terbaik...







Keli ; kalau tak makan jangan geli !

Suatu aktiviti yang tak boleh dielakkan bila berjemur di bawah terik mentari... Menghitamkan kulit!  ...ahhh
Satu kepuasan bila nampak hasilnya walau tak banyak mana, namun terasa syoknya suasana. ... bila keriuhan dari mereka yang juga #kakipancing... Riuh rendah gamat bila dapat seekor keli besar. ..

Sudah dua hari di lokasi sama, semalan dan hari ni di Sungai Langat belakang McD Banting...layan ikan patin dan keli sungai.. Terbaik.

#Keli ; yg tak makan memang rasa geli..





Selamat Hari Pekerja ...sempena 1 Mei, hari ini ; semoga berkat kerja-keja yang telah dilakukan.


...bersantai petang belakang rumah sambil menghirup angin petang memang best.. Sepoi-sepoi bahasa gitu, entahla bahasa apa.. tapi manusia seperti aku ni memang tak memahaminya. ; yang aku tau. ..nyaman suasana bila angin bertiup menghembus ke seluruh badan yang sedang basah dengan peluh ...peluh selepas main gym tadi...

...setengah jam sudah cukup untuk aktiviti petang yang sihat !


Lanskap Kuarters tempat kami berteduh...
Okay sebenarnya aku ni tengah bosan menghadap pokok lanskap (gambar atas) di sekitar kuarters kerajaan di sini, kalau pandang kawasan depan rumah... ada beberapa pokok pinang,  tepi rumah ada beberapa pokok yang tak pasti namanya...hanya banyak daun dan sememangnya bukan dari pokok-pokok buah-buahan. Semuanya dilangskapkan oleh petugas yang telah diberikan amanah. Mereka terdiri dari tukang-tukang kebun yang sangat rajin dan ikhlas dengan tanggung jawab mereka.

Aku puji keikhlasan mereka. Setiap daunan yang berguguran mereka sapu/kutip ; begitulah setiap hari dalam seminggu mereka tak nampak bosan dan jemu dengan kerja mereka...itulah tanggungjawab namanya..

Selamat Hari Pekerja ...sempena 1Mei hari ini ; semoga berkat kerja-keja yang telah dilakukan.

Pokok (gambar bawah) ni aku tanam tahun lepas ; 1 Mei lalu.. (terima kasih kat kaklong yg tolong semaikan pokok tersebut)... *kena sebut nanti dia baca hihi.

Pokok daun lemuni namanya.. ; daunnya boleh pelbagai guna terutama untuk herba, boleh juga buat nasi ulam atau nasi lemak yang istimewa macam gambar bawah sekali tuuu... best !

#nak tau macam mana resipi  buat Nasi Lemak Lemuni ? klik ke blog mamaD.

# hilang sikt kebosanan pandangan mata bila dah dapat makan hasil dari pokok tanaman sendiri ...kan !

pokok lemuni ....baru setahun umurnya.
nasi lemuni sambal udang...terbaik !