Betul ke apa yang aku faham tentang "Liebster Award"


Informasi ; Liebster Award ni ialah sebuah Anugerah yang hanya wujud di internet dan diberikan kepada blogger oleh blogger lain . Ia berasal dari Bahasa Jerman - perkataan " liebster " itu sendiri mempunyai beberapa definisi : dearest, manis, paling baik , tercinta, indah, baik, menyenangkan, bernilai , comel, selamat datang (newbie blogger) dan seumpamanya .

Bila seseorang blogger telah di tag oleh blogger lain, tindakan selanjutnya ialah samada boleh menerima atau menolak anugerah tersebut (bergantung kepada pandangan peribadi) .

Dengan menerima/menyertai ianya boleh dianggap sebagai sebuah 'game blog' . Ada juga blogger yang menganggapnya sebagai bentuk 'gangguan blog' maka ia dibiarkan begitu sahaja . Ini semua bergatung kepada pandangan peribadi,  terpulang lah dan apa-apa jer lah !

Cara membuat entri penerimaan anugerah
  • meletakkan button Liebster Award ;
  • jawab 11 soalan daripada pemberi anugerah  ;
  • kemukakan 11 soalan sendiri dan 
  • tag / anugerahkan banner kepada blogger berkenaan dan maklumkan kepada mereka supaya mereka tahu.
Tujuan 'game' ini adalah untuk lebih saling kenal mengenal sesama blogger dengan meberikan mereka soalan-soalan dan mejawab pertanyaan . Kemungkinan dari maklum balas oleh keduan pihak dan button anugerah seperti  'Liebster Award' ini boleh direalisasikan supaya tujuannya tercapai.

sebahagian dari beberapa bentuk button Libster Award sumber googledotcom



====== ok setakat itu informasi yang aku faham  dari the Liebster Award yang sebenar ======


p/s  ..cukup dua tag setakat ini ; saya dalam proses menjawab soalan dari 2 blogger iaitu Lya dan Abe Kie .

Siapa ada pengalaman kena tag dan mengetag ? hahaha... apa pandangan anda tentang award tersebut ?





Giveway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com



Assalamualaikum




Buat julung kalinya mama melancarkan Giveway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com disertai  beberapa para sponsor yang hebat dengan menawarkan beberapa ganjaran yang menarik kepada para pemenang. 

Follow Blog :


Like Page :



Syarat utama :
  1. Pastikan anda follow kesemua sponsor berikut dan like page mereka.
  2. Buat entri bertajuk Giveway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com
  3. Copy coding yang telah disediakandan pastekan ke dalam ruangan HTML dan publishkan.
  4. Hantarkan URL penyertaan anda di ruang komen.
  5. Giveway ini akan berlangsung pada 10 Mei pukul 12 tengahari dan berakhir pada 20 Mei 2014 pada  12 tengahari juga.
  6. Pemenang akan diumumkan pada 25 Mei 2014 berdasarkan random

Hadiah Giveway :
  • Tasbih Pearl x 10 pemenang 
  • Wang tunai RM 30 x 1 pemenang
  • Top up bernilai RM 5 x 5 pemenang
  • Tudung bawal berserta brooch x 1 pemenang
  • Senaskah Tafsiran Pimpinan Ar rahman x 1 pemenang
  • Sticker Homemade (2 sticker) x 1 pemenang
  • Keychain Penyu x 5 pemenang
  • Hadiah Misteri x 2 pemenang
  • Kain Baju Kurung 4M  dan Goodie beg bersama accesories x 1 pemenang
  • Tudung Bawal Plain x 2 pemenang
  • 3 Pin Tudung by Pin2it by NeenaAnuar x 3 pemenang
  • Buku Terbitan Ana Muslim bernilai RM 100 x 1 pemenang
  • Bedak Sejuk Azza's Gold Powder x 1 pemenang

Nota :

34 pemenang di cari, di harap giveway ini akan mendapat sambutan dengan meriahnya. Sekian, terima kasih.

p/s : May you Blog Anniversary be Happy , Grand and Successful... Happy Annirversary Mamaniza.com !








KEMBALIKAN BENTUK BADAN ISTERI ANDA ... sharp, slim dan hot !


Isteri baru lepas bersalin?  Dapatkan Slim Fast Diet SFD yang sesuai untuk ibu yang menyusukan bayi. Bentuk badan isteri anda akan lebih sharp, slim dan hot daripada sebelumnya. SFD telah membuktikannya dengan pelbagai testimoni. Juga sesuai untuk semua.

Sebaik sahaja anda & isteri minum segelas SFD,
Kordial SFD akan :

+ 'Attack' lemak-lemak berlebihan di wajah dan badan
+ Menyingkirkan lemak-lemak berkenaan
+ Segera menegangkan bahagian yang hilang lemak
+ Perut segera rasa kempis dan tegang dengan 1x minum
+ Melegakan sembelit
+ Memantau Selera
+ Memberikan Rasa Kenyang
+ Menyediakan supplement terbaik tubuh
+ Memberikan Tenaga
+ Menyingkirkan bonjolan lemak yang kurang menarik
+ Mengurangkan pembendungan air
+ Meningkat metobalisma anda
+ Menghilangkn toksin yang memudaratkan
+ Menganjalkan kulit untuk penampilan lebih muda
+ Kulit yang lebih sihat dan berseri



a) Harga Jualan SlimFast Diet
RM45.00 Semenanjung Malaysia,
RM49.00 Sabah/Sarawak

b) caj pos ;

Semenanjung
1-2 kotak = RM7
3-4 kotak = RM9
more please ask*

Sabah/Sarawak
1-2 kotak = RM10
3-4 kotak  = RM12
more please ask*

Tunggu apa lagi. Cubalah sendiri untuk anda dan isteri anda.

Pesanan boleh melalui Dropshipper My Beayty Herbs : 
Email : nazli.angkasa@gmail.com
whatsaap : 0174009726
fb pm : Nazlee Ismail (klik sini)







MASBUK ; Belajar cuit bahu kawan semasa di Asrama..


Apa itu masbuk ?


Mukadimahnya ; Solat merupakan rukun Islam kedua setelah syahadat. Ia memiliki kedudukan yang sangat penting dalam Islam.  Rasulullah saw bersabda:

رَأْسُ الْأَمْرِ الْإِسْلاَمُ وَعَمُودُهُ الصَّلاَةُ وَذِرْوَةُ سَنَامِهِ الْجِهَادُ

“Pokok urusan itu adalah Islam, tiangnya solat, dan puncak ketinggiannya adalah jihad”. (HR. Tirmidzi, no: 2616; dll, disohihkan oleh Syeikh Al-Albani)

Umar bin Khathab pernah berkata: “Perkara yang paling penting menurutku adalah solat, Siapa saja yang menjaganya, maka ia telah menjaga agamanya. Dan siapa saja yang mensia-siakannya maka ia akan lebih mensia-siakan terhadap selainnya.  Dan tidak ada bahagian dalam Islam untuk orang yang meninggalkan solat.”

Terlebih baik lagi jika solat wajib lima waktu itu dilakukan secara berjamaah. Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya Allah Ta’ajub pada solat (yang dilakukan) secara berjamaah.” (Lihat shahihul Jami’, (1820).

“Solat berjamaah itu lebih utama 25 derajat daripada solat sendirian.” (HR. al-Bukhari). Dalam riwayat lain disebutkan: “(lebih utama) 27 derajat.” (Fathul Baari’, 2/131).

Setiap muslim dianjurkan untuk melaksanakan solat berjamaah di masjid tepat pada waktunya. Namun dalam  kebisaannya ada di antara kita yang masih tertinggal (terlambat sedikit) solat berjamaah atau lebih dikenali dengan istilah Masbuk.

Masbuk ialah ketinggalan beberapa langkah dalam menyertai makmum bersolat jemaah di mana imam sudah sujud rakaat pertama dan seterusnya.



jika makmum yang faham akan kepentingan ganjaran solat berjemaah , dia akan melakukan masbuk , masuk jemaah di kala mana ia kesempatan.


Masalah yang terjadi pada kebanyakan orang ialah tidak tahu masbuk. (ini sering kelihatan bila kita singgah di Surau perhentian RnR sebagai menyebut contoh) dan mungkin juga bagi mereka , solat sendirian lebih pantas ..mengejar masa !.

Saya pun pada mulanya tidak berapa tahu sebab jarang berlaku dalam kehidupan masa kanak-kanak ; ada pun sudah belajar namun tidak diperaktikkan...tapi setelah masuk sekolah berasrama ...praktikalnya selalu terjadi dan kejanggalan sudah jadi biasa ...yang tak tahu terus bertanya dan tak kurang juga dari ikut-ikutan menjadi kefahaman, alhamdulillah.

Cuit bahu atau tepuk perlahan di bahagian bahu seseorang yang sedang solat bersendirian dan untuk memaklumkan dia bahawa kita nak jadikan dia sebagai Imam solat di ketika mana kita ni terlambat masuk untuk ikut jemaah, ...itulah praktikal yang sering terjadi. Tapi zaman nakal kanak-kanak dulu....cuit bahu bukan sekadar cuit malah tepuk bahu sampai terlompat imam dibuatnya :) *kenangan yg mendewasakan.

Pagi tadi saya menonton Tanyalah Ustaz TV9 ..ada penonton bertanya berkenaan masbuk dan cuit bahu ; jawapan ustaz ialah : #sebenarnya tiada dalil yang mengatakan cuit bahu atau sama sepertinya mesti dilakukan semasa masbuk, sekadar memaklumkan imam dengan takbiratul ihram dengan suara kuat sidikt...atau jika (imam tersebut) tidak sedar sekali pun tetap dikira jemaah (insyaAllah pahala solat berjemaah).


Didfinasi Masbuk


Difinasi lebih mendalam tentang masbuk ialah ; Orang yang tertinggal sebahagian raka’at atau semuanya dari imam dalam sholat berjamaah. Atau orang yang mendapati imam setelah raka’at pertama atau lebih dalam solat berjama’ah. (Kamus al-Muhith, Qawaid al-Fiqh dan Hasyiyah Ibnu ‘Abidin, 1/400).

Cara Masbuk Mengikuti Imam boleh rujuk sini atau (google; masbuk)

Untuk lebih maklum , tuan/puan boleh merujuk kepada yang lebih arif ...rugi kita kalau tertinggal terus solat berjemaah.

#jangan ambil mudah soal masbuk ! (sila baca pautan ini)


mengejar solat berjemaah ....bukan nya mengejar masa yer ! (gambar ihsan google)

#sekadar mengimbau kenangan silam zaman sekolah berasrama dahulu dan perkongsian ilmu... sekian.