Owh macam ni ya rasanya



...tak sempat tunggu entri WW dah esok ; lagi pun blog ni tak ikut sangat ...korang ikut ke trending Wordless Wednesday? ..ke main belasah je bila tak tau nak taip apa...

pertama kali makan..., makan pulut mangga, bukan buat sendiri ...bukan masak pulut sendiri dan bukan buah manga sendiri..tapi semuanya beli punya.

Owh macam ni ya rasanya ....lemak, manis dan tentunya sedap dan lazat! , semestinya berbeza dengan pulut durian yang jadi febret aku....

Sepinggan harganya Rm6.50 sen .. entah la , berpatutan ke tidak ? *tak pernah survey pun sebelum ni..








GiveAway Tunai RM500 By SyuhadaBaharudin.com



Giveaway dianjurkan bersempena ulang tahun perkahwinan Blogger Syuhada Baharudin yang ke 8 , Sokongan dari blog pcl dengan iringan doa semoga Syuhada dan suami berbahagia berpanjangan hingga ke Syurga dan sentiasa mendapat berkat Allah swt.

boleh tengok Syarat kat sini kalau nak join GA ni .





Hidup Bermasyarakat ; Muslim Kunjungilah Rumah Allah..


Assalamualaikum...

alhamdulillah, empat puluh tahun lebih sudah menginjak umurku..bolehlah panggil uncle or pakcik kat luar dan kat sini pun  tiada peliknya jika perlu..haha. *nak short form panggil PCL ajer lah..

sering ke masjid... dan selalu jugak bersembang-sembang dengan ahli kariah di sini ; geng masjid Sungai Lang Tengah ni , ....dan semalam tuan imam menyatakan hasratnya..supaya aku ajak reramai kawan lebih-lebih lagi Staf tempat kerja aku (Agensi Angkasa Negara) untuk mengimarahkan masjid paling tidak pun katanya , datang solat berjemaah di kesempatan waktu.

...dan pagi tadi bila singgah beli nasi lemak, seorang Wak ni tegur aku..katanya "tak pernah nampak, ...tuan tinggal di mana?"  dah lama ke duduk sini? .n bla..bla ...di akhirnya katanya 'orang angkasa' ramai orang luar , bukan asal dari Selangor..tengok muka pun tahu ! * (anguk2 kepala..tanda aku tau kat sini ramai muka Jawa suka makan tempe..)

ye lah kan, tak semua orang kampung kita dapat beramah mesra walau aku sudah tinggal bermastautin di sini melebihi 6 tahun. Ada yang sedar dan ramai yang tak perasan kehadiran kami...yang mana nampak batang hidung , selalulah aku bertegur sapa.

teringat tazkirah ustaz imam di suatu subuh beberapa hari lepas... katanya ;

 "Jika sampai umur 40 tahun dan tidak ambil tahu langsung tentang asal kejadian kita, dan kewajiban kita kepada Allah swt dan tidak mahu bertaubat, maka Syaitan akan mengusap dahi orang itu dan gembira dia kerana orang tersebut tidak ada gunanya di dunia dan di akhirat.."

Allhuakbar !!

jadi , dari itu kenalah kita bermasyarakat dengan orang-orang tempatan dan tempat yang terbaik ialah rumah-rumah Allah. ~ sambil bermasyarakat di dunia sambil mendekatkan diri kepada Allah swt untuk bekalan ke akhirat nanti. wallhu'alam

p/s ..tak perlulah tunggu sehingga angka 40 baru nak warm-up bab-bab agama, sekarang pun boleh...selagi sihat . ~ pesanan untuk diri ini.





PERTANDINGAN BLOGKU TERBAIK! BERSAMA TEAOAIS.COM




 SALAM PERKENALAN DARIPADA BLOG PENGANJUR IAITU TEAOAIS.COM. ..yeah salam bersambut ukhuwah bertaut ..maka dengan itu juga, kita sebagai blogger sangat-sangat mengharapkan.. ya / tidak ?

korang jangan risau untuk join ; semua blogger adalah layak untuk menjadikan blognya blog terbaik . Ya ini adalah Pertandingan Blogku Terbaik ! klik banner tu..mudah ajer untuk join .

ada hadiah untuk anda yang betul-betul layak ; *menarik.

TEMPAT PERTAMA : RM500.00 TUNAI
TEMPAT KEDUA: RM300.00 TUNAI
TEMPAT KETIGA: RM100.00 TUNAI
DAN 10 HADIAH SAGUHATI DISEDIAKAN BERNILAI RM10.00 SETIAP SATU.




Kenapa Blog PCL [www.nazlee.com] TERBAIK dari Blog-blog lain ? ...meh nak cerghita sikit :)

Sebelum tu kenali siapa pemilik blog ini ;  Nazlee Ismail aka PakcikLie aka PCL Blogger. Berasal dari Parit Buntar Perak. Lebih suka dikenali sebagai Blogger PCL ; singkatan dari perkataan PakCikLie... ada seorang blogger yang memulakan panggilan tersebut iaitu Blogger SZ aka Puan Dr Suzie ; okay saya letak linknya.. terima kasih kerana mencetuskannya..

PCL bukan blogger sepenuh masa tetapi sedia memberikan komitmen jika dijemput ke majlis/event yang membabitkan blogger/media . * insya Allah jika bersesuaian.

Konsep blog PCL lebih kepada LIFESTYLE AND PARENTING BLOGGER, REVIEW,TRAVEL agent dan ADVERTORIAL .

Pemiliknya bekerja sebagai penjawat awam dan tinggal di Banting Selangor. Berkahwin dan mempunyai 2 cahaya mata putri benama miss Nina dan miss Hanis (model dan inspirasi untuk blog utama). Anda dijemput singgah baca dan komen di blog lain juga iaitu blog [http://gelagatorang.blogspot.com].    Gelagat Anda Diperhatikan di sana , terima kasih...blog tersebut baru sahaja diaktifkan,  namun Blog Utama saya [www.nazlee.com] adalah yang terbaik kerana ;

Terbaik kerana perkongsiannya... Entri  Blog PCL yang mana kebanyakkannya menyentuh lebih dekat kepada kehidupan kekeluargaan, masyarakat dan umum... dengan tema 'Jadilah Orang Yang Paling Bahagia' , 'Mencari Bahagia' dan seumpamanya tetang kebahagian dunia akhirat.

Prinsip umpama seekor lebah yang menyantap makanan yang baik dan mengeluarkan sesuatu yang baik pula. Bila hinggap di atas dahan , dahan tidak dirobek sama juga bila hinggap di atas bunga , bunga juga tidak rosak malah memberikan manfaat lagi. Prinsip dan konsep sebegini ditekankan untuk memberi kepuasan kepada diri dan juga pembaca yang setia bertandang.

Persembahan entri serius disampaikan secara santai mampu memikat hati pembaca , anda singgah selalu anda tahulah macam mana...

# saya tak malu kerana Blog PCL punya hala tuju .
# saya tak rasa kalah kerana Blog PCL perlu terus melangkah.



MEMERIAHKAN LAGI SUASANA BLOGGING ; JOM SERTAI KAMI SEBELUM TARIKH TUTUP PERTANDINGAN PADA 30 JUN 2014.