Tinggalkan jejak korang...ayat simple pun tak apa..


...bersiaran di luar kawasan kebiasaan @rumah kak ipar.... tapi best sini wifi laju. , dari tadi duk bau nasi lemak dari dapur...sejak dua tiga hari ni memang berlemak ...tak sempat nak ke gym or berjogging...habis la akuuu !!

malam ni ada jemputan #foodreview buffet Ramadhan plak kat Bangi , alhamdulillah....tulah kan , itu hari nak sangat...kan dah dapat...okay tu cerita malm nanti.

ni cuma nak habaq kat korang semua pembaca kat sini... perasan tak ?? kotak komen g+ blog ni dah tak kelihatan di sini.... sedih jugak la sebab aku sangat suka ping di google plus plugin niii...


Google plus comment box ...ada masalah?


nak bertanya , nak merujuk... nak mengadu serba tak kena...tak tau mana hala nak tuju....lantak lah nanti lambat sikit google ok lah agaknya...harapan positif la kan.

aku tak kisah sebab masih ada 2 lagi kotak komen yang korang boleh tinggalkan komen..bagi yang suka komen-komen di sini.

jadi sementara tak nampak g+ punya kotak komen...pembaca sekalian gunalah apa yang ada, kalau boleh jangan la jadi silent reader sangat...

#tinggalkan jejak korang...ayat simple pon tak apa..

ok bai !





Gila lah !


...dari semalam lagi..kereta aku tu susah sangat nak start, ...macam bateri weak tapi bukan itu masalahnya....dulu aku pernah tanya pada mekanik ...sesaja tanya sebab nak tau !  nah ..bila dah jadi tau la nak buat apa....

servis kereta dan tukar minyak enjin... sekali aku suruh pomen tu gantikan starting relay, estimate prise sebiji relay tu cuma rm30 lebih...kalau dah caj lebih rm50 memang nak kena dah...haha tu bagusnya kalau kita ambil tau sikit pasal harga pasaran barang-barang ni...termasuklah spare parts kereta.

hari ni jumaat kan, lepas solat tadi terus ke workshop ni... , servis dia cepat dan harga berpatutan ..., aku dah buat benda sama kat kedai servis lain ....tak sama, compare dengan kedai orang lama ni gak yang nampak bagus dari segi perkhidmatan yang bagi akau cukup memusakan...

Aku dah kena dulu, ada satu kedai servis ...yang buat servisnya bebudak belasan tahun muka baru pegang spanar...gila lah! , faham... budak tu cari pengalaman tapi harus ada supervisa yang memantau kerja dia.....ni main belasah ..takut aku tengok , last-last...2, 3 kali  aku kena repeat pi mai pi mai kedai dia sebab tak puas hati apa budak dia buat..... brake kereta boleh tetiba melekat tengah syok masa drive .. gila kau !..tekan pedal minyak  tapi kereta tak mau jalan..huh berpeluh !! ..marah aku kat tokey dia... boleh pulak dia marah balik kat kuli dia tu..tah apa2, kesian pulak aku tengok... godek sana-sini tup-tup mintak tambah caj lagi sebab ada barang lain kena tukar ..ceh memang aku tak pi dah kedai tu ! ..habis cerita lama...[bebel sambil tunggu kereta diservis...teringat yang dulu, sebelum ni punya]

 .. jumaat petang selalu macam ni la kebanyakan tempat kerja, pejabat sunyi especially pejabat kerajaan. !.....ramai yang 'ambil kesempatan' tinggalkan pejabat buat urusan personal ~ emergency , kepada sesiapa yang dah buat atau bercadang nak buat macam aku ni ....pandai-pandailah ya, walau boss tak marah sebab bos pun tak nampak batang hidung..tapi kenalah buat sesuatu yang berkat......biasanya aku buat macam ni ;

keluar satu jam...aku ganti masa dengan balik lewat sejam setengah...berbaloi tak, boleh kan ? hopefully..







Cerita pancing ...nak baca ke?

petang semalam lepas pukul 5 , bergegas aku balik kerja awal sikit dari biasa...mak aku tu dah 'gigil' tangan ...haha kan , jangan korang senyum ngata mak mertua aku pulak...dah itu hobinya ...biarlah asal dia bahagia. Dan semoga dia berbahagia selalu hendaknya..aamin .

port pancing biasa, ..air sungai Langat memang cantik (cantik tapi bukan boleh di buat minum ye..haha), memang ramai kaki pancing patin dah ready..., sesampainya kami di situ...nampak beberapa ekor patin dah naik kedarat...emm teruja aku tapi aku bukan nak pancing pun, lagi pun time tu dah nak petang bawa ke maghrib.. aku haya menjamu mata dan berbual ramah dengan kaki pancing saja.. sambil melepaskan gian mak aku dengan hobinya tu..

mak , dia... pancing ikan keli saja kat depan sikit.katanya kalau pancing patin sangkut 3, 4 kilogram seekor.. macam mana nak naikkan ke darat?....haha kan , mana daya tenaga umur 60an tu kan.


tengok tak..bilang tak berapa ekor kesemuanya ??... enam patin dan satu ekor keli...memang terbaiklah semalam punya ..., walau tak pancing bersama namun aku cukup merasakan kepuasannya.

sempat aku tanya kepada dorang ada petua ke...umpan best ke? ..Buah lakum kata salah sorang brader kat situ.. (kat dalam sungai ni banya ikan patin buah...so, makanannya pun buah-buahan la...antaranya yang selalu kaki pancing guna ialah buah yang hidup merayap di tepian sungai) ada juga yang guna umpan palet yang ditambah perisa wangi starwberi... memang ikan best pilih umpan pun yang the best. 

buah lakum..terbaik untuk umpan patin !
Kalau siapa yang alert dengan harga pasaran ikan patin....memang dia akan tahu patin mana yang terbaik . Raja segala ikan , pernah tersiar di akhbar Patin Buah dari Pahang Rm300/kilogram..huh tu dia !!

Patin di sini patin buah ke ?...sama ke spesisnya? ... hanya patin buah makan buah...yes ! itu jawapannya..
Terdapat dua jenis patin kat sini...patin buah dan patin biasa, kata orang-orang yang tau pasal patin... ekor merah tu patin buah dan yang kehitaman tu patin biasa...tapi kalau sangkut mana-mana pun dorang rembat jugak !




Lokasi : Belakang tapak pasar malam jln kunci air / belakang McD/ Banting

macam mana tak gigil tangan beb...tak kan tengok saja ...hahaha ada #kakipancing kat sini, jom la cuba sekali!

#sesekali lepas geram...mau tak jadi ke gym petang-petang dek penangan patin buah ni !
#bila dah lepas maghrib terus kami ke Steam Boat Malaya ~ dapat makan free :)





BR1M 2014 Rayuan ; Adakah anda masih menunggu keputusan?


Berdasarkan semakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), jumlah senarai penerima BR1M 2014 yang layak adalah seramai 1.7 juta pemohon pada saringan kedua.

Semakan boleh dibuat sejak Mac lalu di LHDN berdekatan, info dapat dari kenyataan Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah pada bulan Mac lepas lagi.

Adakah anda salah seorang daripada penerimanya? atau....anda sudah hilang keyakinan untuk mohon rayuan bagi mereka yang berkelayakan. :)

kalau itu sudah tertulis rezeki anda ...apo nak di kato layii !!

Bagi yang berjaya TAHNIAH ! ~ pembayaran telah dibuat secara berkelompok , dikhabarkan sekarang ini adalah untuk kelompok #5

Sekali lagi, .... kalau pemohon yang tak tahu mana nak semak keputusan, buatlah semakan anda ke kaunter LHDN berdekatan . ok.

Semoga anda yang berkenaan tidak terus ternanti-nantikannya..BR1M !

model blog Jun2014 ~ pcl