Keharmonian dipupuk ; perbetulkan keluarga sendiri .

Dalam abad ini, kemajuan sains dan teknologi menjadi tunggak sesebuah negara. Kecintaan kepada material seolah olah sudah merangkum kehidupan yang unik dan serba mencabar. Kerana kemajuan yang semakin pesat menjadikan setiap kita semakin ghairah mengejar kebendaan, menuju ke satu pencarian yang tidak ada batas sempadannya.

Kecintaan kepada material menjadikan kita lupa bahawa cinta hakiki kepada Tuhan Pencipta, kepada diri sendiri dan kepada keluarga akan semakin tipis dari hari ke hari.

Peperangan yang menggila, permusuhan sesama saudara, pencemaran udara global, perkahwin tanpa nikah, hubungan seks sesame jenis sepertinya sudah membelakangkan fitrah manusia sejagat. Fitrah yang sebenarnya bagi insan di dunia ini adalah bersifat mengasihi, menyintai sesama insan secara rasional tanpa pengaruh luar yang kotor dan membinasakan.

Tanpa kawalan dan tanggungjawab yang berat semuanya akan menjadi melarat, maka tanggunjawab ini terletak pada kita semua, kita harus meneliti dan mengkaji dari semua sudut untuk kesejahteraan bersama.



Ibu bapa mengeluh mengapa anak-anak mereka terlibat dengan kegiatan yang kurang sihat. Melarikan diri dari rumah, merokok, menagih dadah, melacur, melawan cakap orang tua malah yang lebih sinis di masa ini ialah….menganggap ibu bapa mereka lebih kolot , tak sporting langsung !. ~ nauzubillah.

Ketika inilah setiap ibu bapa harus dan mesti menoleh ke belakang untuk mencari sebab di mana silapnya, di mana punca segalanya. Apa yang harus direnungkan sekarang adalah gejala pengaruh luaran yang begitu menusap ganas datang dari pelbagai arah …dahulunya negara barat dan kini tidak kira lagi arahnya semuanya berpengaruh begitu bebas berleluasa.

Pelbagai peringkat umur sama ada berpelajaran rendah atau tinggi, bekerja atau menganggur, apa lagi golongan yang jahil, … semuanya berkapasiti tinggi untuk dipengaruhi. Moral dan akhlak tidak punya erti apa apa, tanpa usaha penekanan yang gigih dan memeliharanya maka kita akan sedikit demi sedikit merobohkan kubu kehancuran bangsa kita sendiri.

Pendidikan agama dan akhlak mulia tidak boleh dianggap mudah, terutama di masa kesemua kita sedang sibuk mengejar kemajuan ekonomi dan kemewahan hidup yang lebih bergantung kepada kebendaan.

Sebelum semuanya menjadi suatu yang merugikan, kita harus meneliti dari segala segi terutamanya keluarga kita sendiri. Keharmonian dipupuk bermula dari rumah..kita perbetulkan keluarga kita sendiri.

Seseorang itu tidak kelihatan bahagia jika anak-anaknya derhaka dan rumah tangganya kucar kacir , tidak ada gunanya menyalahkan orang lain , kita perlu meneliti dari mana punca segalanya.

#...Tidak ada dalam kamus kebahagiaan kecuali satu kata iaitu REDHA dengan ketentuannya.





Syahdunya takbir raya sebelum tiba waktunya...

"Allahuakbarullah....huakbarullah...huakbarullaah huakbar , Laailahaillahuallahuakbar... Allahuakbar walillah hilhamd .."

sedih pulak bila alunan takbir dilagukan ..., aku terselit di situ memenuhkan korum, agensi mahukan empat puluh orang terdiri dari staf dan juga wakil orang kampung termasuk imam masjid.

testing suara dilakukan ; ... aku sesaja buat tak cukup nafas...takmo duduk saf depan jadi lead nanti wakaka..


beberapa kali pusingan alunan takbir dilagukan..maka dengan keakhirnya aku gagal jadi lead..  yes  !

#..masa minum petang..selepas kejadian tu... aku diminta backup Dr Kp, ...kena paksa.., kena buat juga jadi lead yang ke empat selepas imam ...wahhh , kena jugak !!

ye memang kena la...kena praktis dengan imam masjid bagi mantap lagi vokal ! , kebetulan orang masjid mengenali aku..so, akulah calonnya ...

#harap-harap Dr KP boleh takbir nanti tak la aku kena gantikan beliau...aku sekadar jadi jemaah je kat belakang ..bole la...kan .

Rakaman sebenar pada 12/6 ; 10 pagi bertempat di Studio Jakim, Putrajaya. Nantikan kemunculannya @RTM.








Awak suka perhatikan saya ?

assalamualaikum..

..jangan kita berfikir bahawa di dunia ini ada orang yang hidupnya sempurna sentiasa , kalau kita sedang duduk sesaja di khalayak ramai..perhatikanlah gelagat orang di sekeliling kita...perhati dengan maksud dan niat untuk muhasabah diri...

ada orang yang mempunyai rumah, tetapi tidak mempunyai kereta (mungkin alasannya dah banyak habis duit bayar hutang bulanan)..namun ada juga sebaliknya ada kereta tapi rumah belum mampu miliki....terpulang atas kepentingan dalam diri sendiri.

Ada orang yang mempunyai isteri tetapi belum tentu mempunyai pekerjaan yang tetap (kahwin dulu ; yang penting bahagia perlu dicari....).

Ada orang yang mempunyai nafsu makan yang membuak-buak tetapi kadangkala tidak mempunyai makanan dan ada pula orang mempunyai makanan tetapi dilarang memakannya..

Jadi, dalam mencari kesempurnaan , kita seharusnya mendapatkan redha Allah swt.

#sebaik-baik harta yang anda miliki adalah yang dapat memberikan manfaat dan sebaik-baik sahabat adalah saling memberi peringatan kepada kebaikan wallhualam.





Buka Puasa Buffet Ramadhan kat Bangi ..cari Bangi Golf Resort Restaurant ok !



..serius memang rasa telur rebus separuh masak yang biasa dimakan ! , namun tetap ada kelainan yang sangat  menakjubkan dengan citarasa menarik ..ini lah antara menu yang menjadi daya tarikan para bloggers yang hadir untuk jemputan #foodtasting  #Foodreview Buffet Ramadhan semalam di  Bangi Golf Restaurant, Bandar Baru Bangi Selangor .

dengan klik hastag berikut anda juga boleh melihat gelagat bloggers buat review berkenaan hari kejadian.. #bgrmakan #BGRmakan  ~ anda harus tidak melepaskan peluang untuk merasainya di Bulan Ramadhan akan datang, ...bawalah keluarga/kawan-kawan ke BGR's Buffet Ramadhan . ~ Buat tempahan dahulu sebelum ke sana, kalau tak....lepas maghrib belum tentu boleh dapat duduk kerana tempat duduk/meja kebiasaannya pada tahun-tahun sebelumnya sentiasa penuh dengan pelanggan datang dari berbilang bangsa.

aku tak sempat nak review semua makanan sebab lapar..dan tak sabar nak merasa menu terlampau lazat ! duduk semeja bersama keluarga bersembang sambil makan-makan serta mendapat layanan baik oleh staf BGR. 

~Bloggers pon sempoi..layan makan dan beramah mesra !
~Menu Kambing Golek jadi rebutan..itu biasa lah.... kan :)
~kemudahan surau tersedia , yang pasti semestinya selesa !

Telatah mencuit hati oleh Chef Kamaruddin membuatkan suasana begitu meriah. Keramahannya begitu memikat hati... Beliau beri jaminan tentang HALAL, "Halalan Toyyiban" semua jenis menu yang dihidangkan..anggaran jumlahnya melebihi 200 menu pilihan kesemuanya dijamin halal...tudiaaa! Harga bermula pada Rm50 untuk dewasa dan Rm25 untuk kanak-kanak.

Tempahan & Pertanyaan :

Ani (supervisor) 013-2372331 ; Nurul : 019-9630568 ; Farah : 011-2832473 
atau 03-89253728 , website : http://www.bgrrest.com

GPS Coordinates : 2.95716N, 101.76518E

~p/s ..aku guna waze terus sampai depan lobi...datang awal sangat aku park bawah pokok hujung-hujung sikit.. then, ada pulak bloggers skodeng wakakaaa !! 


Terima Kasih daun keladi.
Jemputan blogger oleh Ms Catherine/ PR & Marketing Associate FoodCult (m) Sdn Bhd.