Mengajak pergi ke masjid mencari rahmat Allah swt..


Assalamualaikum wbt..muslimin dan  muslimat !

...orang yang selalu terlibat dalam kegiatan masjid akan memperoleh nilai dari ayat yang muhkamat, memperoleh teman yang lurus, ilmu yang benar, rahmat yang ditunggu-tunggu, memperoleh kalimah yang bermanfaat dan mendapat taubat yang tulus..,  oleh itu dekatilah masjid dan orang-orang di dalamnya..

Mengajak anda dan diri ini pergi ke masjid mencari rahmat Allah swt ; mendekatkan diri kepadaNya .

Ramadhan semakin hampir , ramai dikalangan kita akan memanfaatkannya untuk memulakan perubahan dalam diri terutamanya sesuatu yang ke arah  lebih baik dari sebelumnya..

Kalau siapa yang masih belum ada permulaannya, mulakan lah hari ini...kerana setiap perubahan itu perlukan permulaan. Jangan bertangguh...kelak diri sendiri yang rugi , ..beribadatlah selagi badan punya kudrat masih sihat dan kuat.

Jagalah perintah Allah, perkenalkan lah diri kepada Allah,  ketika kita dalam keadaan longgar nescaya Dia akan mengenali pada saat kita dalam kesusahan. Minta lah kepadaNya.

Jadilah orang yang bahagia.., orang yang bahagia adalah orang yang mengambil pengajaran daripada hari kelmarin, menghalang dan mengawasi terhadap diri sendiri, menyiapkan diri untuk alam kubur dan selalu berasa diawasi oleh Allah baik pada saat terang terangan mahupun tersembunyi..

wallhualam.

program tazkirah ini tidak disiarkan di mana-mana chanel tv ...harap maklum !






Selfie bersama Angah Judin dalam program rakaman takbir raya ..

..ada juga rakan se agensi merangkap rakan blogger aku di program rakaman takbir raya JAKIM/RTM pagi tadi..., sempat berselfie dengan Angah Judin, mungkin ramai geng blogger terutamanya KBBA .. (Kelab Blogger Ben Ashaari) sudah mengenalinya.. Beliau bertugas di kampus di Kuala Lumpur.

PCL bersama Angah Judin
pcl di depan bersama staf Angkasa
Angah Judin ...juga di depan bersama staf Angkasa

..pagi lagi dari pejabat Angkasa, Banting menuju ke JAKIM, Putrajaya...sampai kira-kira pukul 9 lebih...sarapan dan touch-up muka lebih kurang oleh  juru make-up..terus kami ke set rakaman..., tak mudah rupanya 'kerja' dorang... kena banyak kali testing...tapi segalanya berjalan dengan lancar..

Vokalis mengetuai takbir raya hanya diperlukan dua orang sahaja... seorang dari Imam Kampung (Kampung Sungai Lang Tengah, Banting) dan sorang lagi Ketua Pengarah ANGKASA..., back-up  tak dapat mangalunkan suara , hanya sekadar back-up sahaja :(   ...penat test vokal dalam kereta sorang-sorang dari semalam lagi..kah..kah.. ;)

Apa pun semuanya berjalan seperti yang dirancangkan...bagi yang hendak menyaksikan di TV siarannya adalah pada malam (hari Raya) ..raya puasa dan juga raya haji turut disiarkan berulang kali kata penerbit..di RTM ye.. :)

Program tamat sebelum 12pm dan kami dijamu makan tengahari sebelum balik ke pejabat .






Semangat nak Takbir !

..ye awalmya pcl sampai opis pagi ni.. okay, hari ni ada rombongan Raya ke JAKIM, ..program rakaman Takbir Raya !


semangat tu terlebih..macam nak pegi nikah pulak !. mamaD pepagi dah pos wall fb dia.. "..butang baju abang mana pah ?" hahaha...macam bisalah kan..selalu baju butang tak kejumpaan pepagi ni.. well..

ok bai ...



Fahami minat pasangan anda ..

haa tengok tu model payung merah....

...hokkay !...takde nya model model.. , sebenarnya aku nak bagitau yang kami ni tengah bersantaian ditepian sungai... Sungai Langat yang banyak dalamnya terdapat ikan patin. Inilah moment semasa menanti ..., menanti dengan kesabaran yang tinggi , bila lah mata kail nak disambar patin...

Model Payung Merah ...tak boleh belah !!
fahami minat pasangan anda ...insyaAllah.

....bila petang sikit membawa ke malam barulah satu per satu joran mengena , bila dah 'mengena' kegilaan terus melanda...

#kakipancing memang takleh tido malam asyik teringat jer bila nak sembat joran lagi !

#masa-masa sebegini lah kena bawa isteri...biar dorang tau / saksikan macam mana...dan tak lah membebel jika sekalipun mereka tak berminat.

#fahami minat pasangan anda ...insyaAllah.




Lokasi : Sungai Langat , Banting  (belakang tapak pasar malam) .