Baju nipis nampak bayang ..

Allahuakbar !

...Aku suka membelek-belek fb kepunyaan seorang guru/cikguku ;  ..antaranya telah copy paste berkongsi di sini..harapannya agar jangan sampai ada (sesama kita)  yang mementingkan diri tanpa menghirau situasi sekeliling dan keadaan semasa...

versi pantun ..

BAJU NIPIS NAMPAK BAYANG,
PEHA GEBU SAJA DITAYANG,
LEBIH BAIK TAK PAKAI BAJU LAGI SENANG,
DAH TENTU BOLE TUNJUK TERANG TERANG

BAJU KETAT SELUAR PULAK SENDAT
PAKAI TUDUNG PULA JUST IKAT IKAT
DARI MULA MEMANG SANGAT BUKAN ADAT
DI SUDUT AGAMA PUN GAYA TAK BERKAT

TUDUNG JARANG BAJU NIPIS,
PAKAI SIKIT BOLE NAMPAK "GARIS',
MATA ORANG TERBELIAK, KITA MEMBENGIS,
BILA KENA KUTUK, KENAPA MENANGIS?

LENGAN PENDEK, BLAUS GANTUNG,
JEANS KETAT MELEKAT DI PUNGGUNG,
JADI ORANG ISLAM NI SEBENARNYA BERUNTUNG,
AGAMA TAK PENAH SURUH BERBUNGKUS MACAM POCONG

APA RASANYA, KEPALA BERTUDUNG, KAIN TERBELAH?
KALAU TAKAT RAMBUT ORANG KURANG GHAIRAH,
LAIN KALAU PEHA GEBU, ATAU TERNAMPAK LURAH,
MATA YANG MEMANDANG BOLE KELUAR DARAH

KEBAYA KETAT, KAIN TERBELAH,
IKAT TUDUNG PULA MACAM TAK SUDAH,
NAK IKUT SURUHAN AGAMA MEMANG TAK MUDAH,
TAPI ISLAM ITU SEBENARNYA TERLALU INDAH.


# ..yang dah terbaca tahun-tahun sebelum ni ..harap azam mereka ada penambah baikan.
# ..yang baru terbaca, macam aku ni ...sesamalah membaiki diri ; baru masuk hari kedua kan, ..tak sempat lagi ke sana kan .


..teringat akan kata-kata al-Ustaz yang dijemput memberi tazkirah bulanan di sini ;  katanya...
 " saya sudah 2 tahun tak pergi ke bazar ramadhan..., kalau boleh la kita sesama cuba mengelakkan.."

*semuanya bernafsu nafsi belaka , sebab kat situ dah macam pesta..; pesta makan melimpah ruah , pesta fesyen menjolok mata !

perkongsian ini bukan untuk berkempen supaya jangan pergi bazar... tapi,  semua kita berharap kepada orang-orang yang 'mengimarahkan' bazar ramadhan tu (muslimin/muslimat khususnya) lebih peka dengan tuntutan agama kita.

------------------ ;; -----------------------

Q ; macam mana saya nak cari keperluan berbuka puasa?
A ; tepuk dada tanya iman, kalau boleh jalan tundukan pandangan ; mata tutup (pegang tangan isteri) ... :)

Q ; kaw mampooo ?
A ;  insyaAllah.. cuba la dengan berazam .







Memang dah lama dok perati jer..


Serius nii...pcl belum cuba !!  ; memang dah lama dok perati jer...geng blogger minum susu kambing Nutri Goat Miracle 8 dengan gaya dan caption memikat hati di Fb dan Ig mereka..teruja pon ada..tak sabar tunggu sahur esok...

Minggu lepas lagi susu tersebut dah berada di tangan pcl namun...hari ni baru dapat green light untuk mulakan projek minum susu (sahur esok) ...

tunggu lah.. pastinya ada kebaikan mengamalkan minuman/makanan sunnah nabi di bulan Ramadhan mulia ini.

instagram @nazleeismail








Perancangan Ramadhan; Gandakan amalan dengan bersedekah.


..maaf ye kawan-kawan yang singgah sini ; aku harap apam balik gambar bawah ni takda lah sampai membuatkan anda terleleh air liur..haha..

Apam Balik jer Ponnn  !!  sabar ea..


Sedekah apam balik pun OK apa..!


tazkirah subuh tadi, aku nak berkongsi di sini semoga memberikan manfaat kepada kita semua insyaAllah..

tazkirahnya macam ni , aku tulis balik apa yang aku faham dari penyampaian al ustaz .. ;

"dah mula ramadhan ; mulakan dengan perancanga buat sedekah dalam diri setiap orang..., setiap hari mesti ada sedekah yang mesti kita akan buat, ..."

ustaz bagi contoh ; dengan beli / buat apam balik hari ni (sebelum berbuka) kita bungkuskan dan singgah ke rumah jiran tetangga , berikannya sebagai juadah untuk berbuka.. , kalau jiran kita tu kaya raya dari kita..kita kata padanya "ini hadiah dari saya" , untuk jiran dikalangan asnaf/miskin/sama dengan kita.... kita kata "ini sedekah untuk juadah berbuka" ..

Perancangan kita adalah untuk mendapatkan pahala sedekah (memperbanyakkan amalan/pahala) iaitu dengan mengharapkan setiap orang yang berpuasa itu makan dari hasil pemberian kita tadi ...pahalanya akan dapat kepada kita. (memberi makan orang yang berpusa itu besar pahalanya). Kalau seisi rumah tersebut memakannya..alhamdulillah .

pss... ; kita ni bukan tahap Wali Allah  ; itu pasal setiap apa yang kita buat adalah hanya mengharapkan pahala dari Allah swt untuk di bawa ke mati.. ; para Wali Allah , mereka beramal semata-mata untuk mendapatkan keRedhaan dan Rahmat Allah swt...jauh beza dengan kita-kita yang biasa ni.  wallhua'alam.

okay...nanti, kalau la ke bazar ramadhan...beli lah untuk jiran sama :) . Tak perlu beri banyak/mahal...namun ikhlasnya tetap ada.

kalau masak sendiri laaagi bagus !

#perancangan hari ke hari dan kalau boleh biarlah berterusan ..target banyak mana anda mahu bersedekah ?, hanya anda yang tahu !.





Kisahnya Hanis dan Nina..

Hanis tak banyak cakap orangnya..bila ada kakak nina di rumah buat dia nampak ceria ...kalau tak susah nak dengar suaranya, dia akan cakap bila perlu saja...

..dua putri kami , nina dan hanis berpuasa bersama di hari pertama di rumah ; petang semalam sibuk je ajak jalan-jalan cari makan..macam lah sebelum ni tak pernah makan luar..haha kan saje je !

...ramainya orang di pasaraya ..tempat-tempat makan sesak ..memasing macam nak lepaskan nafsu makan siang hari terakhir Sya'ban yang berbaki sebelum 'diikat'  sempena bulan mulia Ramadhan tiba...macam gitulah nampaknya..

Lepas berbuka kat rumah malam nanti , nina akan balik ke asramanya...tinggallah hanis sorang-sorang...takdalah gurau senda mulut bising dua beradik ni..

#Salam 1 Ramadhan .