Seronok bila jumpa sahabat lama..

Sudah lama aku plan nak jumpa dia..mula bersahabat sejak masa kami sama sama ambil kursus elektrikal di SM Vokasional Nibong Tebal , Pulau Pinang.

Kalau bukan melalui medium fb muka buku mungkin susah sikit nak bertemu kembali sahabat lama...ini adalah dari suatu sudut positif yang bermanfaat.

Okay, sahabat aku ni namaya Mohd Huzairi ; kurus tinggi..dan baru tadi jumpa dia di rumah.kenduri..masih sama seperti dulu....tak nampak tua tapi lebih 'bertenaga'..anak sulungnya sudah berumur 19 tahun..kahwin muda jugak tu....hihi.

P/s..teringat apa yg ustaz katakan di kuliah subuh tadi ; kita digalakkan istiqamah mendirikan solat sunat rawatib selama lebih 40 hari untuk melihat perubahan kepada diri kita terutamanaya berkenaan kesihatan tubuh dan awet muda.. di samping amalan wajib dititikberatkan.

Aku rasa beliau mengamalkan seperti apa yang ustaz perkatakan...ada nur diwajahnya..alhamdulillah.

Beliau kini meneruskan bisnes keluarga iaitu Perniagaan Sinar Hijrah ; menyediakan perkhidmatan haji dan umrah.

Last masa nak balik...aku cakap kat dia supaya mendoakan sahabat supaya mendapat seru lambaian kaabah sebelum kami melelapkan mata.

Insya Allah.

Psst...suka bila jumpa sahabat yg berjaya dalam kehidupannya.



Pendaftaran Untuk Badal Haji dan Umrah..

Salam ..

SHARE INFO DARI SAHABAT SAYA... sila klik gambar untuk nampak lebih jelas.



Bukit Mertajam, Taman Guar Perahu ; Majlis akad nikah sepupu pcl..

Assalamualaikum..

Kami meneruskan aktiviti Syawal ke 5 dengan berhari raya dan menghadiri majlis akad nikah sepupu pcl di Taman Guar Perahu , Bukit Mertajam Pulau Pinang.

Majlis bermula lewat petang ; Tuan Imam selaku Kadhi yg bertugas sibuk dengan jadual yang bertindih...janji lepas solat Asar, jam 6pm baru majlis berlangsung..

Pengantin perempuan adalah anak kedua daripada 2 beradik kepada makcik pcl ...sama dengan anak2 kami yg dua orang tu..kiranya ni majlis kerja kahwin last..lah!

Nama panggilan pengantin ; Yus...Yusra Mohd Fauzi dan suaminya orang Kulim Kedah.

Pcl belum sempat berkenalan dengan pengantin lelaki.., so belum mesra lagi gitu...insya allah pelan..pelahan.

Khabarnya ada seorang Blogger di kalangan ahli keluarga pengantin lelaki..sempat bertegur dari jauh ; blogger Zie, @ sayangkuZie.

Itu pun pcl confirmkan dulu dengan my aunti blogger KNor.

Ok , ada beberapa gambar untuk tatapan pengujung blog ni....layan.

Psst...lama menunggu ,.selfie la dulu haha..kan!



RAYA PERTAMA SELEPAS BERGELAR SUAMI ISTERI...

Assalamualaikum..

Salam pagi Syawal ke 5 hari ini, salam jumaat yg mulia juga...

Ingin menjadi suami soleh isteri solehah kena la biasakan bangun awal pagi walaupun kala cuti masih berbaki.

...dah terbiasa bangun awal , sediakan sarapan keluarga...insya Allah berkat dariNya akan mengiringi bahagia dalam kehidupan kita.

Okay ni pcl nak cerita sikit pasal pengalaman sambut tetamu di rumah sendiri raya pertama sebagai suami isteri...

haha jangan la eksited sangattt..
Cerita biasa je ponn.

Jadi pengantin baru , dah duduk rumah sendiri harus la kan didatangi tetamu lebih2 lagi keluarga terdekat..

Orang baru segalanya baru ...kuih raya memang tak ada, tak sempat nak beli jugak..haha memang tak boleh fikir lagi apa yang perlu ada dan patut ada..masa tu kami muda sangat *kawin muda hihi.. gatai .

Tetamu datang mengejut saja nak buat gempak ! Hurmmm memang kena gempaq laaa..ramai penuh ruang tamu...duduk bersila , almaklum dan paham la kan.

Pening dah kami laki bini nak hidang jamu makan apa? Stok dapur memag tarakkk..

Untung kuali besar ada..boleh la buat goreng sesuatu untuk makan.

Kami laki bini mesyurat pantas kat dapur..., mamaD punya idea bagus dan sempoi...

Aku mintak diri nak ke kedai beli sesuatu..., setengah jam kemudian balik dengan muka manis dan laju masuk terus ke dapur.

Tung tung tangg..tung tangg !!..siap sudah.

"SEDAP BIHUN HANGPA GORENG NI..."  komen berbunga dari depa semua yg makan..

Psst..la ni baru bukak cerita kat sini ; bihun tu tapau dari kedai mamak dan kami sepakat menggoreng 10pack bihun tu semula bagi nampak real dapur berasap! ..kekononnya kami la yang buat semua..

Psst lagi....depa puji dapur kami BERSIH .

Sampai sekarang ni....... bila nampak bihun goreng di hari raya mesti teringat kisah lalu...

Anda pernah buat ? ..tak perlu la ungkit cerita kat mertua..buat malu muka je nanti...khik khik khik.