Lelaki memang tak kisah baju berkedut seribu ; anda juga?

Pagi kelmarin bersiap² nak ke rumah terbuka raya kawan merangkap boss..Dr Kay namanya.

Memang plan baik punya nak penuhi ke semua  jemputan rumah terbuka..antaranya di kalangan keluarga ; sepupu di Rawang, kawan lama di Seremban dan juga rakan blogger Damansara @ruby.com.

Nak jadi cerita..macam tak ada rezeki kami ke sana sini beraya,  kereta buat hal pulak. Untung ada jiran (mama Laikha) nak tumpangkan kebetulan sama nak ke rumah Dr Kay di Enstek Sepang..yang lain² tempat terpaksa dibatalkan..maaflah ye..harap yg berkenaan tu faham dengan situasi kami.

Okay..habis bab tu, ni nak cakap pasal pemakaian lelaki ke majlis..

Bagi aku tak kisah, tetapi sesetengah pasangan mereka sangat kisah tentang penampilan..

Soalannya..adakah anda juga kisah?

Kita lelaki, asal sempoi sudah...nak jaga hati pasangan ..ikutkan , ada bagusnya jugak..tak adalah nampak selekah selalu...

Selekeh dan sempoi tu dua perspektif yang berbeza dari segi mengayakan pakaian bagi lelaki...kadang aku sendiri tak faham.

Dalam fikiran kita ingat dah okay ! ..kan.
Tapi...tak semestinya di mata isteri kita..

Kesimpulannya...bagi lah dorang komen sikit tentang apa yang kita kenakan semasa menghadiri majlis tertentu..

Kiranya..seperti penasihat imej peripadi lah..

Tengok gambar yang diselitkan...baju aku berkedut seribu...haha, selamber je...baju memang jenis macam tu..

Tengok gambar baru perasan... ya Allah, berkudut² !



Kehadiran sahabat lama : Zainal Fahmi Hashim

Sesuatu yang tidak disangka.... setelah bertahun tahun tidak berjumpa, raya kali ini banyak menggamit memori lama.

Melalui sembang grup whatsaap bekas sekolah menengah..patutnya kami telah berkumpul di perjumpaan raya masa raya ke tiga lalu..namun terdapat kekangan maka ramai yang tak dapat menghadirkan diri..

Zainal Fahmi Hashim adalah sahabat aku sebilik di asrama masa tingkatan 1 hingga 3, selepas dapat keputusan SRP memasing memanjangkan langkah ke sekolah baru..selepas kami pernah bertemu sekali secara tak kebetulan di Sg Petani lebih kurang  7 tahun lalu..

Ini lah pertemuan terkini... Fahmi selalu datang ke Banting sejak dia berkerja di Melaka...datang ke sini sekadar menziarah keluarganya . Tak tau pulak ada kawan lama pun tinggal dan kerja kat Banting ni..

Semalam...dah dapat  tau Fahmi nak datang Banting terus aku ajak singgah beraya ke rumah kami. ..

Inilah peluangnya kami bertemu dan berkenalan dengan ahli keluarga memasing.

Yang menjadikan lebih meriah...keluarga ipar juga dan mertua sekali join...*terkejut jugak..ramai datang ! ..rezeki tetamu ..alhamdulillah..dapat menjamu apa yang tersedia.

Fahmi dah punya 4 orang anak permepuan..comel² kesemuanya.

Inilah gambar gambar #selfie sebagai kenangan..moga ada kesempatan lagi di lain masa insya Allah.



Makan jenuh baq ang...!

Petang tadi (semalam) ada makan makan sempena sambutan Raya bahagian..

Konsep pot luck, makan jenuh baq ang !..bab makan ok ...memang best tapi satu part lagi... meraikan sahabat handai yang menyambut hari jadi bulan Ogos.

Aku terselit sekali lah.. layan gambar dua tiga keping..

Raya ni juga untuk...sambutan bagi yang selesai berpuasa enam Syawal...Tahniah..semuanya berjalan lancar..

Minggu depan , Isnin..ada lagi..makan lagi..Raya lagi...peringkat Angkasa !

..besok pon ramai yang menjemput...maaflah kalau tak dapat memenuhi jemputan tuan puan rakan juga kenalan blogger.


HAPPY BIRTHDAY TO ME :)

Salam dan selamat berhujung minggu...



Limited Time Offers ~ IKEA SISAN (store in shape as new)




ehh...rancak pulak nuffnang bagi CPUV, ..kot memang rezeki blogging aku dua tiga bulan kebelakangan nih...alhamdulillah.

menda nampak sikit, tapi lama-lama boleh jadi membusut...arr nampak ! , kita layan aje..Terima Kasih Nuffnang.com.my.

Limited Time Offers ~ IKEA SISAN (store in shape as new)