Jaga anak kecil mahupun jaga anak yang sudah besar hakikatnya sama saja.


Kesian kat anak bongsu aku ni, Hanis Umairah si pipi merah menahan sakit bila doktor cuci nanah pada jari tangannya.

Hanis ni alahan kepada makanan laut, memang perkara nak jadi berulang hanya dengan izinNya jua.

Selepas dressing, hanis menunggu ambil ubat.

Dua tiga hari ni susah sangat nak ikutkan kemahuan menu makan dia, dah tau tak boleh makan sotong, udang, kerang tapi masih ketegar juga nak  makan.

Kesian dan menurut kemahuan anak punya pasal, ginilah jadinya tapi redha takut nanti kempunan makan lagi payah.

Jaga anak kecil mahupun jaga anak yang sudah besar hakikatnya sama saja.

Kecil cara budak kecil dengan keletahnya anak itu. Sudah besar pulak kena memahami kehendak mereka. Kena peka dengan keadaan semasa.

Bukan mudah melayan karenah anak, ingatlah ; begitu juga ibu bapa kita.

Sentiasa ingat jasa ibu bapa supaya kehidupan kita mudah diberkati dan mendapat rahmat Allah swt. Insya Allah.






Roti canai banjir !


Menyorok apa? *bahasa orang utara

Okay, assalamualaikum ! , sarapan apa pagi ni? , aku teringin lama dah nak makan roti canai Melayu kuah banjir, selalu mamak aje.

Masih lagi harga Rm1 sekeping dan
Kalau nak yang harga 0.80 sen pun ada
 (kedai Melayu kampung)


Pagi semalam bersama mamaD, roti banjir kuah dal campur sambal, memang mengenyangkan sampai ke tengahari.

Makanan orang Malaysia , dulunya pagi saja sekarang ni tak ikut masa, bila-bila teringin pergi je restoran mamak insya Allah tak menghampakan.

Nak sedap lagi, makan kat kedai jangan tapau. Makan masa roti masih panas dan sila amalkan minum air suam perahan limau selepas itu.

Menu terbaik selain nasi lemak, tetapi berwaspadalah jangan diamalkan setiap hari, sebulan sekali memadai untuk melepaskan rindu tekak sendiri.








Cabaran 30 Hari [Hari 1]: Gambar Terbaru dan 5 Fakta Tentang Diri Anda

Okay...jangan kalut,  nak ajak korang pembaca blog ni mungkin tak sempat...hanya ada beberapa minit lagi nak tamat tempohnya hari ini jam 12 tengah malam.

Sebenarnya aku yang kalut tapi ia tidak termasuk dalam 5 fakta yang aku nyatakan selepas ini.
Ini adalah game blog Cabaran 30 Hari dan jika anda mahu mengikuti hingga ke akhir, sila singgah setiap hari kerana ada 30 hari untuk anda mengenali penulis blog ini :

Nazlee Ismail PCL. #kelabbloggerbenashaar

[ Hari 1 : Gambar Terbaru dan 5 Fakta Tentang Diri Anda]

Aku nak kongsi 5 fakta tentang diri yang dalam gambar tu ;

1. Seorang yang pendiam, bercakap bila perlu terutamanya tentang pergaulan seharian. Tetapi mudah mesra bila sudah saling mengenali.

2. Tidak suka ambil pusing tentang perkara yang remeh temeh terutamanya dalam pergaulan seharian.

3. Suka bersedekah terutama dalam bentuk senyuman dan mengur dengan ucapan salam terlebih dahulu.

4. Lebih utamakan yang lebih utama iaitu, perihatin dengan tuntutan agama, keluarga dan negara.

5. Tegas dalam membuat sebarang keputusan.

Sekian.


Entri berkaitan :


Kerja keras !

Bangun pagi tadi rasa lenguh seluruh badan, rupanya ini kesan kerja keras hari Sabtu lepas. Badan tak pernah dilasak dengan kerja buruh ; memang terima habuannya.

Hari ke 3 baru terasa kesannya, untung mamaD ada membantu ; ingatkan tangan wanita ni cuma kuat goncang buaian saja.

Laluan kereta nak masuk parking bawah porch dah tinggi, sangkut bahagian bumper, jadi aku kena usahakan buat *'gone' macam dalam  gambar.

*panggilan bagi orang utara.

- Kerja kuat ; berjaya nampak hasilnya puas hati, sebab kita yang buat sendiri.

Kerja kuat ampu sana, ampu sini, menindas orang lain hasilnya tak kemana.

Cuba aplikasikan dalam dunia kehidupan moga ada berkat dalam mencari redha Allah swt.