Raya Korban Nina & Hanis


Nina dan Hanis, dua beradik 'melayan' cuti hari raya di sekitar luar kediaman dengan bergambar selfie.

Nampak dorang bosan tapi nak buat macam mana dah tak balik beraya di kampung halaman.

Nasib ada juga jiran dekat-dekat sini pon tak balik, boleh juga kami berbalas kunjung ziarah.

Hari Raya Haji biasanya tak semeriah Raya Puasa, tapi itu lah ... kanak² remaja tak tau pulak. Memang terasa sunyi dan berbeza suasananya berbanding tempat sendiri.

Tengoklah gelagat mereka ;

HUSNINA

Hanis & Nina

Nina & Hanis

Akak Nina

Adik  Hanis



Kelab Blogger Ben Ashaari




Selamat menyambut Aidil Adha dari #kelabbloggerbenashaari


Selamat Hari Raya Aidil Adha  #kelabbloggerbenashaari !!!!

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar walillahilhamd.

Sempena Hari Raya Aidil Adha ini,  PCL sekeluarga termasuk keluarga Kelab Blogger ; #kelabbloggerbenashaari dengan rendah diri memohon kemaafan atas segala dosa samada yang sengaja atau tidak disengajakan, yang nyata dan yang terhalang.

Aku hanya insan biasa yang tak lekang dari melakukan salah dan silap semasa menulis serta berkongsi di blog ini.

SELAMAT HARI RAYA KORBAN, dan hayati pengertian ibadah korban itu dan mengambil pengajaran dari kisah pengorbanan nabi Ibrahim a.s. dan nabi Ismail a.s.

Salam buat semua pengunjug blog ini. Semoga dipermudahkan segala urusan kita.

Kelab Blogger Ben Ashaari




Berkorban Apa Saja ..


Dilema balik kampung beraya, hurm..dulu cuma tengok dalam drama tv aje.. sekali dah kahwin memang kena batang hidung.

Ayah mertua tanya balik bila?
Mak sendiri di kampung pon tanya soalan yang sama.

Pening nak jawab.

Penyelesaiannya...sampai petang Sabtu masih lagi di perantauan, ..sedapkan hati sendiri ; "alah..raya haji je pon, tak la sedih sangat".

Bila semua ada whatsaap ;

Ayah mertua hantar pesanan lagu P.Ramli "Berkorban Apa Saja"

Mak di kampung menyepi, adik kata mak nak buat kek sama-sama beramai.

Inilah dia kisah dilema pasangan anak manja keluarga. Sudah dikahwinkan dan berhak membuat pilihan namun tetap dihantui bayangan ibu ayah.

Kena ada sifat toleransi ; kena fahami dan jangan sampai ada pihak yang berkecil hati.

# kisah keluarga terdekat aku.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA



Kelab Blogger Ben Ashaari




Sebenarnya ramai yang tak perasan tentang makanan makruh


Tetiba bau sedap dari dapur, awal mamaD masak dah siap untuk menu tengahari kami

Tapi aku ni jenis tak sabar bila nampak makanan tersedia, sarapan berat la pagi ni;

Ayam sambal petai makan dengan roti, lepas tu kuih muih.

Tak nak makan petai tengahari sebab nak pi solat jumaat nanti mulut bau petai ~ makruh.

Antara petai, bawang dan seumpamanya termasuklah hisap rokok semuanya dalam kategori makanan makruh disebabkan oleh baunya. ~rokok dah jatuh hukum haram pon orang dah tak kisah tentangnya. Ini pulak benda² yang makruh...hurm.

Sebenarnya ramai yang tak perasan tentang makanan makruh, ada petua ; cara mematikan bau tersebut dengan hendaklah memasaknya terlebih dahulu.. contoh mudah, makan bawang metah dengan kuah sate.. lepas makan mulut pasti bau bawang.

SELESA? ...mungkin orang yang makan ok je, tapi orang sebelah hurmm.

Dalam masjid lagi la kan, kena jaga adap dan keselesaan jemaah lain jugak. Bila mata dah ngantuk mulut nganga luas menguap huh mengaum baunya!

Bau bawang paling kuat ~ 

P/s ; first-time mamaD masak ayam sambal petai , gambar kat insta @nazleeismail


Kelab Blogger Ben Ashaari