Dah tak panas dah..




pukul 2.30 pm dah ada semula bekalan elektrik...haha dah macam bekalan untuk hidup pulak 'electricity' ni.. baru nak mula kegelisahan..tak sampai beberapa jam dah ok dah..alhamdulillah waktu pulih terawal dari jangkaan pihak TNB yang sepatutnya jam 6 pm.

sukalah tu..sukalah terutama hanis dan nina, tak adalah sampai mati akal  di rumah . Plan nak ke pantai tertunda, cari air cond sejuk di supermarket, pasal nak ke pantai tu belum tentu lagi sebab cuaca kat luar tu laagiii panass !!

Sekarang semuanya kembali normal, kehidupan seperti biasa..
nampak benar tenaga elektrik ni sangat penting dalam  dunia kehidupan kini.





Bila tak ada elektrik apa nak buat ?




halamak..baru teringat pagi ni jam 10 TNB akan tutup bekalan elektrik .

kemana nak pergi kalau dalam  rumah terasa membahang?

internet akses tak ada sebab  guna wifi kuarters?

haa baru terasa kan..kan, itulah kemudahan yang tersedia kalau ditarik balik sekejap dah haru biru dibuatnya.

mama'D rancang nak lepak kat pantai je kot, lebih bagus dari lepak depan tv..

ok sebelum blackout..publish dulu.


Jus Tomato Jagung sedapla pulak !



sesampai rumah balik dari ambik kak nina tadi..semuanya terasa perut lapar sangat, kali ni tak singgah kedai makan...dapat gak berjimat cermat, lagi pun mama'D memang dah masak lebih tengahari tadi.

dah 2 hari berturut hanis dan mama minum jus tomato..herm jaga kulit support hanis sama kata mama'D... huh kemain lagi anak dara tu.

bila kakak nina ada, mama mintak aku buat jus yang sama. Tapi kali ni aku sengaja campurkan perasa jagung supaya lebih sedap dan boleh serap bau tomato (bau hanyir kisar), kulit buah tomato kenalah buang dahulu baru la best rasanya !



Resipi : 3 biji buah tomato buang kulit, air, susu pekat, perasa jagung, sikit garam . Kisar@ blend semuanya sekali dan hidang sejuk dengan ais kiub.



Akak bosan la mama !


ceria bila bersama ; Hanis & Nina 

petang ni lepas je jam 5 pm nak kena bergegas ke stesen KTM, nina balik naik tren hari dengan kawan dia..ingatkan dia nak stay kat hostel 2 minggu lagi..

hurmm..macam² alasan dia bagi, bosan la.. "mama abah takmau ambik, tak rindu kat akak ke.."

selalu aku drive kereta je ambik dia terus kat hostel tapi harini nina tak ada kelas petang pulak dan dibenarkan balik awal.

mulanya mama'D sengaja usik dia kata abah ada kursus kat luar, Sabtu Ahad tak ada kat rumah..so tak ada sapa nak jemput dia..

Nina ; hurm..dia buat suara sedih pulak masa cakap dalam fon dengan mama semalam , kata nina lagi mintak tolong lah sesapa , mintak pakcik jiran sebelah datang jemput dia..

"Akak bosan la mama"

...kesiannya dengar. Itu yang buat abah dia ni cair. Sanggup cancel pergi kursus kalau anak punya pasal.