Bila anak-anak sediri sudah remaja




Sekarang ni hanya ada dua orang kanak-kanak (Zulaikha dan Mea) di rumah pcl pada siang hari; budak dua orang ni memang rapat dengan pcl.., pcl balik sekejap waktu tengahari pon jadi lah sempat melayan gantikan mamaD nak solat dan makan. 

Hanis mana ? , emm dia ada tapi dia tak hirau sangat..tolong sikit-sikit boleh la..
lagi pon mamaD  tak harap sangat jaga budak yang sedang 'lasak dan banyak cakap' tu.

Syafi tak datang lagi sebab mama dia sedang bercuti melahirkan , dapat baby girl baru.



Bila anak-anak sediri sudah remaja, mereka adalah sebahagian kawan kita...cara percakapan dan layanan adalah berbeza dari masa ke semasa.

Anak pcl kedua-duanya perempuan, adakalanya mereka kurang selesa bila mahu berbicara hal-hal berkenaan kewanitaan. Sudah tentu mama dorang memaninkan peranan penting untuk menjadi teman rapat...maka tinggal lah pcl tiada kawan untuk berbicara sehingga bila diajak bersantai di pusat membeli belah pon, pcl melihat kepada keadaan dulu...setakat makan dan menonton boleh juga tapi kalau memilih pakaian ? hurmm.

Tak akan nak ikut dorang pilih pakaian dalaman wanita kot, kalau setakat alat solek boleh juga, tapi hanya sekadar ikut dan memberi wang belanja untuk pembelian.

itu pasal pcl akan cari surau..., paling tidak pon tempat makan yang ada wifi percuma dan paling koman sekali duduk dalam kereta .haha.

Tapi segalanya syukur alhamdulillah , Allah mengurniakan kami sebuah keluarga sakinah mawaddah warohmah itu yang diimpikan...aamin.




Baru nak mula semula ..


..Petang semalam , sebelum jam 5 mamaD dah masej...katanya hanis dan sepupu dia nak masuk gym. Lama dah teringin sangat nak bersenam, aku pun dah lama tak keluar peluh petang-petang asyik kerja saja.

Hanis, adlina, mamaD dan anak-anak lain turut sama masuk gym, seronok dorang main gym kat dalam...bila dah ramai aku lebih selesa untuk berlari di luar ..


Semalam aku dapat selesaikan larian ..dalam 3km, memang penat rasanya kalau dah lama tak jogging., sebulan lebih rasanya tak jogging, balik kampung makan tak hingat..huh ! .

Memang ada niat nak teruskan setiap petang , nak dapatkan balik stamina yang dah hilang .., nak turunkan berat badan yang semakin kembang ni...

Hujung bulan ni ada Morib Fun Run 2014 , acara tahunan buat pertama kali aku nak join, ..risau jugak kalau semput dan tertinggal jauh dengan otai-otai runner..haha.




Anak-anak mamaD


Lama tak cerita pasal anak jagaan mamaD .



Terkini pasal Mea, budak ni dah cakap banyak dengan lenggok bahasa dia tapi sikit-sikit kita boleh faham la apa yang nak dia sampaikan.. Hanis cukup suka budak kecik baya macam Mea ni sebab keletah Mea mencuit hati.. kalau sebelum ni dengan Zulaikha.

Laikha dah besar sikit dan memang petah berkata-kata, cakap macam mulut orang dewasa tu pasal la ada masanya 'belaga angin' dengan kakak Hanis...memang Hanis macam tu dari dulu lagi...

masa mula-mula dulu waktu Bartisya, Aqeela dan Zulaikha masih baby , tak boleh berenggan selalu nak main sama . Bila dah besar sikit, macam tak berapa sangat dengan Hanis..., Hanis suka melayan baby Mea saja... dengan yang lain kadang buat tak kesah je.. Ye lah kan, bila budak dah besar dorang rapat dengan mamaD, mamaD tu kan mama hanis..mungkin la ada sifat cemburu tu ada sikit..agak jelah (apa yang aku nampak).

tahun depan pulak, ada 2 baby baru nak masuk sekolah mamaD. hurmm. (..dua sekali masuk,  jaga baby macam tak cukup tangan je)

Kedua-dua baby ty adalah adik-adik kepada kakak-kakak yang pernah dijaga oleh mamaD..silih berganti.

Persoalannya boleh ke mamaD, mampukah ? sekarang pon dah sakit-sakit badan...kesain jugak tapi itu lah kan ! susah nak cakap. Kesiankan kepada mereka yang memerlukan lebih lagi tinggi .




Pakej 3H2M Krabi dan Island Hopping



Program 3H2M Krabi dan Island Hopping

Ground Package All in : (Minima 10pax/group)

(Berminat untuk melanggan pakej ini,  sila berhubung melalui email / tel /whatsapp seperti di akhir entri post)

Info perjalanan pakej :

(5 x makan disediakan)

Day 1
- urusan ketibaan , menaiki Bas/Van ke Krabi
- Singgah di perjalanan untuk menikmati juadah tengahari (1)
- Singgah di perjalanan untuk membeli barang tempatan
- menikmati pemandangan di Tam Lay Kowkop (khoakop cave)
- Singgah di perjalanan menikmati makan malam (2)
- Check di bilik penginapan
- aktiviti bebas dan meninjau di tempat berhampiran

Day 2
Krabi dan Island Hopping
- Sarapan pagi di resort (3)
- bertolak ke jeti
- Island hopping bermula
- akiviti di pulau pertama ( koh poda )
- menikmati hidangan tengahari ,luanch pack di tepi pantai (4)
- Ke Pulau Ke 2 ( Koh Tup)
- akitiviti pantai dan laut
- Bergerak ke Pulau ke 3 ( Koh Kai )
- akitiviti pantai dan laut
- bergerak ke pulau ke 4 ( Phanang cave )
- bertolak ke jeti
- makan malam ( Tidak di sediakan )
- mundar mandir di bandar Krabi
- balik ke resort
Day 3
- Sarapan pagi (5)
- bertolak ke Hat Yai
- singgah di perjalanan untuk lunch ( tidak disediakan)
- meneruskan perjalanan ke destinasi permulaan
- Urusan perlepasan
- selesai

Minima 10pax/group

Hubungi : 

email  : nazli.angkasa@gmail.com
whatsapp : 0174009726 (nazlee)